BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian anjur program galakkan berkahwin

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
01hm16aa.transformed.jpg


Putrajaya: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan program Perkahwinan Mega 1Malaysia tahun depan bagi menarik lebih ramai masyarakat berbilang kaum dan agama mendirikan rumah tangga.

Program sama sebelum ini dikenali sebagai Majlis Mega Seri Pengantin 2014 hanya membabitkan penganjuran majlis perkahwinan pasangan Islam dianjurkan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya belum dapat menetapkan tarikh sesuai dan lokasi penganjuran program kerana bergantung kepada penyertaan diterima.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan ramai pasangan akan turut serta memandangkan ia dianjurkan secara besar-besaran membabitkan pasangan pengantin pelbagai agama dan bangsa.

“Kami sedang mencari tarikh sesuai dan jika menerima sambutan menggalakkan, kami bercadang menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk hadir,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Mega Seri Pengantin 2014 di sini, kelmarin.

Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Sabariah Hassan; Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Siti Norlasiah Ismail.

Pada majlis itu, 18 pasangan pengantin menyertai Majlis Mega Seri Pengantin 2014 diraikan pada majlis makan beradab.

Rohani berkata, seramai 21, 442 peserta sudah menerima manfaat hasil pelaksanaan Kursus Pra-Perkahwinan Smart Start diperkenalkan kementeriannya sejak 2006.

Menurutnya, pelaksanaan kursus itu bertujuan memberi pengetahuan dan nilai tambah kemahiran kekeluargaan kepada peserta di peringkat awal perkahwinan.

“Bagi pasangan yang mempunyai anak, kementerian melalui LPPKN turut menganjurkan pelbagai program seperti Program Keluarga@Kerja yang memberi manfaat kepada 28,002 peserta,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13236#sthash.F2be5d96.dpuf
 
sampai nk kena wat program....da x ramai y nak kawin...sbb nya mahaiiii....
 
patut...sbb skrg ramai pompuan tanak kawin
 
pompuan yg dah steady ekonomi byk tanak kawin
 
Back
Top
Log in Register