BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Kemelut jawatan Presiden FAM : FAM nak 'move on'

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000711142.jpg


Spekulasi kepimpinan tertinggi FAM: Pejabat sudah dikosongkan?

Astro Arena
 
3252139.webp

Mesyuarat Eksekutif Khas FAM berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Desas-desus mengenai peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka terjawab apabila Mesyuarat Eksekutif Khas badan induk itu berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Menurut sumber, agenda utama mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan dan mengesahkan surat peletakan jawatan Joehari yang dikatakan telah diserahkan pada Jumaat lalu.

Selain itu, FAM turut perlu mengadakan Kongres Luar Biasa dalam tempoh tiga bulan seperti yang termaktub dalam statut persatuan berkenaan.

Joehari, yang dipilih tanpa bertanding pada Kongres Pemilihan FAM Februari lalu bagi penggal 2025–2029, merupakan presiden kelapan serta individu pertama dari Sabah yang menerajui badan bola sepak negara. Beliau menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang kini memegang jawatan Presiden Kehormat FAM.

Kekosongan yang ditinggalkan Joehari dijangka dipangku oleh Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, sehingga Kongres Pemilihan baharu diadakan.

Tinjauan di laman sosial rasmi FAM pula mendapati status terakhir mengenai Joehari adalah rakaman penghargaan apabila beliau dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk, sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Sebagai rekod, pada 11 Ogos lalu Joehari masih mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Pertama FAM bagi penggal 2025–2029 yang turut dihadiri Hamidin selaku Presiden Kehormat dan Pengerusi Jawatankuasa Bebas, selepas pelantikan jawatan itu diluluskan dalam Kongres Luar Biasa Pertama FAM 2025 pada 30 Jun di Subang Jaya.
 
1000713359.jpg


Siaran Media: Jawatankuasa Eksekutif Hormati Keputusan Peletakan Jawatan Datuk Joehari Sebagai Presiden FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan rasa berat hati mengesahkan bahawa Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub telah menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai Presiden FAM, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM dipanggil untuk Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025-2029, hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi bagi membincangkan hal tersebut.

Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat berkenaan yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya telah meneliti hasrat Datuk Joehari itu dan akhirnya akur untuk menerima peletakan jawatan Presiden FAM itu bagi menghormati keputusan yang telah dibuat oleh beliau.

Jawatankuasa Eksekutif FAM berasa terharu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Joehari atas segala sumbangan, jasa, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bersama FAM sejak beliau dipilih sebagai Naib Presiden pada 2017 dan seterusnya Presiden pada 15 Februari 2025.

Jawatankuasa Eksekutif FAM juga mendoakan agar Datuk Joehari sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dalam segala urusan dan terus dapat menyumbang kepada bola sepak negara.

Menurut Artikel 42 Perenggan 7 dalam Statut FAM, jika jawatan Presiden kosong, Timbalan Presiden yang paling lama berkhidmat akan menggantikan sehingga Kongres seterusnya iaitu tahun hadapan. Kongres tersebut hendaklah memilih Presiden baharu untuk baki tempoh penggal jawatan.

Justeru itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM telah bersetuju untuk menamakan Datuk Wira Mohd Yusoff sebagai Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta, hari ini berdasarkan apa yang termaktub dalam Statut FAM itu.

* Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 27 Ogos 2025


#FAM #HarimauMalaya
 
3252240.webp

Mohd Yusoff

TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi sah dilantik sebagai Pemangku Presiden badan induk itu berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM menerima peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden dalam Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025–2029 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Rabu.

“Menurut Artikel 42 Perenggan 7 Statut FAM, Timbalan Presiden paling lama berkhidmat akan memangku jawatan Presiden sehingga Kongres FAM berikutnya yang dijadual berlangsung tahun hadapan.

“Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan sebulat suara menamakan Datuk Mohd Yusoff sebagai Pemangku Presiden FAM bagi mengisi kekosongan berkenaan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, FAM turut menjelaskan Joehari telah menghantar surat peletakan jawatannya baru-baru ini.

