BTC USD 85,281.0 Gold USD 4,346.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kembali Kepada ALLAH SWT

SangKaan

Fun Poster
Messages
175
Joined
May 14, 2011
Messages
175
Reaction score
10
Points
15
asSalam alaikum,

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr 103: 1 – 3)

SUMBER ASAL

Tujuan ditulis semata-mata utk dijadikan pengajaran buat kita mengabdi diri bukan pula syaitan yg menyombongkan diri.

Sebenarnya jika ada sesiapa yang benar benar ingin menyudahkan zaman mudanya dengan kembali kepada Allah swt hendaklah bertaubat dengan sebenar taubat nasuha. Berjanji untuk tidak melakukan segala perkara maksiat zahir dan berjanji untuk belajar meninggalkan segala maksiat yang batin. Berbuat taat kepada Allah dan rasul, pada kedua ibu bapa, kepada guru guru kita yang masih hidup, menjaga lidah bara kita dari menyakiti hati atau menyinggung kawan, saudara atau orang lain.

Termasuk berjanji tidak akan menyakiti hati dan tubuh orang yang bukan islam kecuali pada zaman harbi (Perang).. dan berjanji untuk tidak menyakiti sebarang jenis haiwan kecuali yang diperintahkan bunuh oleh Allah dan Rasul. Tidak menyakiti dedaunan dan tumbuhan dan banyak lagi sehingga orang yang ingin menjadi salah seorang yang bertuah menjalani jalan itu menjadi resah gelisah, gementar dan takut untuk menjejakkan kaki ke alam yang penuh rahsia serba serbinya.

Apabila sudah berbaiah kena berlapar, berjaga malam kurang tidur sampai merah mata.. berpuasa isnin dan khamis, banyakkan solat sunat dalam masa 24 jam, jaga mata dari menzinakan mata, jaga telinga pendengaran dari perkara syubhat, jaga kaki tangan ke arah mana nak dituju, jaga hati supaya sentiasa menyangka orang itu baik.. yg ini sukar sekali, mudahan Allah membukakan pintu hati kita semua, kena kira perkataan yg keluar itu sia sia dikifarat dengan qulhu, kena berzikir sehingga 70,000 sehari semalam kena beruzlah, khalwat zikir, kena bersuluk seperti di dalam gua hira' sampai 40 hari.. setengah orang kata ini bid'ah khurafat, jangan begitu.. kalau duduk menyendiri itu salah maka Nabi saw tidak akan menyendiri waktu itu.. dan bermacam macam lagi sehingga hati orang munafiq rasa kecut jadinya, memang kecut perut kalau mendengarkannya.

Dan lagi berbaiat pula bukan kerana menuntut kemegahan dunia, mencari ilmu hebat, kebal, keramat dan bermacam2 lagi yang sememangnya itu semua adalah laluan perjalanan ahli suluk. Sesiapa yang menggunakan kekeramatan yang lahir secara disengajakan contohnya menepuk lantai buah jatuh, berdehem kucing lari, menepuk tangan dan dikisar keluar api, mengangkat kereta proton sebelah tangan, berjalan di atas air, dan banyak lagi .. maka 2 bulan kena dam berpuasa atau 2 jam kena jemur panas matahai terik dan berbagai denda dikenakan.

Jadi, kalau bertarikat mengikut jalan ahli ulama sufi imam ghazali dan lain lain itu hanya ingin menuntut kehebatan dunia, yakni salah pasang niat, maka terjadilah peristiwa yang dipanggil sebagai sakit mental 'gila isim' yang pernah kita dengar semenjak dari zaman orang tua kita dahulu. menuntut ilmu haq diharamkan berniat mencari kelebihan dunia, murid hendaklah selalu memeriksa niat semata mata mencari keredhaan Allah jua.

Saya pulangkan kepada Allah segala perkaranya. Amin ya Rabbal alamin. Mudah mudahan kita terlindung daripada azab siksa dunia dan azab di akhirat. Kepada semua yang pernah dan sedang terkena penyakit gila anda sebenarnya sangat beruntung kerana akan menjadi penghuni syurga percuma..


