BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa ada double standard dadah, judi dan arak?

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Kenapa ada double standard dadah, judi dan arak?

16/09/2024

TEMERLOH, 16 Sept – “Judi, arak dan dadah adalah sama kerana berbahaya dan memudaratkan masyarakat.

“Tetapi kenapa ada double standard bila kita nak tutup premis arak dan judi ada yang marah?,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato’ Andansura Rabu.

“Dadah berbahayalah, dadah najislah macam-macam kita kata, tapi arak dan judi, kita tak buat macam tu, kita biarkan, kita beri lesen, sedangkan kedua-duanya memudaratkan institusi kekeluargaan dan masyarakat, sama juga.

“Jadi ini yang kita kena perbetulkan, Islam ada penyelesaiannya, apa saja yang memudaratkan mesti kita halang, mesti kita sekat, kuasa ada kena guna,” tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa podcast PAS Teraju Pahang sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur Kerdau semalam.

Apabila ditanya mengenai premis judi di kasino Genting Highlands, beliau menjelaskan ianya perlu dirujuk kepada perundangan sejauh mana bidang kuasa negeri boleh menutup atau menarik balik lesen dan sebagainya.

“Kita akan mengikut langkah SG4, mengharamkan lesen judi bila kita memerintah Pahang nanti, tetapi ianya mesti dibuat mengikut lunas undang-undang kuasa negeri yang ada, ia tak boleh kita nak buat terus, hari ini menang esok hapus judi, tidak, kita tak buat mcm tu,” jelas beliau yang juga sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam sidang media tersebut berkata, perjudian adalah satu perkara yang menimbulkan ketagihan.

Malahan kata ADN Tanjung Lumpur, ia akan memberi kesan yang buruk selepas itu sehingga ke peringkat berlakunya kes jual isteri, jual anak, melacurkan isteri dan sebagainya, kerana mereka terikat dengan hutang yang banyak.
 
Alahai baca blk sejarah genting sapa yg bg berani ka langgar hehehe jgn sembang nk raih undi ja
 
nak haramkan arak dan judi kena ada pengganti yg boleh mendatangkan hasil sama seperti hasil dari arak dan judi. ANTARA penyumbang terbesar income negara saja datang dari cukai arak.

kalau betul nak haramkan arak, suarakan di dewan rakyat@parlimen.

judi seperti di cameron highland, menarik pengunjung gambler org kaya2.

setakat podcast, caprice pun boleh buat.
 
‘Hina sangatkah orang Islam bergantung punca rezeki kepada judi?’

Yusman AwangSeptember 17, 2024

Ahmad Fadhli dan Lee Chin Chen.
KUALA LUMPUR: “Umat Islam perlu berasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin DAP yang menyatakan ‘tutup kasino Genting jejaskan ekonomi, mata pencarian umat Islam’.”

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya tidak berasa perkara itu, tandanya hati sudah keras dan mata telah buta dari melihat hakikat bahayanya rejim Pakatan Harapan (PH).

“Ia boleh dilihat kepada komen-komen kelompok yang mempertahankan kenyataan ini. Siapa kelompok mereka, boleh kenal dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi DAP Pahang, Lee Chin Chen, dilaporkan media tempatan membantah cadangan PAS Negeri Pahang untuk menutup kasino di Genting Highlands, dengan menegaskan bahawa langkah itu akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri serta mata pencarian umat Islam yang bekerja di kawasan itu.

Chin menekankan bahawa Genting Highlands merupakan destinasi pelancongan utama yang telah lama menyumbang kepada pendapatan negeri dan menarik jutaan pelawat.

Chin juga menambah bahawa kasino di Genting hanya membenarkan kemasukan bukan Islam, manakala sebahagian besar pekerja di sana adalah umat Islam.

PAS Pahang sebelum ini menegaskan komitmen untuk menutup semua premis perjudian, termasuk kasino di Genting, sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 semasa Muktamar Tahunan PAS di Kerdau, Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu mengakui terdapat cabaran dari segi bidang kuasa undang-undang, namun menyatakan bahawa PAS akan berusaha dalam ruang lingkup kuasa negeri untuk menghentikan aktiviti yang mereka anggap memudaratkan masyarakat.

Sehubungan itu, Fadhli berkata, sebab itulah kerajaan bersungguh-sungguh sangat mahu menutup mulut Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“(Ia adalah) Supaya jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang mereka sendiri akan takrifkan sebagai timbulkan kebencian.

“Dan mereka namakan ia ‘menyentuh 3R (agama, bangsa dan raja)’, supaya mereka bebas mengeluarkan apa jua kenyataan tanpa siapa boleh membalasnya,” jelas beliau.

Dalam pada itu beliau memberikan contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu yang dilihat sangat menghina orang-orang Islam.

“Hina sangatkah orang-orang Islam ini sehingga bergantung punca rezeki kepada judi?

“Tapi itulah, jika dijawab, yang bakal didakwa ialah mereka yang bangkit membela. Yang mentohmah kekal suci, dengan alasan ‘salah terjemahan’,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/9/2024
 
Menarik isu yg timbul ini. Apa hukum rezeki peniaga2, pengusaha2 homestay melayu di Genting Highland. Sbb punca utama Genting Highland menjadi tarikan pelancong, selain taman tema, adalah pusat perjudian.
 
nak haramkan arak dan judi kena ada pengganti yg boleh mendatangkan hasil sama seperti hasil dari arak dan judi. ANTARA penyumbang terbesar income negara saja datang dari cukai arak.

kalau betul nak haramkan arak, suarakan di dewan rakyat@parlimen.

judi seperti di cameron highland, menarik pengunjung gambler org kaya2.

setakat podcast, caprice pun boleh buat.
Tgh cuti kat Cameron ke?
Kutip 🍓
Bkn kat genting highland ke? 🤣
 
Back
Top
Log in Register