BTC USD 81,129.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai kena sembelih di bazar ramadhan

saja pusing bazar area sepang tadi.
Gila roti john pun jual RM10.

Tengok roti pun pucat macam tak cukup vitamin.
Memang tak ler nak beli.

Den lupo nk amik gambar tadi
Den beli RM18
Daging double trouble
Roti tu depan belakang dalam dia letak daging dan telur
Sampai jadi tebal roti tu dengan isi
Mudah kata makan roti john je pun dah cukup untuk berbuka
 
Harga lemang Pok Ali naik sebab buluh


AIDA menunjukkan dua batang lemang Pok Ali yang dijual di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar, semalam. FOTO Baharom Bakar

Kuala Terengganu: "Peningkatan harga lemang kami sebanyak RM1 sebatang bukan disebabkan kenaikan harga santan, sebaliknya berpunca daripada buluh lemang," kata peniaga lemang Pok Rahim, Aida Said, 37, ketika ditemui di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar di sini, semalam.


Menurutnya, mereka tidak menggunakan santan dibeli di pasar, sebaliknya memprosesnya sendiri.

Aida yang menjual lemang Pok Ali sejak 12 tahun lalu dari Kampung Bukit Depu di sini, berkata, sebatang lemang dijual pada harga antara RM13 dan RM15 sebatang bergantung kepada saiz, berbanding hanya RM12 dan RM14 pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan harga buluh lemang daripada RM2 kepada RM3.50 sen sebatang pada tahun ini.

"Walaupun berlaku peningkatan harga kelapa tua iaitu RM3.80 sen sebiji tetapi harga lemang meningkat bukan berpunca daripada kenaikan harga santan, sebaliknya harga buluh lemang yang naik secara mendadak," katanya yang turut menjual pelbagai jenis kuih muih berasaskan santan.

Aida mengakui, harga pelbagai kuih muih yang berasaskan santan naik antara 10 sen dan 20 sen.

Katanya, harga dua batang pulut panggang adalah RM3, satar lima biji RM4, ketupat palas lima biji dijual pada harga RM4, manakala tiga biji pau goreng adalah RM2.

"Bagi mengelakkan masyarakat terbeban dengan kenaikan harga pelbagai jenis kuih muih berasaskan santan, kita sendiri memproses bahan itu daripada kelapa tua," katanya.

Disiarkan pada: March 3, 2025 @ 12:26pm
 
'Bila Dah Kena Sita Kau Buat Content Lagu Sedih', Peniaga Di Kritik Berniaga Tak Ikut Saluran Lepas Gerai Di Sita DBKL

Memasuki bulan Ramadan, menjadi kelaziman untuk pelbagai bazar diadakan di pelbagai tempat untuk menjual juadah berbuka puasa. Di ibu negara, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan banyak tapak gerai jualan bazar Ramadan buat peniaga tempatan melakukan urus niaga sepanjang bulan mulia ini. Namun begitu, masih lagi ada peniaga yang tetap berdegil cuba melawan arus dengan berniaga di tempat tidak sepatutnya.

Tular di media sosial apabila pihak DBKL menyita alatan berniaga segelintir peniaga selepas didapat berniaga di tempat yang sepatutnya hingga menganggu laluan pejalan kaki. Dari sudut peniaga yang terkesan, mereka terasa seperti dianiaya kerana niat sekadar ingin mencari rezeki pada bulan mulia.

"Bulan baik, bulan barakah, kami nak cari makan sikit untuk sara hidup keluarga kami. Mana sikap perikemanusiaan pihak berkuasa?," soal peniaga terkesan itu.

Akan tetapi, dakwaan mengatakan pihak berkuasa tidak berperikemanusiaan itu ditepis semula dengan hujah mengatakan DBKL sudah menawarkan tapak berniaga di bazar Ramadan sejak Disember 2024.

"Haritu masa DBKL buka tawaran lot tapak bazar Ramadan kau tak nak mohon. Lepas tu datang jauh-jauh mari tempat orang nak meniaga pacak-pacak. Bila dah kena sita kau buat content lagu sedih. DBKL buka tawaran lot tapak bazar Ramadan bermula Disember 2024. Kemudian, tawaran kedua dibuka pada Februari 2025 selepas ada peniaga yang menolak tapak. Peniaga yang setuju akan membawa sewa disertakan cagaran. Mereka turut diwajibkan mengambil suntikan demam kepialu (typhoid) serta mendaftarkan setiap pekerja mereka," kata laman Ameno World di Facebook.

Sebagai rekod, untuk tahun ini, DBKL mengenakan caj sewaan tapak serendah RM500 kepada peniaga bazar Ramadan. Tindakan itu sekali gus mencantas kegiatan 'orang tengah' yang menyewakan tapak tersebut sehingga menjadi ribuan ringgit pada tahun-tahun sebelumnya.
​
1741072054923.png
 
Netizen Bongkar Rahsia Bazar Ramadan T20 Tawarkan Makanan Sedap Dengan Harga ‘Rahmah’

Tahukah anda wujud lebih beratus lokasi Bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur? Ini tidak termasuk lagi di negeri lain sekaligus membuatkan orang ramai terpinga-pinga mahu membeli di mana kerana agak mustahil untuk pergi ke semua lokasi di dalam masa sebulan ini. Baru sahaja 2 hari menjalani bulan Ramadan, sudah timbul sejumlah keluhan dari kalangan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan juadah yang dibeli kerana tidak sepadan dengan harga. Ada yang dapat roti john rentung, shawarma kosong, nasi tomato yang tidak sedap dan banyak lagi sekaligus membuatkan ramai sedikit skeptikal untuk cuba membeli juadah di bazar ramadan lagi.

Bagaimanapun, di Threads, seorang netizen mendakwa dirinya telah membongkar rahsia di manakah lokasi yang menawarkan juadah berbuka puasa yang berbaloi. Dakwanya, Bazar Ramadan di lokasi golongan orang kaya atau lebih sinonim dengan gelaran T20 menawarkan juadah dengan harga tiga kali ganda lebih rendah dengan kualiti yang bagus berbanding di lokasi orang kebanyakan.

“Tahukah korang Bazar Ramadan di Bangsar kawasan orang kaya, 3x lebih murah, berkualiti, lebih kuantiti berbanding dari Bazar Ramadan B40 pantai dalam?,” kongsinya.

Malah, dia berpendapat Bazar Ramadan B40 adalah jauh lebih mahal sekaligus menyimpulkan yang orang berpendapatan rendah ini sendiri yang menganaiya orang susah lain. Perkongsian netizen ini langsung meraih perhatian ramai dan meluahkan rasa teringin untuk datang kerana mahu lihat sendiri sama ada ia memang benar atau sebaliknya. Dalam pada itu, seorang netizen lain turut seakan mengiyakan perkara itu kerana pernah diberitahu oleh seorang kawan lain yang mana telah membeli nasi ayam di Bazar Ramadan T20 di Shah Alam dengan harga RM13 tetapi cukup berpuas hati kerana setara dengan kualiti dan tahap penyampaian yang ditonjolkan menerusinya.​

​
 
Aku pi Bazar Ramadan. Tapi lalu aje lah. Nak beli apam balik biasa tp qr code bank aku x blh pakai plak. Selamat duit aku. Biasa beli rm4 tp Kali ni naik kpd rm5. Haru wei semua naik harga
 
Back
Top
Log in Register