BTC USD 83,386.3 Gold USD 4,129.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemenangan ini rahmat ALLAH

Hrm bila keluarga pesonglap duit dlm umno oleh mng bertanding..
Ini membuktikan umno mmg parti yg sngat kotor...


1384107_625788054137990_1165452779_n.jpg


KENAPA SHAHRIZAT MENANG?

Pemilihan Umno ni terutamanya pemilihan ketua wanitanya telah membuktikan beberapa fakta tentang UMNO yg selama ini menjadi andaian dan tanggapan umum.

Pertamanya,

Rupa2nya org2 umno khususnya wanita tidak langsung sensetif dgn salahlaku, salahguna wang atau salahguna kuasa.Bukankah keluarga shahrizat (suaminya) terbukti terlibat dgn skandal lembu? patutlah umno tidak pernah mengambil serius tentang laporan ketua audit negara yg setiap tahun memaparkan penyalahgunaan dan pembaziran wang jabatan dan kementerian - wang rakyat.

Keduanya,

umno, terutamanya wanita sudah ketandusan tokoh, sudah kekeringan pemimpin yg berwibawa dan bersih utk memimpin sayap parti yg penting itu di peringkat kebangsaan.

Ketiganya,

Nampak sangat ahli2 umno ni terutama wanitanya ikut dan patuh membuta tuli terhadap ketua mereka. Bukankah dua tiga bulan yg lepas sebelum pemilihan umno ini, Najib Razak, presiden umno tiba2 melantik shahrizat kembali menjadi menteri padahal sebelum ni dia tidak dilantik?
 
Last edited:
ada sesuatu yang tak kena apabila kemenangan mengatasi skandal
 
Ape nak diherankan, yg undi dia pun lembu2 semuanya.
 
smua buta ke ape org2 dlm umno ni? nasib baik umno takda kt tmpt aku.. kalau masuk mmg kna lawan habis2an parti bangsat mcmni
 
kebanyakan orang yg biasa hidup senang sukar membezakan antara rahmat dan ujian.
 
mmg org2 umno..xde otak. pemimpin yg byk skandal jgk dipilihnya.
tp x pelik lah..dr yg ats smpai bwh..mmg bowdoh pn.
 
KUALA LUMPUR - "Kemenangan ini satu rahmat yang diberikan oleh ALLAH untuk saya berjuang dalam Pergerakan Wanita Umno", kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau yang memenangi jawatan Ketua Wanita Umno untuk penggal kedua itu turut menyifatkan bahawa kemenangannya itu dari suara akar umbi.

"Saya hanya wakil kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kemenangan ini bermakna visi beliau diterima baik oleh wanita akar umbi, ini kemenangan suara akar umbi.

"Saya memang sayangkan Wanita Umno, kemenangan ini juga kerana Wanita mendokong transformasi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita yang ditemui di perkarangan pusat perjumlahan undi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Shahrizat menang bergaya mengalahkan dua pencabarnya iaitu bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan seorang calon 'underdog', Raihan Suleiman Palestin.

Seramai 110,765 wanita Umno layak memilih dalam pemilihan kali ini.

Shahrizat sebelum ini turut diumumkan sebagai Ketua Wanita Umno Kepong apabila menang tanpa bertanding.

image.jpg
Shahrizat yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mendapat sorakan hangat daripada penyokongnya apabila tiba di perkarangan PWTC sekitar jam 10.15 malam.

Walaupun beliau diselubungi dengan kontroversi, ternyata akar umbi parti masih yakin dengan kepimpinan beliau.

Menurut beliau, kontroversi yang melanda dirinya itu membuatkan beliau menjadi semakin kuat dan bersemangat untuk terus berjuang.

"Sebagai ketua saya diuji dengan banyak cabaran dalam tempoh dua tahun ini.

"Dalam tempoh itu juga mengajar saya untuk membina kekuatan dan menjadi pemimpin yang baik serta kuat berdepan dengan cabaran," katanya.

"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin"

Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"


Tahniah..
 
Back
Top
Log in Register