BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempunan siput sedut

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Melaka: “Dia (arwah) meminta supaya masak gulai lemak siput sedut, namun saya tidak berbuat demikian kerana ketiadaan bahan, menyebabkan dia sedih lalu beredar pergi,” kata Roszimah Shaharudin, 45, isteri pemandu lori yang maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Krubong-Pantai Belimbing, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3 pagi, Borhan Adam, 46, menuju ke tempat kerjanya di premis menjual bahan binaan lima kilometer dari rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal Modenas Kriss ditunggang mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Toyota Corona dipandu lelaki berusia 31 tahun yang terbabas dari laluan bertentangan.

Lelaki itu dikatakan meninggalkan keretanya 98 meter dari lokasi kemalangan sebelum membuat laporan polis.

xpix_gal1.pagespeed.ic.JGD_Ui58QM.webp

KEADAAN kereta selepas merempuh mangsa.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat.




Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kempunansiputsedut/MA/Article
 
fuhh.. bahaya.... salam takziah untuk mangsa.....
dah kereta terbabas nak kene beliau.. agak2 mesti kete tu laju, moto yang dinaiki arwah x sempat mengelak...
 
pukul 3 pagi tu....bnyak org ngantuk..tapi drive gak.
 
Back
Top
Log in Register