BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Siri Google Pixel 8

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Google Pixel 8 dan 8 Pro akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Kedua-dua Pixel ini adalah peranti mercu baharu Google tahun ini. Peranti ini akan dijana cip Tensor G3, hadir dengan kamera baharu serta penambahbaikan perisian. Belum lagi dilancarkan, satu lagi peranti sudah pun tertiris iaitu Google Pixel 8a. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada Mei 2024 ketika acara Google I/O. Imej yang tertiris mendakwa Pixel 8a ini memperlihatkan rekaan yang lebih bulat seakan iPhone X.​

1695453266223.png

Setiap sisi peranti juga melengkung, bar kamera di belakang mirip rekaan Pixel sekarang, bezel skrin nampak cukup tebal dan dikatakan hadir dengan binaan premium. Peranti ini dikatakan turut akan dijana dengan cip Google Tensor G3 sama seperti peranti mercu yang bakal dilancarkan. Buat masa ini masih awal untuk mengetahui butiran Pixel 8A. Jika ini adalah peranti tersebut, rekaan ini memang nampak unik dan berbeza dengan rekaan Pixel lain. Apa kata anda dengan rekaan seperti ini?​

Sumber asal https://www.androidauthority.com/google-pixel-8a-hands-on-leak-3366648/
 
Belum Lagi Di Lancar, Tapi Video 'Unboxing' Siri Pixel 8 Sudah Tertiris

Pada Ogos lalu, Google telah mengumumkan siri Pixel 8 akan dilancarkan pada 4 Oktober. Namun, pelbagai maklumat mengenai kedua-dua model dalam siri itu, termasuk spesifikasi penuh telah tertiris sejak bulan lalu. Kini, video unboxing pula dilaporkan tertiris, sekali gus mengesahkan apa yang ada di dalam kotak, termasuk beberapa butiran mengenai Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Melalui Shorts di YouTube, PBK Reviews telah memuat naik dua video pendek dengan kotak bungkusan yang mengandungi Pixel 8 berwarna Hazel dan Pixel 8 Pro berwarna hitam, serta kabel USB-C dan adapter Quick Switch.

Video itu turut memperlihat rekaan Pixel 8 Pro dan Pixel 8, masing-masing dengan kemasan matte dan glossy. Seperti dilapor sebelum ini, Pixel 8 Pro hadir dengan tetapan tiga kamera yang diletakkan dalam satu bar yang sama, berbanding sebelum ini dengan susunan bar 2+1.

IMG_0212.jpg


IMG_0207.jpg


IMG_0210.jpg


IMG_0220.jpg


Selain itu, ia dengan jelas menunjukkan Pixel 8 Pro dengan sensor suhu yang berada di bawah flash. Menjengah ke bahagian komen, PBK mengatakan kedua-dua model masih menggunakan sensor cap jari optikal, bukannya sensor ultrasonik. Namun, tidak dapat dipastikan jika teknologi generasi baharu dengan lebih pantas dan tepat digunakan pada sensor tersebut atau sebaliknya.

Saluran itu turut mengesahkan penggunaan CPU 9-teras dalam Tensor G3, serta petunjuk daripada aplikasi maklumat perkakasan yang menunjukkan sensor kamera utama masih menggunakan Samsung GN1. Sehingga itu, nantikan acara pelancaran siri Pixel 8 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2023.​

Sumber asal 9to5Google
 
Siri Pixel 8 Rasmi - Sokongan Kemas Kini Sehingga 7 Tahun

Google hari ini telah mengadakan acara khas bagi pelancaran beberapa produk, termasuk Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Menariknya, kedua-dua model ditawarkan dengan Android 14, bersama sokongan kemas kini Android OS dengan tampalan keselamatan sehingga 7 tahun. Ya, tujuh tahun, berbanding model tahun lalu dengan hanya 5 tahun sokongan kemas kini.

1696511970879.png
 

Pixel 8 Pro

Pixel-8-Pro_b.png


Model paling premium Google, Pixel 8 Pro hadir dengan kemasan kaca matte. Peranti ini didatangkan dengan paparan Super Actua Display bersaiz 6.7-inci dari jenis LTPO OLED bersama resolusi 1344 x 2992, 20:9, kadar segar semula 1-120Hz bergantung kepada penggunaan. Maksimum kecerahan adalah sehingga 2,400 nits.

Tensor-G3.jpg


Peranti ini dijana cip pemproses Google Tensor G3 dengan cip keselamatan Titan M2. Ia digandingkan bersama 12GB RAM LPDDR5X dan sehingga 1TB storan yang berasaskan UFS 3.1.

