BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen secara santai, harmoni pilihan Ismail Sabri

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Ismail Sabri meluangkan masa bertanya khabar dan bergambar bersama  masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Bandar Kemayan di Bera, hari ini. - Foto BERNAMA
Ismail Sabri meluangkan masa bertanya khabar dan bergambar bersama masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Bandar Kemayan di Bera, hari ini. - Foto BERNAMA​

BERA: Strategi kempen pilihan raya secara santai, harmoni dan tidak menyerang peribadi lawan menjadi fokus Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera mewakili Barisan Nasional (BN) berkata, pemikiran pengundi masa kini khususnya pengundi kali pertama adalah berbeza berbanding dahulu dan mereka lebih bijak serta matang dalam membuat keputusan.

"Bagi saya dengan pengundi baharu dan muda, pemikirannya sudah berbeza....mungkin mereka tak suka dengar serangan peribadi, serangan yang agak kurang tepat. Kita (berkempen) berdasarkan fakta, ini yang saya buat dan akan terus buat untuk kepentingan mereka (pengundi muda)," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di sini hari ini, Ismail Sabri berkata, apa yang penting adalah tumpuan untuk mengangkat dan 'menjual' produk sendiri berbanding kaedah memburukkan produk pihak lain.

 Ismail Sabri beramah mesra bersama masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Bandar Kemayan, di Bera, hari ini. - Foto BERNAMA
Ismail Sabri beramah mesra bersama masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Bandar Kemayan, di Bera, hari ini. - Foto BERNAMA

Ismail Sabri menyantuni penduduk ketika tinjauan mesra ketika berkempen PRU15 di pasar sehari Kerayong, Bera, hari ini. - Foto PMO

Ismail Sabri beramah mesra dengan Calon Parlimen Pakatan Harapan, Abas Awang ketika menyantuni penduduk ketika tinjauan mesra sempena tempoh berkempen PRU15 di pasar sehari Kerayong, Bera. - Foto PMO
Ismail Sabri beramah mesra dengan Calon Parlimen Pakatan Harapan, Abas Awang ketika menyantuni penduduk ketika tinjauan mesra sempena tempoh berkempen PRU15 di pasar sehari Kerayong, Bera. - Foto PMO

Ismail Sabri menyantuni penduduk ketika tinjauan mesra ketika berkempen PRU15 di pasar sehari Kerayong, Bera. - Foto PMO
Ismail Sabri menyantuni penduduk ketika tinjauan mesra ketika berkempen PRU15 di pasar sehari Kerayong, Bera. - Foto PMO

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan akan melaksanakan janji yang dibuat menerusi Bajet 2023 untuk kepentingan rakyat kerana sudah mempunyai dana yang telah ditetapkan.

Pada PRU15, Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004 berdepan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang yang bertanding atas tiket PKR dan Datuk Asmawi Harun daripada BERSATU yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 2,311 undi menewaskan calon PKR, Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi, manakala calon PAS, Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari mengundi PRU15, manakala 15 November adalah hari mengundi awal.
 
adeh tak penat ko kempen sano sini?
kek mano deme dapek tenaga kekuatan utk jln sano sini siang mlm poie kempen?

den lps jln kaki atau kayuh kek tasik sejam pun raso2 dh letih, blk umah mandi2 nk tido ajo....
 
Mana penat duk tempat tue berjuta duit leh dapat

Tempat duit sapa tak mau
 
Back
Top
Log in Register