BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenangan Asrama...

- pagi hari Sabtu.. time gotong royong.. -

1. Aku tengah ngayat penghuni aspuri dan dilihat oleh pengawas.
aku ditegur utk meneruskan gotong royong..

2. Aku fed up dan tunjuk jari tengah dekat ketua pengawas asrama..
Aku tidaklah perasan kutu yg bercakap ngan pengawas tu warden.

3. Pengawas pembodek bgtau warden "musangpulutt tengah tunjuk jari tengah kat cikgu tu".
Warden menoleh ke arah aku. Aku terpegun dengan isyarat lucah di tangan.
Senyap. Tiada refleks..Jauh sekali respon.. Aku kaku begitu.

4. Musangpulutt didapati bersalah.
Bersalah kerana menunjukkan isyarat lucah di hadapan khalayak penghuni aspuri kepada warden.


5. Makanya.. Tinggallah aku berseluar pendek berbaju singlet
mendendangkan lagu 'maafkan kami' dibasahi rendaman kolam ikan
dengan diratah penglihatan segenap pelosok penghuni nan lain.
Aku pasrah.

6. Setelah hampir reda... Aku jerit dengan amarah yg membuak
" Sialan Mat Giat.. tunggu nasib kau nanti"

7. "Kamu Ulang!!!" Ntah.. celahan mana suara warden bergema..
ohh.. Malangku bertambah.. Wardenku seolah menang jackpot..
Matanya bersinar merangka hukuman.

8. Kutiplah oleh daku 30 ekor siput khinzir di kawasan Aspuri.
Aku menangis di dalam hati. Syahdu. Sendu. Begini hinanya aku
seorang penghuni marhein berbanding Mat Giat yang berjawatan.

9. Mujurnya ada awek aspuri yg menyayangi.. "Abg musangpulutt..
tepi pasu yg kanan ada 2 ekor.. pangkal pokok pandan hujung sana
ada 2 ekor jgk.." thanks to my ladies attraction hormone..

10. Di celahan itu ada yg cuba bergurau.. Mukanya ceria bertanya..
"Kutip nak buat apa tu".. sinikal.

11. "Nak bg warden.. nk buat gulai katanya" Kku lontar jawapan
penuh keberanian setelah tolehan kiri dan kanan aku lakukan.
Tiada ancaman yg perlu aku khuatiri...

12. Namun warden tersebut entah bilakala ada tepat di belakang...
Mungkin salahku kerana tiada tolehan ke belakang yg aku lakukan
kerana menyangka xkan mungkin pisang berbuah dua kali.
Ternyata.. Ianya berkemungkinan.

13. Acara hukuman seterusnya tiada lagi yang mampu aku luahkan
kerana jika aku coretkan disini.. makanya.. calarlah keegoanku
dan lukalah maruahku..

14. Sesungguhnya hari itu adalah hari celaka dalam hidupku.
The Black Saturday.

15. Tamatlah ianya disitu tanpa perlu diungkit lagi.
Ketahuilah Pak Osman Sek Men Teknik Kulim..
Jika kau baca coretan ini.. Perhalusilah..
Jari tengah yg aku tunjukkan bukanlah buatmu..
utk Mat Giat si pembodek sebelahmu semata2..

:eek::eek::eek: menarik bro tulisan ko, seyes
 
Macam best lak baca pengalaman kt sini.. pengalaman yg mendewasakan..harap semua dah jadik orang yg berjaya.��
 
Asrama aku ada hantu...
Tiap2 tahun kena ganggu...
Macam2 hantu ada...
 
Ni pun aku pernah... Tulis surat cinta... Aku tukang tulis je... Ada member suruh tulis nk bg awek dia yg merajuk... Hahaha... Pastu siap baik balik dan bertemu jodoh... Hahahaha...
 
ade rush pagi2 nk tangkap sape ponteng klas. aku nak sembunyi dalam almari. skali penuh baju. lgpun dh lipat elok2. masuk almari membe sembunyi. alang2 almari die dh bersepah.
 
Aku upgate... Tubuh geng nasi lemak bangun seawal 5 pagi utk amik nasi lemak kat satu gerai ni dekat ngn sekolah... Last2 kantoi ngn pak guard pegi bfast satu pagi tu... Kena kejar ngn motor... Pastu kami lari cari pokok besar pastu peluk pokok tu.. Terlepas wa cakap lu....
 
biasalah budak budak dulu baru lepas sunat..buat salah sendiri tapi salahkan org lain mengadu lah..bodek warden lah...normal la tu...siapa nak mengaku salah:p
 
Ada satu mamat ni kami panggil dia ustaz sebab dia ni memang alim. Setiap kali waktu sembahyang mesti dia akan panggil kitaorang gi sembahyang. Ada sekali waktu subuh tu dia bengang sangat pasal ramai yang belum bangun untuk sembahyang. Maka diambil mikrofon di surau lalu di umumkan sekuat hati "Wahai sahabat sekelian...bangunlah kamu untuk sembahyang...sesungguhnya syaitan menemani mereka tidur. Turunlah segera ke surau....bla..bla...(banyak lagi laaa ceramah dia) lepas tu suasana sepi sekejap. Tiba2 ada suara dari dorm atas............................."Kami orang2 polis tidak akan menyerah diri"

hehehehe...

(p/s: kalau tak paham sila tonton filem bukit kepong)

Mungkin tak kelakar bagi sesetengah org...terutamanya yg mat/minah skema hahaha...tak kisah lah kena kutuk pun janji aku hepi hahahaha..

lawak shaitoonnnn!
 
Back
Top
Log in Register