Pixel-8-Pro_e.jpg


Beralih ke bahagian belakang, terdapat sensor suhu baharu yang ditempatkan di bawah flash. Peranti ini mempunyai tetapan tiga lensa yang diletakkan dalam satu bar sama, sedikit perubahan rekaan berbanding tahun lalu. Ia dilengkapi 50MP utama, 48MP ultra-lebar dan 48MP telefoto dengan zum optikal 5x dan Super Res Zoom sehingga 30x. Kamera utama dan telefoto turut mempunyai sokongan OIS dan EIS.

Pixel-8-Pro_dd.jpg


Sementara itu, kamera swafoto mempunyai tetapan 10.5MP dengan autofokus. Antara ciri kamera yang tersedia untuk Pixel 8 Pro termasuk Pro Controls, Photo Unblur dan sebagainya. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang Pixel 8 Pro menyokong rakaman video sehingga 4K/60fps, bersama ciri Audio Magic Eraser yang bertujuan untuk mengurangkan gangguan bunyi dalam video serta Video Boost.

Pixel-8-Pro_g.jpg


Bagi menghidupkan peranti, Pixel 8 Pro diisi dengan kapasiti bateri 5,050mAh bersama sokongan pengecas 30W yang dijual berasingan serta port USB Type-C 3.2.

Pixel-8-Pro_s.png


Antara lainnya, ia hadir dengan sokongan sensor cap jari bawah paparan, Face Unlock, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC serta dilindungi Gorilla Glass Victus 2 bersama penarafan IP68. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Bay, Obsidian dan Porcelain.
 

Pixel 8

Pixel-8_b.jpg


Pixel 8 dengan kemasan glossy mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding versi Pro. Peranti ini dilengkapi paparan Actua Display berukuran 6.2-inci dari jenis OLED dengan resolusi FHD+, 20:9, kadar segar semula 60-120Hz serta maksimum kecerahan 2,000 nits.

Cip yang dimuatkan pada model standard ini sama sahaja seperti versi Pro, iaitu Google Tensor G3 bersama cip keselamatan Titan M2, serta memori RAM 8GB LPDDR5X dan sehingga 256GB storan yang juga berasaskan UFS 3.1. Untuk kamera, Pixel 8 mempunyai tetapan dua lensa yang terdiri daripada 50MP utama dengan sokongan OIS, EIS dan Super Res Zoom sehingga 8x serta 12MP ultra-lebar, dan 10.5MP swafoto. Bagi rakaman video, kedua-dua lensa depan dan belakang Pixel 8 mempunyai sokongan rakaman video sehingga 4K/60fps. Ia turut mempunyai ciri Audio Magic Eraser.

Pixel-8_f.jpg


Kapasiti sebanyak 4,575mAh diisi pada bahagian bateri Pixel 8 dengan sokongan pengecasan 30W melalui port USB Type-C 3.2.

Pixel-8_t.png


Antara lainnya hampir sama sahaja seperti versi Pro, ia didatangkan dengan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC serta dilindungi Gorilla Glass Victus bersama penarafan IP68. Tiga pilihan warna yang tersedia ialah Hazel, Obsidian dan Rose.

Harga

Berikut adalah harga jualan bagi Pixel 8 dan 8 Pro:

Pixel 8

  • 8GB + 128GB - $699 (~RM3,306)​
  • 8GB + 256GB - $759 (~RM3,590)​

Pixel 8 Pro

  • 12GB + 128GB - $999 (~RM4,726)​
  • 12GB + 256GB - $1,059 (~RM5,010)​
  • 12GB + 512GB - $1,179 (~RM5,577)​
  • 12GB + 1TB - $1,399 (~RM6,618)​
Pra-pesanan sudah pun bermula hari ini. Google juga memberikan Pixel Buds Pro percuma atau diskaun $200 untuk Pixel Watch 2. Namun, sayang sekali, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Google masih belum terbuka hati membawa masuk peranti Pixel secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
 
Google Pixel 8 Pro Miliki Lebih Banyak Magic AI Di Kamera, Storan Hingga 1TB Tetapi Masih Bukan Milik Kita

Peminat telefon pintar Android sejati pasti mengenali tentang telefon pintar yang dihasilkan sendiri oleh Google. Selepas sekian lama memberi petunjuk, kini model terbaru Google Pixel 8 telah dilancarkan.

Sama seperti sebelumnya, terdapat dua model diperkenal dalam siri ini. Model asas ialah Google Pixel 8 dan model lebih hebat dikenali sebagai Google Pixel 8 Pro. Dalam siri terbaru ini, peranti ini datang dengan skrin dipertingkat, fungsi AI lebih berkuasa dan kamera antara yang terbaik di telefon pintar.

231004-google-pixel-8-pro-10-1024x576.jpg

Pemproses AI lebih berkuasa

Dengan siri Pixel 8 terbaru, Google mengemaskini pemproses khas mereka kepada Google Tensor G3. Ia dihasilkan dengan bantuan Samsung untuk digunakan di dalam kedua-dua model Pixel 8.

