BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempunan tukar enjin kereta

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
PUCHONG – Hasrat seorang lelaki menukar enjin baru kereta miliknya tidak kesampaian apabila dia maut terlanggar pokok di tepi laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, mangsa membeli alat komponen kereta itu Isnin lalu dan bercadang menukar enjin keretanya keesokan harinya (Selasa).\

Bagaimanapun, hasrat mangsa terkubur begitu sahaja apabila dia terkorban dipercayai akibat gagal mengawal motosikal ditungganginya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Kelang Lama ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, motosikal mangsa kemudian merempuh pokok di bahu jalan kilometer 42.7 Lebuhraya Kesas menyebabkannya tercampak ke tepi laluan motosikal.

“Mangsa, Azlan Shah Mohamad Sharif, 28 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda C 100 kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, setelah lima jam mendapat rawatan, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia oleh doktor Wad Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kecederaan parah di kepala.

Abd Razak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.
 
Back
Top
Log in Register