BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenal Ainul Mardiah?

lautbiru

Active Member
Messages
1,630
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
335
Points
41
AssallamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullillah...

Anda kenal Ainul Mardiah? :D

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:

1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.

4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar(pada hari kiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar

2. melihat tempatnya didalam syurga.

3. dilindungi dari azab kubur - dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar

4. merasakan kemanisan iman,

5. dikahwinkan dengan bidadari, dan

6. diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya"

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Satu kisah Sahabat R.A yg muda...malangnya saya masih tertanya tanya siapakah nama Sahabat R.A tersebut..
(Harap kalau ada sesiapa yg membaca ini...tahu...silalah update....sangat dihargai!..:D )

AINUL MARDHIAH

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar ( khailulah- Sunat ) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.A.W,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.A.W.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.A.W di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.AW, Nabi S.A.W menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.A.W berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

p/s : harap sesiapa yg tau sila updatekan info Hadith diatas...TQ :D ..

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." -QS. ar-Rahman (55):58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." - QS. ar-Rahman (55):70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. - QS. ar-Rahman (55):72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55):74

..............................

Saya tambah cerita FauzyAlhamdullillah...

Aminn...

AS SYAHID FAUZI
(Suami Ainul )

Mcm kata kat atas....nak syare kisah As Syahid Fauzy pulak....Budak kedah yg bukan sja dah mimpi jumpa Ainul mardiah....dah kawin pun dgn Ainul Mardiah...

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. lahir 1 September 1962.

Sewaktu di Kedah...terlibat mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang.

As Syahid teringin sangat nak p berjihad di Afghan.....punyala kumpul duit...p menoreh di Perak.....Jual moto...jual kedai (dia meniaga kedai runcit kampung..).....akhirnya hajat nak join jihat termakbul..

Ayah As Syahid Fauzi dlm mengenang beliau menyebut..

"
Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur."

KISAH SYAHID BELIAU...

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

TAPI....sebelumnya.....pada Subuh nya...dalam sejuk Salji...As Syahid Fauzi telah kelihatan " MANDI WAJIB"..

Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

& ...MALAM ITU...dalam pertempuran di atas bukit khost...Al Syahid fauzi pun memenuhi cita citanya...

Agak lama jenazah As Syahid Fauzi terbiar...sebab nak tunggu perperangan reda....

Apabila sahabat sahabat beliau mengambil mayat beliau untuk di kebumi....walau dah lama ...Mayat belaiu masih mengalir darah segar dan berbau harum!

Hinggakan semasa dalam truck....kawan beliau sempat bercakap...

" Fauzi...betul ke kamu dah mati ni...kamu bangun aku lari! ".....seakan akan beliau masih hidup...dengan wajah tersenyum jee...

(saya cuma dapat tengok gambar wajah jenazah yg tersenyum...sungguh...macam hidup! )

Berbahagialah Tuan Fauzi Bin Ismail di sana...budak kampung Kelut Pokok Sena...di samping Isteri Ainul Mardhiah tercinta...

"Ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal in
 
Last edited:
Alhamdullillah...

Sejarah berulang..

"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ."

Dalam kitab Syekh Abu Laits .....ada menceritakan kisah ini pula...

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi'i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan:

Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat:

Surah At Taubah ayat 111,
yang artinya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka".

Selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata:

"Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?" "Ya, benar, anak muda" kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:"Kalau begitu saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga."

Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.

Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:

"Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . ."

Kami menduga dia mulai ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.
Ia menjawab:

"Tadi sewaktu aku sedang mengantuk, selintas aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: "Pergilah kepada Ainul Mardiyah." Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku , mereka bergembira seraya berkata: "Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . ."

"Assalamu'alaikum" kataku bersalam kepada mereka. "Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?" Mereka menjawab salamku dan berkata: "Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu" Beberapa kali aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.

Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: "Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang . ..."

Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia berkata: "Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu." Anak muda melanjutkan kisah mimpinya: "Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama".

Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia.

Alhamdullillah.....

Kisah pertemuan dengan Ainul Mardhiah ni sering berulang sehingga ke zaman kita...

Siapa ingat /kenal dengan syuhada yg pernah bertumu Ainul Mardiah..?

Siapa kenal FAUZI ( Budak kedah..yg susah payah cari duit utk pergi berjihat d Afghan?..zaman As Syahid Abdullah Azzam..) ?..Munkin kita teruskan ke cerita As Syahid Fauzi pulak..:D
 
AssallamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullillah...

Anda kenal Ainul Mardiah? :D

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:

1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.

4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar(pada hari kiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar

2. melihat tempatnya didalam syurga.

3. dilindungi dari azab kubur - dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar

4. merasakan kemanisan iman,

5. dikahwinkan dengan bidadari, dan

6. diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya"

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Satu kisah Sahabat R.A yg muda...malangnya saya masih tertanya tanya siapakah nama Sahabat R.A tersebut..
(Harap kalau ada sesiapa yg membaca ini...tahu...silalah update....sangat dihargai!..:D )

AINUL MARDHIAH

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar ( khailulah- Sunat ) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

p/s : harap sesiapa yg tau sila updatekan info Hadith diatas...TQ :D ..

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." -QS. ar-Rahman (55):58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." - QS. ar-Rahman (55):70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. - QS. ar-Rahman (55):72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55):74

teringat ceramah UAI..

secantik bidadari syurga..isteri suami2 soleh di dunia akan berkali ganda cantik di syurga utk menemani suami nanti..

isteri itu umpama bulan purnama..bidadari itu mcm bintang2 je..

agak2 nya yg suka kutuk bini kat dunia ni mcm mana la kan..:p
 
:D:D:D Wah Thanks Pn Mar....Tu dia...KETUA BIDADARI dah bersuara! :D

Memang pun!.....kalau Ayat dan Hadith menceritakan perihal cantiknya Bidadari.......lepas tu...kisah Ainul Mardiah ..bidadari cantik tak terkata kata...sebagai bidadari untuk para Syuhada...

Pn Mar pulak bawakan kita fakta...Best of the best.....KETUA BIDADARI SYURGA...iaitu Isteri Solehah!...

Kalau Pn Mar kata...umpama Bulan (Isteri ) dikelililngi Bintang (Bidadari)......:D

Munkin tepat juga dikatakan.....UMPAMA MATAHARI!

"Bila Matahari terbit....hilang semua cahaya bintang dan bulan sekali! "

maksud saya.....kecantikan Isteri solehah terlalu...berkali kali kali kali cantikkkk....kali infiniti.....:D...Hinggakan si Suami (mestilah suami yg solleh sja..:(( )...tak nampak bidadri lain dah....nampak Isteri dia jee...
(Tu maksud saya padam dah cahaya yg lain...)

diffrent lig.. :D

p/s : Ketua pada ketua pun ada juga...rasanya Pn Mar pasti lebih tahu..Ketua ketua :

1. Syaidatina Fatimah Az Zahra R.A

2. Ibunda Kita Syaidatina Khadijah R.A

3. Maryam (Ibu nabi Isa A.S)

4. Aisyah (Isteri Firaun)

Wallahua a'lam
 
tq tt..insaf den...huhu
 
syahdu baca....

semoga Allah melimpahkan Rezeki kepada Tuan Lautbiru...

Kerana berkongsi cerita ini... Insyaallah...
 
Back
Top
Log in Register