BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembara Ke Alam Barzakh

citymall

Active+ Member
Messages
4,294
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,294
Reaction score
481
Points
41
bnrOj97.jpg

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
[Q29:57]
SAKARATUL MAUT & BARZAKH
Secara umumnya proses perpindahan ke alam barzakh seperti berikut;

1) Nazak (hampir ajal)
2) Di ambang kematian
3) Perpisahan Roh Dan Jasad
4) Roh diangkat ke langit
5) Roh bersatu dengan Jasad Dalam Kubur (alam barzakh)
6) Soal Malaikat Mungkar dan Nakir
7) Siksa kubur
8) Hari Kebangkitan

1) Nazak (hampir ajal)
xfSPqqZ.jpg

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".[Q71:4]

Jangkamasa nazak seseorang ada yang sekejap, dan ada yang agak lama (1 hari). Tanda2 yang dapat dilihat ialah seperti;
1) Hindungnya tunduk.
2) Cuping telinga jatuh/rapat ke kepala
3) Tapak kakinya lurus
4) Sejuk tapak kakinya dan lembut tumitnya
5) Dll

Apa yang perlu dilakukan saat ini;
1) Hadapkan dadanya ke arah kiblat atau hadap kaki ke arah kiblat dan tinggikan sedikit kepalanya.
2) Talqinkan kepada orang itu dengan kalimah"Laa ilaaha Illallaah"
Laqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallah’ beberapa kali.
Keupayaan menyebut kalimah ini bergantung kepada amalan masing2. Jika sekiranya seseorang itu tetap teguh dengan imannya dan tidak melakukan syirik serta banyak berzikir dan tidak melakukan dosa besar maka insyaaAllah mudah menyebut kalimah tauhid ini.
3) Apabila telah hampir ajalnya maka datanglah Malakul Maut untuk mengambil rohnya keluar dari jasadnya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
"Barangsiapa akhir kalamnya mengucapkan kalimah "Laa Ilaaha Ilallaah" nescaya masuk syurga"

ZYtfhpH.jpg

"Kami memohon kepada Allah s.w.t agar menjadikan kami dan orang-orang yang kami
kasihi ketika akan mati nanti dapat menuturkan dua Kalimah Syahadat lagi
mengetahui mengenainya
. Semoga rahmat Allah atas penghulu kita Nabi
Muhammad dan juga kesejahteraan atasnya setiap kali disebut oleh orang-orang
yang menyebutnya dan setiap lalainya orang yang lalai dari menyebutnya. Allah
telah meredhai seluruh para Sahabat Rasulullah dan sekalian para Tabi’in dan
Tabi’it-tabi’in, mereka memperolehi kebajikan hingga Hari Kiamat, dan selamat
sejahtera ke atas sekalian para Anbiya’ dan para Rasul dan segala pujian itu tertentu
bagi Allah Tuhan semesta alam."
[Matan Ummul Barahin As-Sanusi]

[Download Nasihat Imam Sanusi Dalam Matan Ummul Barahin]

PROSES KE-2: Mencabut Roh

6czAa5T.jpg

83: Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,
84: Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya,
85: Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat
86: Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami)
87: Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[Q56:83-87]

Dan lagi firman Allah s.w.t;
afM2S0y.jpg

25: Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
26: Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
27: Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
28: Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
29: Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
30: (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
[Q75:26-30]

GzX7pQq.jpg

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".[Q32:11]

NFYPWif.jpg

61: Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
62: Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung.
[Q6:61-62]

ROH DICABUT DARI JASAD DAN DIBAWA NAIK KE LANGIT

Marilah kita sama2 mengingati mati setiap masa semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhoi Allah s.w.t
InsyaaAllah
 
Last edited:
peringatan yg amat bernilai TT..jazakallah ..

kita disunatkan supaya mengingati 'MATI'.

Diwajibkan mengingati ALLAH.
 
Perkongsian yg bermanfaat, untuk semua warga cg khasnya dan umat manusia seluruhnya
 
peringatan yg amat bernilai TT..jazakallah ..

kita disunatkan supaya mengingati 'MATI'.

Diwajibkan mengingati ALLAH.

