BTC USD 83,926.0 Gold USD 4,291.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenali makhluk halus....

ez008

Fun Poster
Messages
520
Joined
Sep 5, 2009
Messages
520
Reaction score
20
Points
15
images-27.jpeg


Na'uzubilla himinash syaitanirrajiim......
Kami berlindung dengan Allah, dari syaitan yang direjam.....

Mahasuci Allah S.W.T yang berkuasa mutlak ke atas setiap makhluk chiptaan-Nya.... Mahasuci Allah S.W.T yang menguasai seluroh kerajaan langit dan bumi. La ila ha illallah, Wahdah, La syarikalah, Lahulmulk, Walahul hamd, Yuhyi wayumiit, Wahua 'ala qulli syai'in qodiir.....

Iblis, jin, syaitan, jembalang, hantu merupakan satu nama yang bisa membuatkan anda berasa takut, seram atau resah gelisah ketika bersa-orang diri mahupun ketika berada di situasi yang gelap dan sunyi. Sedangkan kehadiran "makhluk halus" ini adalah bertujuan menghasut dan menakut-nakutkan sesa-orang agar corak pemikiran dan pegangan hati mereka terpesong dari ajaran Allah S.W.T. sahinggalah hari penghujung dunia (kiamat besar). Kerna apa Iblis bersikap begitu??? Kerna PERMINTAANNYA kepada Allah ingin menghancurkan seluroh keturunan Adam yang berpegang tegoh pada agama Allah.

Allah Maha Adil.... Permintaan Iblis itu diizinkan setelah Iblis dikeluarkan dari Syurga dan dicampakkan pula ke Neraka akibat ingkar dengan perintah Allah agar sujud (memuliakan) kejadian Adam A.S. Sedangkan para Malaikat yang lain semua sujud dan akur pada perintah Allah Yang Maha Besar kecuali si Iblis (pada waktu itu, Iblis juga tergolong di kalangan Malaikat).

Perasaan yang takut sangat atau berani sangat terhadap makhluk ini, suka memperbesar-besarkan kehebatan makhluk ini, serta keinginan bersahabat dengan makhluk-makhluk halus yang dilaknat tohan ini bisa menjerumuskan sesa-orang itu ke dalam "Syirik" yang besar yakni menghampiri kepada dosa yang besar. Bukankah iblis dan sekutu-sekutunya juga tergolong dalam makhluk chiptaan Allah S.W.T ??? Bukankah maknusia itu adalah satu-satunya makhluk chiptaan Allah yang paling HEBAT dan SEMPURNA ???

Perlukah selepas ini kita akan maseh berpegang kepada ketakutan yang telah dimomok-momokkan sejak sekian lama ??? Namun janganlah pula kita sangkalkan tentang kewujudan makhluk-makhluk ghaib ini.... Sedangkan percaya akan kewujudan makhluk-makhluk yang ghaib ini juga termasuk di dalam "Rukun Percaya" namun hendaklah pandai tapis agar tidak merusakkan akal, nafsu dan hati. Fikir-fikirkanlah tuan-tuan yang bijaksana.....

Dendam, dengki, khianat, riak, iri hati, tamak, takabur, menghasut, memfitnah, merusak, melaga, mengadu domba adalah merupakan tugas kekal Iblis dan sekutunya..... Mengapalah kita yang sesampurna kejadian ini suka bersifat sedemikian ??? Jangan salahkan Iblis pula.... Itu dah memang kerja dia, yang kita ni mengapa tak buat kerja kita ??? Kerja dan tugas kita adalah mengimbangi dan mengawal hawa nafsu pada batang hidung sendiri agar tidak terkeluar daripada landasan Ahlul Sunnah Wal Jama'ah sahinggalah kita diakui sebagai ummat Muhammad S.A.W.

Inilah jihad sebenar-benar jihad yang mulia di sisi Allah... Bukan pergi bom diri sendiri tu ???? Itu bukan jihad.... Itu jahat kepada empunya diri serta jahat kepada masyarakat lalu-lalang yang tidak berdosa..... Tafsirlah setiap kalam Allah itu dengan penoh berilmu lagi bijaksana. Bahasa Al-Quran jangan sekali-kali ditafsir sebagai bahasa tepi jalan, tepi longkang sepertimana yang biasa kita gunakan. Bahasa Al-Quran itu adalah kalam Allah yang penoh dengan berseni dan hakikat yang tersirat lagi terhebat namun ia tetap mudah difahami oleh hambaNya yang memelihara ISLAM, IMAN dan TAUHID nya berpandukan tariqat (jalan) Nabi Muhammad S.A.W dalam mengESAkan Allah Azzawajalla......

Semoga diberkati Allah S.W.T........

- Kalam Tok Bugis -

Sumber : Tok Bugis

p/s: terbaik kata-kata daripada Tok Bugis nie.. :):)cgrock
 
huhhuu... siap boleh nak berkenalan ker.... risau den..
 
gambar pocong tu cam real je
huhu
 
Back
Top
Log in Register