BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemenangan ini rahmat ALLAH

ilhamjabil

Super Active Member
gem
Messages
7,119
Joined
Jul 27, 2008
Messages
7,119
Reaction score
1,693
Points
151
KUALA LUMPUR - "Kemenangan ini satu rahmat yang diberikan oleh ALLAH untuk saya berjuang dalam Pergerakan Wanita Umno", kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau yang memenangi jawatan Ketua Wanita Umno untuk penggal kedua itu turut menyifatkan bahawa kemenangannya itu dari suara akar umbi.

"Saya hanya wakil kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kemenangan ini bermakna visi beliau diterima baik oleh wanita akar umbi, ini kemenangan suara akar umbi.

"Saya memang sayangkan Wanita Umno, kemenangan ini juga kerana Wanita mendokong transformasi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita yang ditemui di perkarangan pusat perjumlahan undi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Shahrizat menang bergaya mengalahkan dua pencabarnya iaitu bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan seorang calon 'underdog', Raihan Suleiman Palestin.

Seramai 110,765 wanita Umno layak memilih dalam pemilihan kali ini.

Shahrizat sebelum ini turut diumumkan sebagai Ketua Wanita Umno Kepong apabila menang tanpa bertanding.

image.jpg
Shahrizat yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mendapat sorakan hangat daripada penyokongnya apabila tiba di perkarangan PWTC sekitar jam 10.15 malam.

Walaupun beliau diselubungi dengan kontroversi, ternyata akar umbi parti masih yakin dengan kepimpinan beliau.

Menurut beliau, kontroversi yang melanda dirinya itu membuatkan beliau menjadi semakin kuat dan bersemangat untuk terus berjuang.

"Sebagai ketua saya diuji dengan banyak cabaran dalam tempoh dua tahun ini.

"Dalam tempoh itu juga mengajar saya untuk membina kekuatan dan menjadi pemimpin yang baik serta kuat berdepan dengan cabaran," katanya.
 
orang paling banyak skandal boleh menang??

ermmm..

something wrong over there...
 
aku cukup tak paham la....kak ijat lagi yg menang..
 
hahahaha,lawak btl minah nih,da cam meroyan gila kuasa da,takpe la,lantak dia la
 
Undi lebih, saingan tak puas hati. Leh bawa ke mahkamah. Keputusan mahkamah, pendakwa kena bayar kos...haha
 
yg menang menipu yg mngundi pn kaki menipu gk, sama2 belasah duit rakyat :D
 
Back
Top
Log in Register