BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenang jasa perajurit

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Khalil Yaakob (tengah) dan Idris Haron (kiri) menyaksikan Naim Abu Bakar (kanan) menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk Tabung Pahlawan Negeri Melaka kepada Abdul Ghafaar Atan selepas Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. Utusan/Azli Ahad​

MELAKA 17 Ogos - Anggota masyarakat disaran sentiasa mengenang jasa yang telah disumbangkan oleh perajurit dalam memerdekakan negara dan sama-sama memastikan keamanan serta kemakmurannya berkekalan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, khidmat yang disumbangkan oleh golongan tersebut sama ada dalam bentuk pengorbanan masa, tenaga, harta, nyawa dan anggota badan telah membolehkan rakyat di negara ini terus menghirup ‘udara’ kemerdekaan sehingga hari ini tanpa sebarang rasa takut dan curiga.

“Oleh itu, hari ini jangan kita alpa dan lalai dek kerana terlalu asyik dengan fitnah dan sebagainya sehingga kita terlena dan negara kita dijajah dalam bentuk baharu.

“Kita sama-sama pastikan keamanan serta kemakmuran ekonomi ini berkekalan, keseimbangan sosial berterusan, kestabilan politik tidak digugat dan kita yakin semuanya ini datang daripada kebijaksanaan kepemimpinan kita.

“Kebijaksanaan kepemimpinan menerbitkan kestabilan politik, menghasilkan keseimbangan sosial yang menjadikan ekonomi negara seperti yang kita harapkan dan hari ini semua orang pandang tinggi serta hormat negara kita kerana keamanan dan kesejahteraan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan peringkat negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Naim Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Hari Pahlawan, Abdul Ghafaar Atan.

Idris berkata, kerajaan negeri menyasarkan jumlah kutipan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu dengan bergerak ke pelbagai agensi swasta serta industri.

Katanya, lebih RM185,000 telah berjaya dikumpulkan selepas pelancaran tabung itu tahun lalu.

“Tahun ini kita akan pergi kepada pihak swasta dan industri untuk sama-sama berkongsi kesengsaraan bagi menyumbang dan menaikkan lagi kapasiti dana ini supaya boleh menampung keperluan dan espektasi ahli-ahli parajurit kita sama ada anggota keluarga mereka dan yang berkaitan dengannya,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register