PALING MUSTAHAK ADALAH MENCARI GURU MURSYID DENGAN PETUNJUK DARI ALLAH BUKAN DARI DENGAR CERITA DAN AJAKAN RAKAN YANG BERTALU TALU.

MOHONLAH KEPADA ALLAH SUPAYA DI TUNJUKKAN SIAPAKAH MURSYID YANG PALING HAMPIR DENGAN KITA ATAU SEKURANG KURANGNYA KHALIFAH YANG BENAR .

BUKAN MUDAH MENEMUI SHEIKH MURSHID YANG KAMIL LAGI MUKAMMIL.


Ini adalah kisah benar dan tidak berniat untuk memburuk burukkan mana badan tariqat yang ada. Apa jua yang berlaku adalah berpunca dari individu itu sendiri. Penulis memohon ampun dan maaf jika ada terkait secara tidak sengaja dengan orang orang tertentu tidak kira di mana jua berada.
 
ambo hanya pandai copy paste saje, nak menukilkan jauh sama sekali kerna jahil diri serba serbi.

Ambillah pengajaran dari apa yang dipetik dari SUMBER ASAL

1. Setiap perkara yang berlaku semuanya mempunyai hikmah untuk hambaNya. Namun kesilapan manusia menterjemahkan ujian itu sebagai satu kesulitan yang membebankan penuh kepayahan telah tersasar dari jalan ketuhanan. Bagi sang pencari keredhaan Allah, mereka akan menghadapinya dengan hati yang terbuka menerima dan malaksanakan titah perintahnya. Bukan sahaja menjalani disiplin kesufian bersungguh-sungguh malah kehidupan seharian dihadapi dengan mata hati yang celik penuh pandangan musyahadah kembali kepada haknya.

2. Apa bila ditanya kepada Saidina Abu Bakar apa yang tinggal pada dirinya, dia menjawab “ALLAH dan RASULNYA” semua hartanya diserahkan kepada jalan Allah tanpa protes dan soal jawab. Saidina Abdul Rahman Bin Auf orang kaya di zaman Rasulullah, apabila diserukan jihad untuk berperang maka diutuskan 1000 ekor unta dan kuda sarat senjata dan beribu dinar diperuntukkan untuk menegakkan Islam. Mungkinkah kita punyai kesanggupan seperti sahabat Nabi?

3. Duit yang kita dapat adalah dari pekerjaan kita, pekerjaan itu datangnya daripada ilmu pengetahuan samada berkelulusan SPM, Diploma, Ijazah sarjana atau PHD ataupun kemahiran, kelulusan sijil itu datangnya dari Ilmu Allah Taala jua. Apa mungkin kita masih mengakui bahawa duit itu milik kita sepenuhnya. Duit itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua, kiaskanlah kepada semua perkara yang ada pada diri kita pasti akan berjumpa dengan kalimah “Siapa mengenal dirinya, maka akan mengenal akan Tuhannya.

4. Harta, wang ringgit mudah dihinggapi syubhat dari mana asal datangnya, bagaimana untuk membersihkannya? Islam mengajar caranya dengan membayar zakat samada zakat harta dan pendapatan, kemudian jika sukar bagi kita untuk menderma lihatlah disekitar kampong kita apakah ada mereka yang susah. Boleh juga dialirkan ke masjid, sekolah, Maahad Tahfiz, anak-anak yatim atau sebagainya

Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissowab
 
“SEMATA-MATA UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH”

"Manusia diberikan hati nurani dan aqal yang dapat menimbang tara akan mesej yang disampaikan sama ada daripada Allah dan Rasulnya atau iblis laknatullah serta jin syaitan.

Justeru itu kecekalan dan kematangan dalam menilai semula akan tujuan lahirnya kita ke bumi ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Untuk beribadah, berbakti, taat dan sebagainya hanya untuk mendapat keredaannya serta memenuhi tuntutan syariat Rasulullah.