Betul. Ingat Allah, ingat mati dan ingat hari pembalasan
 
Proses Mencabut Roh Dari Jasad

ROH DICABUT DARI JASAD DAN DIBAWA NAIK KE LANGIT

Ketika Roh Keluar Dari Jasad
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Apabila seorang mu'min menghadapi sakarat akan datanglah kepadanya malaikat dengan sehelai kain putih, lalu berkata malaikat itu 'Keluarlah wahai roh yang bersih dalam keadaan redho lagi diredhoi kepada kegembiraan dan kepuasan dan Tuhan yang tidak murka.

Maka roh itu akan keluar berbau wangi, lebih wangi daripada bau-bauan kasturi sehingga dia akan menyentuh setengah mereka kepada setengah yang lain, hinggalah dia dibawanya ke pintu langit. Para Malaikat sekalian akan mengatakan: Alangkah wanginya bau-bauan yang datang dari bumi ini! Roh itu terus dibawakan para Malaikat kepada semua roh-roh kaum Mu'minin, sedang mereka sekalian sangat gembira dengannya lebih daripada kegembiraan kamu dengan seorang yang sudah lama merantau yang baru datang kepada kamu. Maka mereka akan bertanya kepadanya: Apa yang dibuat si fulan dan si fulanl Ketika itu para Malaikat segera menahan mereka seraya mengatakan: Biarkanlah dia beristirahat dulu, sebab dia baru saja terlepas dari keberatan dunia.

Dan apabila dia memberitahu mereka itu, bahwa si fulan yang kamu tanya itu telah terlebih dahulu datang kepada kamu. Maka tahulah mereka seraya mengatakan: Tentutah dia telah dibawa kepada ibunya neraka Hawiyah itu.

Dan si kafir pula, apabila dia menghadapi sakarat, akan datang kepadanya Malaikat-siksa dengan kain guni yang kasar, lalu mengatakan:
Keluarlah, wahai roh yang jahat di dalam keadaan dimurkai, dan pergilah kepada siksa Allah. Maka roh itu akan keluar berbau busuk seperti bau-bauan bangkai, sehinggalah dibawakannya ke pintu bumi, maka para Malaikat mengatakan: Alangkah busuknya bau roh ini, hinggalah dibawakan oleh mereka kepada roh-roh kaum kafir.
(Riwayat An-Nasa'i, Al-Bazaar dan Muslim secara ringkas saja)


Abu Hatim telah mengeluarkan suatu riwayat di dalam Sahihnya, katanya: Bahwasanya seorang Mu'min, tatlela menghadiri maut akan turut dihadiri Malaikat-rahmat. Setelah rohnya dicabut diletakkannya pada secarit kain sutera putih, lalu dibawanya ke pintu langit, maka para Malaikat mengatakan: Kita tidak pemah mencium bau-bauan yang wangi seperti inil Lalu ditanyakan kepadanya pula: Apa yang dilakukan si fulan ? Apa yang telah dilakukan oleh fulanah. Maka dikatakan kepada roh-roh yang bertanya itu: Biarkanlah dia beristirahat terlebih dahulu, kerana dia baru saja selesai daripada keberatan dunia.
Adapun si kafir itu, apabila dicabut saja nyawanya, dia terus dibawa ke bumi, maka berkata seisi bumi itu: Kami tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih busuk dari bau-bauan ini! Lalu dibawa nyawa itu ke bumi yang paling bawah sekali. [Ar-Ruh Al-Qayyim]
 
semoga ALLAH merahmati kita semua..
 
TT, boleh tlg ulas lebih mendalam tentang kunci ke syurga yakni barangsiapa menyebut la ilaha illallah, dia akan masuk ke syurga
 
Maksudnya begini;
Orang yang hampir mati dan perkataan terakhir yang dia ucapkan adalah kalimah syahadah tersebut (kerana dia masih ada iman) Nabi s.a.w memberi jaminan dia akan masuk syurga akhirnya. Kalau dia banyak dosa berbanding dengan pahala, dia akan disiksa di alam barzakh atau dimasukkan ke dalam neraka mengikut kadar amalan jahat yang dia lakukan, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Allah memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurgaNya dengan RahmatNya jua.
Yang penting di sini segera bertaubat dari segala dosa dan mohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa kita (kecuali dosa syirik)

Orang yang mudah menyebut kalimah syahadah ketika hampir mati ialah orang yang faham sungguh2 makna kalimah syahadah tersebut serta mengamalkan segala tuntutan syahadah serta menjadi darah daging sebati dalam hatinya, InsyaaAllah.
[Matan Ummul Barahin As-Sanusi]

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register