BTC USD 84,018.8 Gold USD 4,153.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenangan Asrama...

semasa di sekolah sains, kami bubuh pasir dlm motor kapchai warden nama dia nikman, pastu gantung dgn tali ke atas pokok
warden tu kini jadi pengetua di SMKMachang
kami pun jadi cikgu jugak dekat dekat machang jugak
 
aku bikin roti bakar guna streka. streka tu baru lepas gosok spender lembab. mlm tu hujan sampai awal pagi. xsempat kering. budak2 lain xtahu aku gosok spender. diorg pakat2 mkn roti bakar. siap kata sedap. bila ditanya aku letak apa jadi sedap gini. aku ckp..adalaaa..resia. mana leh ckp :D

ahaha..ini lawak:eek:
 
selak_pintu.jpg
 
rindu zaman dok asrama.
antara moment yg best bila blackout
siap main lawan suluh lampu dengan asrama perempuan
 
dulu2 time sembahyang kat surau mesti ada kaki2 buat lawak tgh sembahyang..berjangkit2 la gelaknyer..kuat betul hasutan setan masa tu..hehe
tapi seperti biasa la..lps tu kena la tibai balik dgn warden


imam pon bantai gelak :eek::eek::eek:

giler sungguh laa
 
aku dulu masa dok asrama, balik sekolah terus terlelap tidur mati..sedar2 sejuk jer..sekali kena simbah air dengan warden..apa lagi melompat lah..

lepas tu warden suruh sidai tilam dkt bawah..sekali awek2 aspuri tengok gelak2..
malu time tu.

esok buat lagi..hahhahaha
 
Back
Top
Log in Register