Bagi model Pro, RAM jenis LPDDR5X digunakan dan boleh didapati sehingga 12GB. Manakala storan masih kekal jenis UFS 3.1 sehingga 1TB. Beberapa negara hanya akan menerima storan 512GB, manakala ada negara langsung tiada pilihan storan seperti di Malaysia.

231004-google-pixel-8-pro-6-1024x576.jpg


Kuasa pemproses baru Tensor G3 ini tidaklah sehebat cip Apple A17 Pro di dalam iPhone 15 Pro, tetapi ia boleh mengaktifkan pelbagai fungsi AI dengan lancar, antaranya untuk kegunaan fotografi, video, Google Assistant, pengecaman suara, penterjemahan laman web, menjawab panggilan mahu pun membaiki kesilapan menaip (typo) dan tatabahasa dengan lebih pantas.

Google juga telah memberikan nama khas untuk paparan. Di Pixel 8 Pro, ia menggunakan skrin Super Actua OLED rata berukuran 6.7-inci, tidak lagi skrin melengkung. Ia ada resolusi 2,992×1344, kadar penyegaran adaptif dari 1-120Hz dan kecerahan setinggi 2,400nits. Kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 melapisi bahagian depan dan belakang telefon.

231004-Google-Pixel-8-Pro-os-04-1024x683.jpg

Sistem Operasi tahan 7 tahun

Ketibaan Pixel 8 Pro menandakan tibanya sistem operasi terbaru Android. Ia adalah telefon pintar pertama datang bersama Android 14 terkini. Bersama OS ini adalah kedatangan beberapa fungsi baru, antaranya dengan sokongan pemprosesan AI.

231004-google-pixel-8-pro-4-1-1024x576.jpg


Tetapi apa yang lebih menarik adalah jaminan kemaskini yang diumum Google untuk siri Pixel 8. Mengatasi apa yang dijanjikan Samsung, Pixel 8 dan Pxiel 8 Pro dijamin akan menerima kemaskini OS selama 7 tahun serta kemaskini keselamatan sepanjang 7 tahun. Bermakna, ia boleh dikemaskini sehingga Android 21. Satu lagi kemaskini yang disebut adalah Feature Drop, juga dijamin selama 7 tahun.

Kamera terbaik telefon pintar

Ramai pengguna sangat meminati kamera di telefon Google. Katanya ia antara yang terbaik walaupun tidak memiliki perkakas kamera terhebat. Untuk Pixel 8 Pro, ia dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.68, kamera ultralebar 48MP F1.95 dan kamera telefoto 48MP F2.8 dengan keupayaan zum optikal 5x. Google juga menambah sensor pengesan suhu di sebelah modul kamera belakang. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 10.5MP yang terletak di dalam lubang kecil di atas skrin.

231004-google-pixel-8-pro-9-1024x576.jpg
231004-Google-Pixel-8-Pro-os-05-1024x683.jpg


Pengguna akan disajikan dengan pelbagai fungsi hebat yang dikuasakan AI untuk kamera di Pixel 8 Pro. Antaranya Magic Editor yang boleh memperbaiki gambar selepas ditangkap, serta Best Take yang menggabungkan beberapa tangkapan untuk menghasilkan gambar terbaik. Audio Magic Eraser pula mampu membuang bunyi hingar semasa menangkap video. Google juga telah menaik taraf fungsi Magic Eraser dan Zoom Enhance untuk Pixel 8 Pro.

Tenaga di Pixel 8 Pro disalurkan daripada bateri 5,050mAh dengan penggunaan melebihi 24-jam, menurut Google. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 30W dan wayarles 25W menggunakan Google Pixel Stand, atau sehingga 12 menggunakan pengecas Qi yang lain.

231004-google-pixel-8-pro-1-1024x576.jpg


Selain itu, Pixel 8 Pro hadir dengan speaker stereo, pengimbas capjari dalam skrin, serta diiktiraf kalis air dan debu IP68. Ia juga menyokong 5G, NFC, WiFi 7 dan Bluetooth 5.3. Terdapat tiga pilihan warna disediakan untuk Pixel 8 Pro, antara biru, hitam dan kuning.

231004-Google-Pixel-8-Pro-os-03-1024x576.jpg

Harga dan ketersediaan

Sehingga kini, Google belum pernah lagi menjual telefon pintar Pixel secara rasmi di Malaysia. Negara hampir ia boleh dibeli secara rasmi adalah di Singapura.

