Peratusan Maksimum Untung Jualan Menurut Shariah
assalamualaikum.
boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli islam.
JAWAPAN :
wa'alaikumussalam,
tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.
cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.
Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )
Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 )
Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelacong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harag 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harag biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan "Ghabnun Fahisyh" yang terkeji.
Sekian
ust zaharuddin
15 Jan 07
25 Zulhijjjah 1427 H
-----------------------------------------------------------------
#3 wawasan 2008-06-25 02:07
Assalamualaikum !
Rizal72 ( item 16 ) dipetik berkata ? Saya dengar ceramah kat masjid
sorang ustaz tu cerita bahawa
nabi muhammad s.a.w bila berniaga dia hanya ambil profit atau keuntungan bersih tidak melebihi 30% sahaja? ? TAPI SEBALIKNYA PULA?..
Ust Zaharuddin / WC Founder ( item 17 ) dipetik berkata? ? ?.. tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market. ?.
Persoalan saya :
( 1 ) Yang mana satu betul Ustaz Zaharuddin ? nanti confuse pulak si Rizal72 dan kami semua ni ! Lebih-lebih lagi kepada IM-IM seperti kami ini untuk jualan e-book kami yang akan datang. Jelasnya, kalau Rizal 72 tersilap, dia boleh beritahu Ustaz di masjidnya tentang hal ini untuk diperbetulkan.
(2 ) Apa pula komen Ustaz tentang komen saya ( item 19 ) diatas yang ada kaitan dengan penjualan e-book RM100 oleh saudara Munawar ? Kami semua tak sabar untuk mendengar response Ustaz balik. Penting untuk dicari penyelesaian tentang harga e-book ini supaya segala hujah dapat dinilai oleh pembaca. Assalamualaikum !
UZAR :
ITU PEMBOHONGAN DI ATAS NAMA NABI.
sumber rujukan dan kredit kepada
Ustaz Zaharuddin