BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenali Siapa 3 Guru Hang Tuah..

Tujuan bertapa biasanya utk berlepas diri dari kehidupan harian spt bercakap2, bermain dgn rakan2 @ keluarga, berfikir tentang urusan kerja dan masalah kehidupan, melakukan maksiat seperti melihat aurat2 @ mengumpat dsb. Apa yang perlu dibuat hanya berwirid dengan bilangan yg ditetapkan (teramat banyak), solat (sunat dan fardu), puasa(puasa hajat), muhasabah diri dan melakukan perkara2 yang positif.

Kenapa perlu buat begitu? Semestinya kita tidak mampu untuk melakukan amalan2 tersebut jika kita duduk dalam persekitaran biasa..(tambah2 lagi zaman sekarang byk hiburan)

Dah berjaya harung semua tu, insyaallah seseorang tu mampu meningkatkan kekuatan jiwa, kesabaran, disiplin diri dan yang terpenting adalah bersedia utk menerima AMANAH ILMU. Kebanyakan amalan2 kebatinan (dalam silat), mempunyai getaran yang amat tinggi, sekiranya kurang persediaan, pastinya tubuh pesilat tidak mampu untuk menampungnya..

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada jgk amalan2 bertapa ini dari sesetengah perguruan silat yang bertujuan utk mendapat dampingan dengan makhluk2 halus. Semoga amalan2 yang khurafat dan syirik spt ini dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian kita..

Mengenai nama, zaman kesultanan melaka masih dikira baru memeluk islam bagi rakyatnya ketika itu..pengaruh & adat hindu masih kuat..termasuk dalam memberi gelaran nama..sedangkan zaman sekarang pun masih ada serba sedikit masyarakat melayu masih mgikut adat hindu..

jawapan terbaik bagi aku.. thx bro...
 
bukan yang lebih masyhur tentang guru Hang Tuah ini ialah Adi Putra...

inilah akibat terlalu banyak versi tentang periwayatan Hang Tuah

banyak sumber yang berlainan jalan ceritanya

namun, ketidak percayaan tiada wujudnya Hang Tuah tidak menjadi akan rosaknya akidah ...

masalahnya orang tua2 jaman dulu yang tak tahu baca sejarah Hang Tuah banyak tahu cerita hang tuah ...
 
kalau tuan wikipediakan perkataan suluk tu tuan akan dapat :

Suluk secara harfiah berarti menempuh (jalan). Dalam kaitannya dengan agama Islam dan sufisme, kata suluk berarti menempuh jalan (spiritual) untuk menuju Allah. Menempuh jalan suluk (bersuluk) mencakup sebuah disiplin seumur hidup dalam melaksanakan aturan-aturan eksoteris agama Islam (syariat) sekaligus aturan-aturan esoteris agama Islam (hakikat). Ber-suluk juga mencakup hasrat untuk Mengenal Diri, Memahami Esensi Kehidupan, Pencarian Tuhan, dan Pencarian Kebenaran Sejati (ilahiyyah), melalui penempaan diri seumur hidup dengan melakukan syariat lahiriah sekaligus syariat batiniah demi mencapai kesucian hati untuk mengenal diri dan Tuhan.
Kata suluk berasal dari terminologi Al-Qur'an, Fasluki, dalam Surat An-Nahl [16] ayat 69, Fasluki subula rabbiki zululan, yang artinya Dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu). Seseorang yang menempuh jalan suluk disebut salik.
Kata suluk dan salik biasanya berhubungan dengan tasawuf, tarekat dan sufisme. Contoh eratnya keterkaitan kata-kata tersebut bisa terlihat pada tema utama dan isi dari tiga website berikut ini, Suluk :: Hanya Sekeping Cermin…™, Suluk Homepage (keduanya dalam Bahasa Indonesia), dan Suluk Academy (dalam bahasa Inggris).

Dan kalau tuan googlekan nama2 guru HT tu, for sure tuan akan jumpa susur galur empunya nama tu sampai kepada siapa..

Terima kasih atas penjelasan.

Cuma ini pendapat peribadi aku. Aku tak nampak logiknya cerita ini iaitu mengaitkan ulama Islam dengan ilmu persilatan dan perguruan. Ianya bagi aku suatu cara orang melayu 'mengislamkan' sejarah kita sendiri. Kita sedaya upaya cuba membina 'susur' galur Islamisasi orang Melayu supaya tidak nampak langsung unsur Hindu/Buddha/Animisme yang pernah dianuti oleh orang Melayu.