2. Hanya layak selaku hamba Allah, ialah mengesakanNYA dalam ibadah semata-mata kepada Allah sahaja, bukan kerana yang lain.

3. Dalam skop yang lebih luas, ibadah itu adalah dengan bertawajuh dan bermuraqabah kepada-Nya setiap masa dan detik..walaupun kita berkerjaya sebagai peladang, jurutera, guru, peniaga dan apa sahaja keadaan pun yang mengikut syariat akan hal pekerjaannya.

4. Maka hendaklah sentiasa merasai akan kewujudan Allah dalam pandangan, pergerakan, percakapan serta menghayati akan firman Nya : “Ingatlah Aku (Allah), nescaya akan Aku ingat Dikau”.

5. Bersyukur setiap masa dengan mengucapkan Alhamdulillah dan melaksanakan ibadah bagi menyatakan tanda kesyukuran kita kepada Nya. Walaupun sebenarnya Allah itu tidak memerlukan pujian makhluknya kerana Dia sangat terkaya dan tidak mengambil faedah dari hambanya. Maka di sana akan terdapat natijah yang berhikmah lagi tajam pandagngan mata hatinya." SUMBER ASAL

Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissowab
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. al-Faatir:28

Ilmu apakah itu....

"ilmu fardhu 'ain dan mengenal diri yakni ilmu ketuhanan azza wajalla. Kerana hanya dengan ilmu inilah yang akan membawa diri ke pintu taubat nasuha. Dan tidak akan kembali mengerjakan perkara perkara yang mengundang kemurkaan Allah semata mata. Bukanlah ini bererti kita tidak boleh menuntut ilmu yang lain, maksudnya jika kita sedang sibuk mempelajari tajwid contohnya, pelajarilah bagaimana mahu bertaubat yang sebenar. Jika sedang kita pelajari ilmu sains dan ilmu ilmu yang lainnya, hayatilah ilmu kerohanian yang akan mendekatkan diri kepada taqwa kepada tuhan. Jika kita sedang sibuk mempelajari mustolah hadis dan tafsir jalalain contohnya, amalkanlah taubat dan carilah ilmu pengubat jiwa dan perasaan itu..Barulah sempurna ilmu yang dikehendaki." SUMBER ASAL

Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissowab
 
Petik Memetik SUMBER ASAL

Telah berkata para ‘arif billah : Manusia itu tergolong kepada empat golongan yang membezakan darajat dirinya dengan derajat diri orang lain walau orang itu alim atau kaya raya atau miskin merempat papa kedana.

Yang pertama, kelu lidah tidak pandai berbicara ditambah pula buta sekalian mata hatinya.- itulah sifat orang jahil 90 persen dirinya dibalut nafsu.

Yang kedua, lancar lidahnya petah kata katanya tetapi sayang buta sekalian mata hatinya dari melihat alam yang ajaib ajaib kekuasaan dan keagungan Allah.- itulah alim ulama suuk. 90 persen dirinya dibalut nafsu 10 persen dirinya dikuasai aqal fikiran.

Yang ketiga, kelu lidahnya di depan ulama, tetapi mata hatinya melihat mereka dan kejahatan mereka yang tersembunyi disebalik tudung serban dan jubahnya lagi melihat da mendapat ilmu hikmah yang melimpah ruah.

Yang keempat dan terakhir, petah lidahnya bertutur mengatur urusan menjadi khalifah Allah memakmurkan bumi, mata hatinya kasyaf kunni melihat segala rahsia kebesaran Allah swt. Orang seperti ini jarang jarang ditemui, mereka adalah kekasih Allah yang sentiasa menjauhkan diri dari manusia berkebun dan bertani memakmurkan bumi sebagai khalifah untuk diri dan murid muridnya sahaja.