231004-google-pixel-8-pro-2-1024x576.jpg


Harga rasmi untuk Pixel 8 Pro bermula dari USD999 di Amerika Syarikat atau SGD 1,549 (~RM5,339) di Singapura. Ia sedikit lebih mahal berbanding harga pelancaran Pixel 7 Pro, iaitu dari USD899. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai telefon ini di laman produk Google Pixel 8 Pro.
 
Rupa Google Pixel 8a Terdedah, Rekaan Nampak Sama Seperti Pixel 8

Google baru sahaja melancarkan telefon Pixel generasi terbaru Pixel 8 dan Pixel 8 Pro pada awal Oktober lalu. Seperti biasa, peminat akan menjangkakan kedatangan telefon Pixel yang lebih murah seterusnya iaitu Pixel 8a. Namun render pertama nampaknya telah terdedah di atas talian menerusi pembocor terkenal SmartPrix dan OnLeaks. Berdasarkan apa yang dikongsi, Pixel 8a menggunakan rekaan yang hampir serupa dengan siri Pixel 8 terbaru dengan menampilkan badan serta paparan yang lebih bulat berbanding Pixel 7 yang berkotak. Menurutnya, keseluruhan dimensi Pixel 8a berukuran 152.1 x 72.6 x 8.9mm yang menunjukkan ia akan lebih kecil, tinggi dan kurus dari Pixel 7a pada 152.4 x 72.9 x 9.0mm.

Bahagian kamera belakangnya juga masih mengkekalkan tradisi visor Pixel, dan kelihatan terdapat dua modul kamera padanya serta lampu flash di sebelah kanan. Berkemungkinan besar ia adalah kamera 64MP dan kamera ultralebar 12MP yang terdapat di Pixel 7a kerana Google Pixel 8 dan 8 Pro ada kamera yang lebih kurang sama seperti model terdahulu.

101023-Google-Pixel-8a-2-1-1024x576.jpeg


Saiz skrin masih kekal sama berukuran 6.1-inci dengan lubang kamera hadapan diletakkan di tengah-tengah skrin. Skrinnya kelihatan ada bezel yang sekata pada bahagian kiri, kanan dan atas kecuali pada dagunya yang tebal sedikit. Terdapat juga port USB-C dan speaker di bawah telefon, serta slot kad sim pada sisi kiri telefon.

101023-Google-Pixel-8a-9-1024x610.png


Siri Pixel A selalunya akan dilancarkan pada acara Google I/O yang diadakan pada pertengahan tahun. Sebagai perbandingan, Pixel 7a dilancarkan pada Mei 2023. Jadi mungkin pelancaran Pixel 8a akan diadakan sekitar itu pada tahun 2024 nanti.

Pada Ogos lalu, Pixel 8a didapati telah muncul di dalam penanda aras Geekbench mendedahkan ia mengguna pakai cip Tensor G3 yang diperlahankan. Ia memiliki 8GB RAM dan peroleh markah 1,218 untuk teras tunggal dan 3,175 pelbagai teras, serta menjalankan sistem operasi Android 14.

Sumber asal SmartPrix
 
Last edited:
Google Pixel 8 Pro Selesaikan Masalah Audio Peranti Pixel Terdahulu

Sejak keluarnya produk telefon keluaran Google iaitu Pixel 5, keberkesanan pembesar suara peranti Pixel sering dikritik kerana memiliki masalah audio yang keluar dari pembesar suara. Dikatakan oleh pengguna Pixel 7 Pro, mereka masih mengalami bunyi audio yang agak kurang memberangsangkan keluar dari pembesar suaranya jika dibandingkan dengan peranti dari syarikat seperti Apple, Samsung dan lain-lain. Walaupun isu ini telah lama dikemukakan, Google masih memilih untuk mengabaikannya selama bertahun-tahun. Berdasarkan pemerhatian, masalah ini mula timbul dari pihak Google yang menggantikan alat dengar pembesar suara konvensional dengan alternatif yang terlalu maju untuk produk Pixel. Hasilnya memuaskan panggilan telefon namun bukan untuk perkara lain.​

1697099193215.png

Sesetengah pengguna dapat membetulkan masalah pembesar suara mereka dengan menggunakan alat Android yang dipanggil Wavelet dari Google Play Store, tetapi tidak disarankan untuk produk bukan Android untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, juruteknikal dari pasukan Pixel telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah lama ini dengan barisan Pixel 8. Hal ini dianggap selesai dengan perubahan pada bentuk peranti Pixel 8 Pro yang tidak mempunyai paparan lengkung dan sisi peranti yang nipis. Tambahan pula dengan pemerhatian terhadap barisan peranti Pixel 8 di YouTube, kualiti bunyi yang dikeluarkan adalah tidak sama dengan pendahulunya sekali gus menjamin prestasi yang lebih baik.

Sumber asal Verge
 
Back
Top
Log in Register