asSalam alaikum,
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr 103: 1 – 3)
SUMBER ASAL
Tujuan ditulis semata-mata utk dijadikan pengajaran buat kita mengabdi diri bukan pula syaitan yg menyombongkan diri.
Sebenarnya jika ada sesiapa yang benar benar ingin menyudahkan zaman mudanya dengan
kembali kepada Allah swt hendaklah bertaubat dengan sebenar taubat nasuha. Berjanji untuk tidak melakukan segala perkara maksiat zahir dan berjanji untuk belajar meninggalkan segala maksiat yang batin. Berbuat taat kepada Allah dan rasul, pada kedua ibu bapa, kepada guru guru kita yang masih hidup, menjaga lidah bara kita dari menyakiti hati atau menyinggung kawan, saudara atau orang lain.
Termasuk berjanji tidak akan menyakiti hati dan tubuh orang yang bukan islam kecuali pada zaman harbi (Perang).. dan berjanji untuk tidak menyakiti sebarang jenis haiwan kecuali yang diperintahkan bunuh oleh Allah dan Rasul. Tidak menyakiti dedaunan dan tumbuhan dan banyak lagi sehingga orang yang ingin menjadi salah seorang yang bertuah menjalani jalan itu menjadi resah gelisah, gementar dan takut untuk menjejakkan kaki ke alam yang penuh rahsia serba serbinya.
Apabila sudah berbaiah kena berlapar, berjaga malam kurang tidur sampai merah mata.. berpuasa isnin dan khamis, banyakkan solat sunat dalam masa 24 jam, jaga mata dari menzinakan mata, jaga telinga pendengaran dari perkara syubhat, jaga kaki tangan ke arah mana nak dituju, jaga hati supaya sentiasa menyangka orang itu baik.. yg ini sukar sekali,
mudahan Allah membukakan pintu hati kita semua, kena kira perkataan yg keluar itu sia sia dikifarat dengan qulhu,