Manusia ini tidak menuntut habuan dunia dari kerajaan mana pun yang memerintah, orang orang seperti ini kebanyakkannya menjauhkan diri dari kesibukan politik dunia dan lebih senang baginya fana’ baqa billah setiap masa dan ketika.


Di bawah ini adalah pandangan peribadi yang sengaja dinaqal dari seorang tua yang tidak pernah dikenal orang siapa dia itu. Beliau pernah menyebutkan perkaranya dengan jelas tetapi penulis mengungkapkannya semula dalam bentuk pantun atau sajak ataupun puisi yang hanya menjelaskan sedikit gambaran daripada maksudnya yang sebenar. Mungkin amat mudah memahaminya. Kenapa penulis tidak menyebutnya secara jelas sahaja bukankah itu lebih mudah?

Sebenarnya berqias dan bermadah adalah amalan para anbiya walmursaliin wassyuhadai wassalihin..wal auliya'il muqarrabiin, wabihi nasta’iin ala umuurid dunya waddiin..

Sajak , Pantun , Guridam Ulama Suuk

" Izinkan Hamba Menukil Berita, Berita Berqias Panutan Agama,Bekal Hidup Panduan Berdunia, Mengisi Tabaq Di Barzakh Sana..Hamba Tergerak Hati Bicara,Ingin Bertanya Pada Sang Pendita, Mana satukah Intan Permata, Antara Murai, Biawak dan Buaya.."

" Hamba Menukil Bukan Durjana, Bukan Hamba Ini Berkata, Dari Kayangan Turun Bicara, Antara Tiga Makhluk Sang Cipta, Tiada Satu Intan Permata, Sinar Menyilau Padanya Tiada, Bau Yang Busuk Menyengat Deria, Menyakitkan Lima Si Pancaindera, Bila Terdengar Murai Berjaja, Rontok Seluruh Jiwa Dan Raga, Jatuh Berderai Disambar Buaya, Barang Yang Baki BiaWak Yang Punya.."

" Ke Hulu Ke Hilir Menggandar Besi, Konon Dikata Mujahid Pemberani, Niat Yang Baik Tapi Mencemar Duli, Dia Saja Yang Tahu Allah Hu Rabbi.."

" Wahai Murai Turunlah Dari Kayangan, Perjuanganmu Terabai Jika Di Awan, Biar Retak Besi Di Gandar, Tiada Siapa Yang Akan Mendengar, Hanya Bulan Disebalik Awan. Itu Pun hanya Buat Sementara, Gandar si Besi Tukar Di Genggam, Dendam Membara Siap Di Lepaskan, Dendam Kesumat Telah Di Lontarkan, Marah Dan Geram Sudah Berjalan.."

" Menusuk Jantung Hati Para Pengunduh, Beratus Ribu Insan Yang *****, Taat Setia Mendengar Yang Hodoh, Bukan Begitu Melentur Buluh, Gunakanlah Hikmah Barang Yang Ampuh..Tatkala Suram Dada Tersentak, Tatkala Riang Mata Terbeliak, Semasa Miskin Jalan Tak Dongak, Dapat Pangkat Bernektai Segak, Dahulu Kata Itu kafir Juhalak, Kini Suka Takut Tertolak.."

" Ingatlah Wahai Saudara Yang Mulia, Ingatlah Mahkota Dan Baju Kita, Jangan Hanya Pandai Bicara, Amalkan Juga Apa Di Kata, Ingat Beringat Tuntutan Baginda, Muga Selamat Gelaran Ahli Agama, Pandai Berkata Pandai Menjaga. Jangan Kata Munafiq Dia, Kita ini Lebih Nifaq Sebagai Bapa…"

" Asyiq Gemar Mentertawakan Orang, Hobi Suka Mencari Salah Jiran, Mungkin Tabiat Intai Hak Orang, Zip seluar Lupa Nak Betulkan.."


Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissowab
 
Petik Awal Pagi SUMBER ASAL

Tuntutlah dan beri keutamaan kepada ilmu yang boleh dibawa kembali menemui Allah. Bukannya ilmu yang merunsing aqal dan fikiran ketika mengakhiri kehidupan ini.

