BTC USD 85,634.7 Gold USD 4,309.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembali Kepada ALLAH SWT

Antara panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh adalah :

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Wallahul muafiq wallahu a'lam
 
MENGAPA AKU GEMAR BERSANGKAAN?

"Wahai orang-orang yang beriman,
jauhilah kamu daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa,
dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan dan keaiban orang),
dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.
Apakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
 
Moga dapat diambil PENGAJARAN

"Saya tidak dapat mengakui ilmu itu kepunyaan kita. Kerana saya sedar siapalah kita ini yang disebut sebagai sarung bangkai bernyawa seperti kata orang orang tua dulu berslogan berseloroh sesama khalifah besar, “Kita ni hidup dipakai mati ditumpang.”
Ilmu hak tuhan dipakai si akal buat sementara hidup, nanti kalau dah ghargharah’ nyawa sampai ditengkuk, aqal pergi, ilmu yang kita tuntut menghilang yang tinggal hanya diri yang penuh kekosongan mengadap tuhan. Gurulah sebenarnya yang berbuat, bukannya kita ini.
Dengan izin dari Allah swt, maka beginilah pegangan para aulia’illah menafikan hak diri nafsu yang bersangka syirik khafi, dengan menjalankan rabithah sebagai ilmu maqamat dan maratiib tertinggi di alam maya ini. Dengan kata kata lain saya meminjam dari Sang Gusti Prabu Lelana, “Setinggi tinggi ilmu alam ada pada diri”."
SUMBER ASAL
 
Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
“Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris Nabi-Nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.


Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :
"Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah- khalifahku (pengganti dan pewaris) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku."

(Riwayat Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah)

Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh :
Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam yang terkenal sebagai ‘golongan yang memakai baju bulu’ yang telah meninggalkan semua aktiviti keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam

Wallahul muafiq wallahu a'lam
 
Dari Sirrul Asrar, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh menyebut:

Allah memerintahkan Nabi-Nya supaya:

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. (Surah Yusuf, ayat 108).

Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah
manusia sempurna,
guru kerohanian yang sebenar
yang akan datang selepas Nabi Muhamamd Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam
yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan
yang akan berada hampir dengan Allah
.

Manusia yang demikian digambarkan sebagai:

‘pelindung dan pembimbing sebenar’. (Surah al-Kahfi, ayat 17).



Wallahul muafiq wallahu a'lam
 
Last edited:
Sebelum mendapat petunjuk Allah Ta'ala untuk mengikuti Toriqat Sufiyyah, Imam Ghazali adalah diantara orang yang meragui ahli2 Tasawwuf dan Ahli2 Ma'rifat. Kata beliau :

"Aku pada permulaan urusanku(perjalanan ku kepada Allah) adalah merupakan orang yang mengingkarkan tentang istilah2/ ahwal bagi orang2 yang soleh dan juga maqam2 bagi golongan Arifin, sehinggalah aku bersahabat (berguru) dengan Shaikh aku yang bernama Shaikh Yusuf An-Nassaj. Guruku itu sentiasa menggesa aku untuk terus mujahadah sehingga aku dikurniakan oleh Allah akan berbagai kurnia kerohanian." (Al-Munqiz)

Setelah menjalani Toriqat Sufiyyah dibawah bimbingan Shaikh beliau sehingga dikurniakan Allah Ta'ala Ilmu Ma'rifat, Ilmu Hikmah dan Ilmu Kasyaf beliau mengakui, Ahli Tasawwuf atau Ahli Ma'rifat adalah sebaik-baik manusia yang mewarisi Ilmu Nabi dan jalan mereka adalah jalan terbaik bagi mendapat keredhaan Allah Ta'ala.

Wallahul muafiq wallahu a'lam
 
Kata Sayyid-At-Tariqah As-Sufiyyah Shaikh Junaid Al-Baghdadi Radhiallahu 'Anh :

"Ilmu kami, ahli Tasawwuf diikat dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Jika seseorang tidak menghafal Hadis Nabi dan tidak menulisnya di dalam kitab2 dan tidak menghafal Al-Qur'an, dan tidak mahir di dalam hukum2 syaria't dan tidak pula 'alim di dalam ahwal perjalanan kerohanian, maka orang itu tidak layak diikuti sebagai pemimpin Ma'rifat ketuhanan. Maka jangan kamu mengambil ilmu daripadanya"

Berkata Ghawthul A'zaham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada ke*****an.
Dia mesti sangat mahir didalam Syari'at,
sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat.
Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat,
selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram.
Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri dipimpin, sempurna di dalam kemurahan hatinya."
(Qala'id Al-Jawahir)

Sultanul Arifin Hazrat Sulatn Bahu Radhiallahu Anh berkata:

"Apabila seseorang memasuki alam Tasawwuf, dia wajib dengan sungguh2 mematuhi tuntutan Syari'at. Dia wajib mematuhi hukum2 didalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi dalam setiap langkahnya"
(Mihakul Fuqara)

Pendidikan awal yang dimulai dengan zkrullah adalah berdasarkan Firman Allah Ta'ala :

"Wahai orang2 beriman, zikirkan oleh kamu akan Allah dengan zikir yang banyak." [Al-Ahzab: 11]
 
Tidak akan AKU bersangkaan maksud FIRMAN TUHAN SEMESTA ALAM

Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui(nya).

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".


Surah Yunus:55-58

Maha Benar Allah Dengan Segala FirmanNYA
 
kembalilah pada ALLAH dalam setiap apa yang kita lakukan seharian .... setiap perbuatan (kebaikkan) yang kita lakukan .. lakukanlah kerana ALLAH TA'ALA dan sesekali jangan harapkan balasan dari ALLAH. Ikhlas lah kita terhadap apa yang kita lakukan (kebaikkan) dan harapkan cuma belas kasihan ALLAH pada kita sahaja. ALLAH lah jua yang layak memberikan apa yg terbaik buat kita.
 
Back
Top
Log in Register