BTC USD 82,965.3 Gold USD 4,171.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembara Ke Alam Barzakh

best baca kitab ni..

kitab-ar-ruh-ibnu-qayyim_0004.jpg
 
Azab Kubur

Bukti orang di dalam kubur merasakan siksa.

Adapun hadis-hadis tentang siksa kubur, pertanyaan Munkar dan Nakir ada banyak sekali, semuanva bersambung hingga kepada Nabi s.a.w. sebagaimana yang tersebut di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada lbnu Abbas r.a. bahwasanva Nabi saw pernah melalui dua kubur, lalu baginda bersabda:
Kedua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan mereka bukanlah disiksa kerana dosa besar. Adapun salah satu daripadanya, kerana dia tidak suka mengetus/berdehem dari kencingnya sedang yang satu lagi kerana dia suka membawa mulut (mencaci) Kemudian baginda meminta suatu ranting yang hijau, dibelahnva dua dan dicacakkannva ke atas kubur itu seraya berkata: Moga-moga akan diringankan (siksa) ke atas keduanya selama ranting-ranting itu masih belum kering.

Di dalam Sahih Muslim pula, terdapat suatu riwayat daripada Zaid bin Tsabit, katanya:
Sekali peristiwa ketika kita bersama-sama Rasulullah s.a.w. di sebuah kebun kaum Bani Najjar, sedang baginda menunggang di atas baghalnya, tiba-tiba baghal itu berlari cepat sehingga akan-akan menumbangkannya dari atas belakangnya, maka kelihatan di situ ada beberapa kubur, empat, lima atau enam, lalu baginda bertanva: Siapakah orang-orang yang terkubur di dalam kubur-kubur ini Menjawab seorang lelaki di situ: Mereka dari kaum kami. Tanya baginda lagi: Bila mereka mati. Jawab orang itu: Mereka mati di zaman syirik. Maka berkata Nabi saw: Sesungguhnya umat ini sedang menanggung ujian di dalam kubur mereka. Dan kalaulah kamu sekelian ditakdirkan tidak akan dikuburkan seperti mereka itu, nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya kamu mendengar siksa kubur seperti aku mendengarnya. Kemudian baginda menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya mengatakan: Berlindung dirilah kamu dari api neraka, maka kami katakan: Kami berlindung diri kepada Allah dari api neraka.

Kemudian baginda bersabda lagi: Berlindung dirilah kamu kepada Allah dari siksa kubur. Maka kami katakan lagi: Kami berlindung diri kepada Allah dari azab kubur.

Kemudian baginda bersabda lagi: Berlindung dirilah kamu kepada Allah dari fitnah dajjal. Maka kami katakan lagi: Kami berlindung diri kepada Allah dari fitnah Dajjal.

Di dalam Sahih Muslim dan lain-lain kitab hadis, ada suatu riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw telah bersabda:

Tkgvj0t.jpg


Seboleh2nya kita jangan sekali-kali tinggalkan doa ini sebelum salam pertama di dalam solat wajib atau sunat iaitu:

OZmOCIZ.jpg

"Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari
Azab neraka Jahannam,
Dan aku berlindung dari azab kubur,
Dan dari fitnah hidup dan fitnah mati, (semasa dan setelah mati)
Dan dari fitnah kejahatan Dajjal."


Kemudian di dalam doa selepas solat baca doa ini:
QyR6pXd.jpg


Lepas itu baca surah Al-Mulk sekali sehari. Hafalkan surah Mulk dan faham akan maknanya. Semoga diberi kekuatan kepada kami oleh Allah s.w.t untuk beramal dengan amalan soleh.



 
Last edited:
terima kasih tuan kerana mengingati sesama muslim....
 
t'igt kat arwah nenek yg meninggal sabtu lepas. 2/3 hr sblm meninggal kaki dia bengkak & sakit sgt dia ckp. pgllah tkg urut. dia beritahu kena redha sbb kaki bengkak tanda kematian jgk katanya. tak dpt b'gerak mcm sblm ni gerak sendiri dgn tongkat. saat2 sblm meninggal dia ckp nak muntah kat sorg cicitnya. mungkin dia dpt rasa roh dah b'gerak melalui perut. tp dia tak mengadu sakit pun, cuma nak muntah jer katanya. tak lama lepas tu dia b'henti b'nafas & meninggal dlm keadaan mata t'pejam rapat. kami sekeluarga redha pemergian nenek. kepada Allah sebaik2 tempat kita kembali. semoga tempatmu disyurga b'sama roh2 org yg b'iman.

~ al-fatihah buat hajjah hawa binti abdullah ~
 
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun
Al-Fatihah
 
Back
Top
Log in Register