Contohnya ilmu persilatan itu sendiri. Ilmu persilatan jika di Indonesia masih tebal dengan pengaruh mistik dan animisme serta hindu. Malah secara asasnya, ilmu persilatan itu bersusur galur dari India dan mempunyai pengaruh keagamaan hindu yang sangat tebal termasuk kaedah mandi bunga/minyak dan lain-lain hal. Jadi adakah ulama masa lalu mengasimilasi ilmu persilatan tetapi dalam masa sama mengekalkan budaya bukan Islam di dalamnya? Mungkin tetapi aku memilih untuk berfikir bahawa hampir semua 'tok guru' yang tersenarai sebenarnya bukan dari kalangan ulama seperti yang disangkakan. Tetapi orang lain yang percayakan kepada hal kebatinan dan mistik. Tetapi untuk menutup pengaruh animisme/hindu dalam sejarah melayu, maka tok guru ini juga diadun supaya menjadi Islamik. Tidak lebih tidak, kita lihat bagaimana setiap tok guru ini dikatakan bersusur galur dengan Nabi Muhammad SAW sebagai pengukuh cerita.

Kemudian dikaitkan lagi denga kitab hebrew mengenai Gunung Ledang. Aku fikir ianya tidak ada beza dengan teori-teori alter ego melayu lain yang bersepah dalam Internet. Realitinya Sulalatus Salatin walaupun dikatakan berasal usul sejak pertengahan kurun ke-14, tetapi pada kurun ke-17 (1612), ianya telah disunting semula atas titah Pengeran Johor. Manakala Hikayat Hang Tuah mula ditulis pada sekitar tahun 1700 (Manuskrip di Leiden 1762) menunjukkan kita bahawa semua cerita mengenai Hang Tuah ditulis selepas lebih 150 tahun Hang Tuah wujud.

Aku faham orang akan kata ada lagi yang aku tak baca dan banyak lagi yang aku perlu kaji. Tetapi setakat fakta yang diutarakan di dalam thread ini, pada pendapat aku tok guru Hang Tuah bukanlah ulama-ulama seperti yang dinyatakan malah orang lain yang mungkin bukan beragama Islam. Ada sebuah buku mengenai pelayaran seorang Arab ke Tanah Melayu sekitar kurun ke-15 dan antaranya pelayar itu berkata,

- Keadaan di Melaka ketika itu sangat sibuk dan ada pelbagai bangsa di dalamnya.
- Ada orang islam yang taat dan patuh kepada agama
- Ada orang islam yang tidak lagi mengamalkan cara hidup orang Islam, makan bab1 dan minum arak

Nanti aku cari info tersebut. Lupa mana aku baca.

Update, Baca sini (Muka surat 104) - Pelayaran Ahmad Ibn Majid
http://books.google.com.my/books?id...s7_rAfk0YCICw&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Secara jelasnya, pengaruh Islam ketika itu masih belum kukuh seperti apa yang kita sangkakan. Sorry membebel panjang. Cuma pendapat peribadi.
 
Last edited:
zaman hang tuah ini bertepatan dengan tahun beberapa tokoh pendakwah di sekitar aceh dan Melaka ...

dari penyataan nama2 tersebut ... mereka adalah pendakwah yang memainkan peranan penting dalam dakwah nusantara

cuma sejarah menjadi kabur ... sebab bangsa sendiri ralit berhibur ...
 
Terima kasih atas penjelasan.

Cuma ini pendapat peribadi aku. Aku tak nampak logiknya cerita ini iaitu mengaitkan ulama Islam dengan ilmu persilatan dan perguruan. Ianya bagi aku suatu cara orang melayu 'mengislamkan' sejarah kita sendiri. Kita sedaya upaya cuba membina 'susur' galur Islamisasi orang Melayu supaya tidak nampak langsung unsur Hindu/Buddha/Animisme yang pernah dianuti oleh orang Melayu.

