BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Siri Google Pixel 8

Siri Google Pixel 8 Akan Mula Dihasilkan Di India. Malaysia Bila Lagi ?

Google mengumumkan yang mereka akan membuka kemudahan pengeluaran Pixel 8 dan 8 Pro di India lantas menjadikan pasaran India sebagai pasaran Pixel terbaharu. Menurut Google, India adalah pasaran utama syarikat itu dan ia tidaklah mengejutkan kerana walaupun 1% sahaja penduduk India gunakan produk Google, ia diterjemah kepada 140 juta, lebih banyak daripada penduduk Malaysia itu sendiri.

231023-google-pixel-8-06-1024x681.jpg


Mungkin itulah sebab produk Google Pixel tak masuki Malaysia sehingga hari ini. Siri Pixel 8 adalah telefon baharu yang diumumkan Google dan ia adalah flagship tahun 2023 daripada syarikat itu.

231023-google-pixel-8-05-1024x576.jpg


Antara pembaharuan yang dibawakan berbanding Pixel 7 adalah seperti pengguna cip pemproses baharu yang dinamakan Google Tensor G hasil penyatupaudan pengalaman 7 tahun Google dalam pembangunan perisian dan perkakasan.

231023-google-pixel-8-02-1024x576.jpg


Kemudian, panel paparan Pixel 8 sekurang-kurangya 42% lebih cerah berbanding sebelumnya dan ia kini turut dilengkapi sensor suhu untuk anda baca darjah kepanasan objek-objek disekitarnya.

231023-google-pixel-8-03-1024x576.jpg


Seperti biasa, kamera adalah bahagian yang diberikan lebih tumpuan oleh Google. Katanya, prestasi di bawah cahaya malap telah ditambah baik melalui penggunaan sensor dan apertur lebih besar.

231023-google-pixel-8-01-1024x576.jpg


Pada Pixel 8 juga google memperkenalkan “Audio Magic Eraser” yang mampu buang hingar daripada audio, sama seperti “Magic Eraser” yang membuang objek yang tidak berkenaan daripada gambar.

231023-google-pixel-8-04-1024x576.jpg


Siri Google Pixel 8 boleh didapati di A.S pada harga bermula UDS699 (RM3,341). Telefon Pixel sewaktu pertama kali diperkenalkan, dihasilkan di China. Sebelum dalam tahun 2022, mereka mengumumkan yang Vietnam juga mula menghasilkan Pixel 7 sebagai salam satu langkah pempelbagaian dan pengurangan kebergantungan kepada China.

Tidak terhad kepada pengumuman pengeluaran produk di India, Google turut mengumumkan akan melaburkan USD10 billion ke dalam pasaran itu untuk sehingga 7 tahun akan datang bagi memacu pertumbuhan produk-produk digital di sana.

Sumber asal Google, TechCrunch
 
Back
Top
Log in Register