BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Kosong 1.0

oll_tompock

Fun Poster
Messages
694
Joined
Jan 27, 2011
Messages
694
Reaction score
0
Points
10
Assalamuailakum ramai dari kita yang mengeluh apabila FAM mengambil tindakan tidak mengemukakan bantahan kepada AFC berkenaan dengan manipulasi umur pemain yang dilakukan oleh myanmar..

ketika ini sudah berpuluh-puluh memorandum dihantar kepada FAM sejak dari zaman kesuraman bolasepak malaysia lagi. tapi apakah tindakan yang dibuat oleh FAM. tiada apa tindakan pun... FAM tetap dikendalikan oleh orang-orang lama... dari presiden sehinggalah ke ahli jawatankuasa.. jadi apakah memorandum sahaja sudah cukup... apa yang peminat-peminat bolasepak malaysia boleh lakukan untuk menyedarkan FAM...berdemo sudah memorandum pun sudah malahan ada yang menggodam laman web FAM tapi FAM masih lagi menjadi badan ekslusif kelompok-kelompok tertentu...

saya sebagai salah seorang penyokong tegar pasukan bolasepak malaysia ingin mencadangkan kempen yang diberi nama KOSONG 1.0 kepada semua penyokong bolasepak tempatan baik penyokong negeri mahupun penyokong pasukan kebangsaan.. kempen ini menggerakkan semua penyokong untuk mengosongkan semua perlawanan liga super , persahabatan antarabangsa , piala malaysia... malahan semua kejohanan yang dianjurkan oleh FAM... kempen ini semestinya dapat menyedarkan kepimpinan FAM bahawa semua penyokong bolasepak tempatan sudah muak dengan kepimpinan FAM... kantung FAM pun sudah semestinya menyusut dengan kempen ini.... kempen ini hendaklah berjalan sehingga presiden dan semua ahli jawatankuasa FAM meletak jawatan...
 
sudah 20tahun lebih tak gi stadium tengok bola
 
aku sokong....dah 15 tahun x masuk stadium
 
mungkin ramai yang menjadi penyokong tegar pasukan negeri akan merasa rugi untuk menyokong kempen ni... tapi mahukah mereka FAM terus dipimpin oleh mereka2 yang bongkak
 
aku nak polo gak nie...
 
kempen ini akan lebih lancar jika setiap dari kita bertanggungjawab untuk mewar2kan kempen ini kepada setiap individu yang anda kenal
 
kalau nk bg berkesan kempen tukar kepimpinan FAM ni senang jer..

1 - jgn pergi lgsg stadium liga anjuran fam atau perlawanan yg melibatkan pasukan negara. biar stadium KOSONG

itu je 1 tips yg kalau buat selama 1-2thn konfom akan turun sume old timer fam
 
Back
Top
Log in Register