BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kenapa bank boleh untung berjuta2 ???

General Juhziz

Super Active Member
Messages
8,733
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,733
Reaction score
264
Points
81
Affin catat untung RM331.6 juta


2010/08/21
AFFIN Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM331.6 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu, meningkat 36.4 peratus berbanding RM243.2 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

Ia di raih daripada pendapatan yang meningkat 6.5 peratus kepada RM1.054 bilion berbanding RM989.6 juta tempoh kajian.
Bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu, kumpulan perbankan itu mencatat keuntungan sebelum cukai RM154.3 juta, meningkat 25.5 peratus daripada RM122.9 juta suku sama tahun sebelumnya. Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat kepada RM534.6 juta daripada RM490.6 juta.
Mengulas perkembangan itu, Pengerusinya, Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, berkata prestasi setengah tahun memberangsangkan itu dipacu oleh kombinasi, antara pertumbuhan kukuh pendapatan operasi dan pengurusan kos berhemah.

“Menerajui keputusan kewangan kukuh itu ialah Affin Bank Bhd yang mencatat pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 33 peratus kepada RM272.7 juta,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan yang juga Ketua Eksekutif Affin Bank, Datuk Zulkiflee Abbas.

Mohd Zahidi berkata, secara keseluruhan Affin Holdings mencatat pertumbuhan pinjaman dan deposit kukuh sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.

Sementara itu, Zulkiflee berkata, Affin Bank, sayap perbankan kumpulan itu mencatat pertumbuhan pinjaman pada kadar 9.6 peratus, manakala deposit pelanggan berkembang pada kadar 8.4 peratus untuk enam bulan.
Beliau yakin bank itu mampu mencatat pertumbuhan pinjaman dua angka dalam tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan prestasi memberangsangkan Affin Bank sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini yang menyaksikan pertumbuhan kukuh terutama dalam pinjaman perumahan.
..............................................................

kekayaan ni x diagih2 kan k??

cmne dorg bleh untung bnyk cmni???
 
Maybank untung besar


2010/08/21
MEGAT Zaharuddin mengumumkan keputusan kewangan suku keempat Maybank sambil diperhatikan Abdul Wahid pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
MEGAT Zaharuddin mengumumkan keputusan kewangan suku keempat Maybank sambil diperhatikan Abdul Wahid pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Pendapatan RM3.82b pencapaian tertinggi sejak 50 tahun

SEKTOR perkilangan negara dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya untuk tempoh enam bulan akan datang jika jualan mampu terus berkembang dan permintaan luaran untuk barang dan perkhidmatan berterusan kekal tinggi.
Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) dalam kenyataannya berkata, pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai pertumbuhan 8.9 peratus ekonomi Malaysia pada suku kedua tahun ini pastinya akan terus membantu meningkatkan keyakinan perniagaan dan pelanggan di negara ini.
"Pengumuman itu adalah sesuatu yang menggalakkan dan tentunya membantu untuk terus meningkatkan keyakinan perniagaan dan pelanggan di negara ini,” katanya.

FMM berkata, menurut statistik Jabatan Perangkaan, sektor pengeluaran mengekalkan momentum pertumbuhannya bagi suku kedua berturut-turut dengan pertumbuhan 15.9 peratus dan akan terus memacu pertumbuhan eksport terutama untuk produk elektrik dan elektronik yang mewakili 40.2 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan Jun lalu yang bernilai RM21.3 bilion.

Katanya, nilai jualan sektor perkilangan pada enam bulan pertama tahun ini juga mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 20.8 peratus atau RM45.1 bilion kepada RM261.7 bilion.

“Apapun, tatkala unjuran perniagaan kekal positif, permintaan rendah terus menjadi faktor membimbangkan," kata kenyataan itu.
FMM berkata, bagi mengekal dan meneruskan pertumbuhan tinggi semasa, pelaksanaan dan tumpuan berterusan pada perubahan struktur perlu diambil kira bersama komitmen untuk memperkukuhkan ekonomi berasaskan pasaran yang ditetapkan itu.

Langkah itu katanya, akan menarik paras pelaburan yang lebih tinggi dan mengejar ketinggalan dalam perindustrian.

“Beberapa isu lebih penting termasuk langkah liberalisasi seterusnya ekonomi, mempercepatkan semakan semula undang-undang buruh, menangani kebocoran, pembaziran dan penggunaan sumber yang tidak cekap dan pengenalan dasar mesra perniagaan perlu diberi perhatian," katanya.

FMM berkata, industri pengeluaran tempatan juga mesti meningkatkan pelaburan untuk meningkatkan operasi, meningkatkan kemahiran, mengekalkan bakat dan menjauhi daripada operasi intensif buruh.

"Inisiatif dasar yang mengekalkan persekitaran perniagaan kompetitif adalah penting dalam persekitaran yang semakin sukar ini," katanya.
 
wah citer untung jer..kan bagus kalau dia labur sikit wat biasiswa utk anak-anak yang nak belajar baru ar best..budak2 tu tak dpat bayar serap keja terus cukup 10 tahun langsai hutang gak dengan potong gaji
 
lol bank untung besar..salah satu sebab dia ambik interest/faedah aka RIBA

cuba check balik pesan terakhir rasullallah...jgn terlibat dlm riba
 
lol bank untung besar..salah satu sebab dia ambik interest/faedah aka RIBA

cuba check balik pesan terakhir rasullallah...jgn terlibat dlm riba

ya betul... sbb bank kenakan riba... #:-S
 
dengan riba ni la keuntung bank lipat gando.mangso adalah kito semuo .
 
selain riba ape lg bank wat..??
invest kat mne2 ke..??
mn forex ke ape ke..??
xkn smpan duit bwh bantal kot...
:-?:-?:-?
 
bank islam atau bank muamalat tidak mengamalkan riba..
perniagaan berlandaskan syariah..
tapi tetap untung juta2 juga..


Puasa lidah
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
 
untung belah riba la...ape lagi
 
Back
Top
Log in Register