Contohnya ilmu persilatan itu sendiri. Ilmu persilatan jika di Indonesia masih tebal dengan pengaruh mistik dan animisme serta hindu. Malah secara asasnya, ilmu persilatan itu bersusur galur dari India dan mempunyai pengaruh keagamaan hindu yang sangat tebal termasuk kaedah mandi bunga/minyak dan lain-lain hal. Jadi adakah ulama masa lalu mengasimilasi ilmu persilatan tetapi dalam masa sama mengekalkan budaya bukan Islam di dalamnya? Mungkin tetapi aku memilih untuk berfikir bahawa hampir semua 'tok guru' yang tersenarai sebenarnya bukan dari kalangan ulama seperti yang disangkakan. Tetapi orang lain yang percayakan kepada hal kebatinan dan mistik. Tetapi untuk menutup pengaruh animisme/hindu dalam sejarah melayu, maka tok guru ini juga diadun supaya menjadi Islamik. Tidak lebih tidak, kita lihat bagaimana setiap tok guru ini dikatakan bersusur galur dengan Nabi Muhammad SAW sebagai pengukuh cerita.

Kemudian dikaitkan lagi denga kitab hebrew mengenai Gunung Ledang. Aku fikir ianya tidak ada beza dengan teori-teori alter ego melayu lain yang bersepah dalam Internet. Realitinya Sulalatus Salatin walaupun dikatakan berasal usul sejak pertengahan kurun ke-14, tetapi pada kurun ke-17 (1612), ianya telah disunting semula atas titah Pengeran Johor. Manakala Hikayat Hang Tuah mula ditulis pada sekitar tahun 1700 (Manuskrip di Leiden 1762) menunjukkan kita bahawa semua cerita mengenai Hang Tuah ditulis selepas lebih 150 tahun Hang Tuah wujud.

Aku faham orang akan kata ada lagi yang aku tak baca dan banyak lagi yang aku perlu kaji. Tetapi setakat fakta yang diutarakan di dalam thread ini, pada pendapat aku tok guru Hang Tuah bukanlah ulama-ulama seperti yang dinyatakan malah orang lain yang mungkin bukan beragama Islam. Ada sebuah buku mengenai pelayaran seorang Arab ke Tanah Melayu sekitar kurun ke-17 dan antaranya pelayar itu berkata,

- Keadaan di Melaka ketika itu sangat sibuk dan ada pelbagai bangsa di dalamnya.
- Ada orang islam yang taat dan patuh kepada agama
- Ada orang islam yang tidak lagi mengamalkan cara hidup orang Islam, makan bab1 dan minum arak

Nanti aku cari info tersebut. Lupa mana aku baca.

Secara jelasnya, pengaruh Islam ketika itu masih belum kukuh seperti apa yang kita sangkakan. Sorry membebel panjang. Cuma pendapat peribadi.

dah ada orang yg mengkajinya tuan. tuan boleh google radzi sapiee merah silu. teruskan membaca disana. Tapi mungkin tuan tidak bersetuju juga sebab ada unsur2 teari alter melayu ego yg tuan tidak bersetuju.

Silat dr susur galur dari india/hindu? baru saya tahu sejarahnya..
 
dulu rajin gak baca coretan merah silu ni..menziarah ke makam2 lama bersama anak isterinya..salute..
 
Last edited:
dulu rajin gak baca coretan merah silu ni..menziarah ke makam2 lama bersama anak isterinya..salute..

TokCu nak Tanya
TT ni percaya tak akan kewujudan hang tuah ...
 
TokCu nak Tanya
TT ni percaya tak akan kewujudan hang tuah ...

Tidak menjadi kesalahan percaya atau tidak kewujudan hang tuah ni..
persoalan yg selalu timbul adalah versi yg terlalu banyak..itu sahaja..bagi TT, TT percaya kerana selain dari Malaysia, Indonesia, China, Jepun malah sekitar negara asean ada menceritakan mengenai hang tuah didalam sejarah mereka..

Soal versi ini salah, versi ini betul, hikayat ini salah, hikayat ini betul adalah lumrah sifat manusia mengolah gaya bahasa & tulisan mereka..Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diterima..jika tidak, dmana pula datangnya nama hang tuah tu? yg pastinya, nama hang tuah tidak terpadam dalam penulisan mereka..malah salinan beberapa naskah mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu..Ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut..jadi siapakah kita yg berada ditahun 2000an ini?

Bagi TT, sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.

-Hanya pendapat..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register