BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemudahan jalur lebar diperhebat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 29 Mei – Pelbagai topik berkenaan peranan media sosial dan penggunaannya yang semakin meluas di seluruh dunia telah dibincangkan di Sidang Kemuncak Media Asia 2015 yang berlangsung pada Selasa dan Rabu lalu.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan berkata, antaranya adalah peranan media sosial, perkembangan terbaru medium tersebut dan langkah yang boleh digunakan untuk melatih dunia penyiaran menggunakan media sosial secara harian.

“Kita mendapati media sosial merupakan platform yang sangat luas untuk pergi ke tahap yang lebih tinggi tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kebanyakan individu ataupun organisasi.

“Perbezaan atau keistimewaan sesuatu adalah penting bagi organisasi atau individu yang menggunakan media sosial kerana pengguna mempunyai pelbagai pilihan di dalam medium tersebut,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Sidang Kemuncak Media Asia 2015 dengan tema Transformasi Penyiaran Dalam Era Media Sosial itu disertai oleh lebih 400 delegasi dari 51 negara.

Tambah kenyataan tersebut, kerajaan telah mengumumkan perangkaan perancangan untuk memperkukuh kemudahan jalur lebar di seluruh negara pada sidang kemuncak tersebut.

“Menjelang tahun 2020, perkhidmatan jalur lebar sehingga 100 Megabit sesaat (Mbps) akan disediakan kepada semua isi rumah di bandar dan penduduk di kawasan pinggir serta luar bandar pula akan mempunyai akses sehingga 20Mbps.

“Sidang kemuncak tersebut menyeru dunia penyiaran di rantau Asia Pasifik untuk memperkasa penglibatan dalam media sosial melalui kualiti, interaktiviti dan mobiliti yang terbaik,” katanya.
 
capped speed tu naikkan... kalau betul ikhlas nak tolong rakyat
 
perlu di perluaskan
 
Harga kemudahan jalur lebar diperhebat

:eek::))
 
Back
Top
Log in Register