Menurut FAM, badan induk itu terpaksa akur dengan permintaan beliau dan mengucapkan penghargaan serta terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM berasa terharu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Datuk Joehari atas segala sumbangan, jasa, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bersama FAM sejak beliau dipilih sebagai Naib Presiden pada 2017 dan seterusnya Presiden pada 15 Februari 2025.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM juga mendoakan agar Datuk Joehari sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dalam segala urusan dan terus dapat menyumbang kepada bola sepak negara,” kata kenyataan itu lagi.
 
3252527.webp

FAM perlu memastikan isu peletakan jawatan presiden ditangani dengan baik.

PELETAKAN jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bukan sahaja mengejutkan, malah menjadi isyarat jelas bahawa badan induk bola sepak negara sedang berdepan fasa getir.

Dalam kenyataan rasmi, FAM mengesahkan Joehari meletakkan jawatan namun tidak memperincikan sebab beliau meninggalkan kerusi tersebut.

Lebih mengejutkan, tempoh Joehari memegang jawatan itu terlalu singkat selepas dilantik menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin apabila menang tanpa bertanding pada Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025–2029, Februari lalu.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan seribu satu persoalan mengenai apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam FAM ketika ini. Pengurusan tertinggi FAM serta ahli jawatankuasa juga memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Buat masa ini, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dipertanggungjawabkan sebagai pemangku presiden sementara menunggu kongres seterusnya tahun depan bagi melantik presiden baharu.

Mohd Yusoff bukan nama asing, bahkan berpengalaman luas dalam FAM serta pernah menggalas pelbagai tugas penting. Namun, cabaran kali ini jauh lebih besar iaitu menstabilkan organisasi yang kini diperhatikan rapat jutaan peminat Harimau Malaya.

Lebih membimbangkan, krisis kepimpinan ini hadir ketika skuad kebangsaan sibuk dengan kempen kelayakan Piala Asia yang akan bersambung semula Oktober nanti. Kegagalan mengurus transisi dengan baik dikhuatiri memberi kesan besar kepada skuad bola sepak negara.

Diharapkan apa jua badai atau masalah kepimpinan yang berlaku dalam persatuan tersebut dapat diatasi segera agar tidak memberikan implikasi buruk kepada masa depan bola sepak tanah air.
 

'Kita sepatutnya kejar Piala Dunia, bukan masalah kepimpinan dalaman'​


3254541.webp

Laporan Sinar Harian mengenai isu berkaitan FAM.

KETIADAAN alasan kukuh berhubung peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Situasi itu dianggap pelik apabila Joehari yang baharu sahaja menang tanpa bertanding pada Februari lalu, tiba-tiba mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan.

Penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustafa berkata, tindakan FAM yang tidak menjelaskan punca sebenar menyebabkan timbul persepsi wujud sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan badan induk itu.

“Saya rasa ini satu perkara yang amat malang dalam sejarah bola sepak Malaysia kerana ia langsung tidak membantu dalam pembangunan bola sepak negara.

“Ketika kita sepatutnya mencipta pencapaian positif seperti layak ke Piala Dunia atau menjulang Piala Asia, kita sebaliknya terus dibelenggu dengan kemelut kepimpinan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Pada Rabu, Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025–2029 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya mengesahkan penerimaan peletakan jawatan Joehari.

Berikutan itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi sah dilantik sebagai Pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, Mohd Sadek menegaskan jawatan nombor satu FAM perlu diserahkan kepada individu yang benar-benar layak untuk mengelakkan kemelut sama berulang.

“Jawatan ini tidak semestinya diberikan kepada institusi diraja atau ahli politik. Ia wajar diisi oleh individu profesional yang memahami tadbir urus serta undang-undang buruh negara supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan jika gagal.

“Buat masa ini, FAM masih beroperasi dalam kelompok yang sama. Sudah sampai masanya ia dipimpin oleh orang yang benar-benar ada kredibiliti,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register