Kasih sayang dan rindu dendam kepada Allah, sebenarnya mempunyai tandanya sendiri. Seperti jua sepasang kekasih yang sentiasa menyebut dan mengingat akan kekasihnya. Walaupun di mana jua berada tetap akan sang kekasih memuja dan memuji akan peribadinya.

Merasai nikmat dalam beribadah amatlah sukar jalannya. Perlu kepada pengorbanan sepenuhnya agar sentiasa dapat bersama setiap detik dan ketika.

Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERIiiiiiiiiiii..

Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissowab
 
Petik Petang SUMBER ASAL

ILMU AKAN MENGHILANG WAKTU SAKARATUL MAUT

Bahawasanya ilmu yang dipelajari oleh hamba hambanya ini akan terlenyap hangus sebelum nyawanya terbang ke barzakh kembali ke rahmatullah alaih.

Sewaktu nyawanya sampai di halqum, ghargharah' ia bergetar di leher maka otak akal fikirannya akan jammed atau 'stroke' tanpa dapat mengingat ilmu matematik misalnya - satu kali satu jawabnya berapa, orang makan nasi batal atau tidak puasanya, jika menafikan ma'ani apa hukumnya, jika menafikan ma'anawiah apa pula hukumnya. Tidak akan dapat dijawab oleh sang hamba yang sedang nazak melainkan lupa selupa lupanya.

Oleh sebab itu nabi saw mengisyaratkan supaya dibacakan yasin dan talkin "Lakkinuu Mautaakum" talkinkan mayit kamu dengan kalimah syahadah. Supaya mudah mudahan ia akan ingat kembali kepada Allah swt tanpa perlu menjawab soalan yang disoalkan sewaktu nyawanya di ghargharah halqum.

Lalu siapakah yang akan melihat dan menyaksikan dirinya ketika sakaratul maut itu. Tidak lain dan tidak bukan melainkan diri rohnya (AMALAN) sewaktu hari terakhir keadaan dirinya ditamatkan riwayat hidupnya setelah ajalin musamma nya telah pun sampai.

Tiada siapa yang akan dapat membimbing dan menyelamatkan pandangan dirinya dari pujukan syaitan yang datang menipu dayanya sebagai ibu dan bapanya mengajak diri masuk ke dalam agama yahudi dan nasrani supaya dirinya mati dalam agama yang demikian itu, melainkan diri rohnya jua yang mendapat pimpinan guru mursyidnya yang akan menyelamatkan akidahnya jua pada waktu itu.

Ayuhlah wahai para muslimin dan muslimat, kembalilah kepada jalan tuhanmu..Yaa aiyatuhan Nafsul Muthmainnah, irji ii' ilaa rabbiki raadhiatan mardhiyyah, fadkhulii fii ibaadii, wadkhulii jannati. Wahai diri nafsu yang tenang tetap, kembalilah kamu kepada tuhanmu, dengan keadaan suka reda dan diredhai tuhanmu, masuklah ke dalam golongan hamba2ku, dan masuklah ke dalam syurgaku.

Jika ditilik dari erti kata ayat firman Allah itu tadi, maka didapat kiranya kita fahami bahawa, diri yang dimaksudkan oleh Allah swt itu bukanlah semua manusia yang berilmu tetapi manusia yang telah berjaya memujuk nafsu dan membenamkan nafsunya ke dalam bumi sehingga diri rohnya membesar dan berpakaian yaitu yang disebut sebagai diri roh yang mendapat gelar diri roh mutmainnah. Bukan diri ammarah, bukan diri lawwamah, bukan pula diri mulhimmah.

Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissowab
 
Last edited:
"sedikitkan pandangan ilmu nyata kerana ternyata ia mengeraskan hati manusia."
 
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, iaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain".
(Shahih Muslim No.1352)
 
Back
Top
Log in Register