BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat OpenAI - ChatGPT

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
OpenAI kini mengumumkan ChatGPT Plus, iaitu perkhidmatan ChatGPT untuk versi berbayar. Masih dalam fasa perintis, ianya ditawarkan dengan harga langganan bulanan sebanyak $20 (~RM85). Melalui pelan langganan ChatGPT Plus, OpenAI menyediakan beberapa kelebihan termasuk akses umum kepada ChatGPT, walaupun waktu puncak. Selain itu, masa tindak balas adalah lebih pantas dan akan diberikan keutamaan untuk akses ciri dan penambahbaikan baharu.

Bagaimanapun, ketika ini pelan langganan ChatGPT Plus hanya akan tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS). Dalam beberapa minggu akan datang, OpenAI akan memulakan proses jemputan daripada senarai menunggu. Dalam pada itu, OpenAI turut menyatakan perancangannya untuk memperluas akses dan sokongan pelan langganan berkenaan ke lebih banyak negara tidak lama lagi.

Untuk pengguna sedia ada ChatGPT, tidak perlu risau kerana ianya masih ditawarkan dengan akses percuma. Dinyatakan, dengan menawarkan pelan langganan tersebut, mereka akan dapat membantu menyokong ketersediaan akses percuma ChatGPT kepada lebih ramai pengguna.​



Sumber asal ChatGPT
 
OpenAI Belum Memulakan Pembangunan GPT-5

ChatGPT dan GPT-4 adalah dua produk OpenAI yang menghasilkan gelombang besar dalam dunia teknologi dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini. Hampir semua syarikat teknologi utama dunia kini sedang membangunkan kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri untuk tidak terus ketinggalan. Mereka mungkin boleh menarik nafas lega kerana OpenAI masih belum memulakan pembangunan untuk GPT-5.

Sam Altman, CEO OpenAI mengesahkan syarikat masih belum memulakan latihan untuk GPT-5 dengan tiada perancangan untuk melakukannya dalam masa yang terdekat. Sebaliknya OpenAI sedang meningkatkan keselamatan untuk menggunakannya. Sejak dilancarkan pada tahun lalu, ChatGPT telah dipertingkatkan dengan pemalam yang membolehkan ia mencari maklumat terkini di internet. Walaupun masih mempunyai kelemahan memberikan fakta yang tepat, kemampuan AI OpenAI masih jauh di hadapan pesaing seperti Google Bard.
1681745150834.png
 
OpenAI Belum Memulakan Pembangunan GPT-5

ChatGPT dan GPT-4 adalah dua produk OpenAI yang menghasilkan gelombang besar dalam dunia teknologi dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini. Hampir semua syarikat teknologi utama dunia kini sedang membangunkan kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri untuk tidak terus ketinggalan. Mereka mungkin boleh menarik nafas lega kerana OpenAI masih belum memulakan pembangunan untuk GPT-5.

Sam Altman, CEO OpenAI mengesahkan syarikat masih belum memulakan latihan untuk GPT-5 dengan tiada perancangan untuk melakukannya dalam masa yang terdekat. Sebaliknya OpenAI sedang meningkatkan keselamatan untuk menggunakannya. Sejak dilancarkan pada tahun lalu, ChatGPT telah dipertingkatkan dengan pemalam yang membolehkan ia mencari maklumat terkini di internet. Walaupun masih mempunyai kelemahan memberikan fakta yang tepat, kemampuan AI OpenAI masih jauh di hadapan pesaing seperti Google Bard.
1681745150834.png

OpenAI jauh tinggalkan pesaing terdekat Google Bard
Nampak macam OpenAI lebih mesra pengguna
 
ChatGPT Di Anggar Menelan Kos Operasi Sebanyak RM3.1 Juta Sehari

ChatGPT
sedia mencuri perhatian ramai kebelakangan ini dalam penawaran akses kepada kecerdasan buatan dalam melaksanakan sejumlah tugasan dengan menggunakan input berasaskan teks. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai cadangan, penulisan artikel, malah turut mendapatkan bantuan dalam pengaturcaraan dan pembangunan sesuatu produk – dengan antaramuka dalam bentuk chat.

Populariti ChatGPT turut membawa ia digunakan lebih 100 juta pengguna seluruh dunia dalam masa yang sangat pantas berbanding pelbagai aplikasi media sosial lain. Terbaru, mengikut anggaran penganlisa di SemiAnalysis, ia dianggarkan ChatGPT menelan kos operasi sekitar $700,000 atau RM3.1 juta sehari. Kos ini dianggarkan untuk memastikan chatbot tersebut kekal beroperasi dari hari ke hari, dan menampung kadar trafik semasa. Ia dianggarkan OpenAI memerlukan hampir 30,000 GPU, atau secara tepatnya 28.936 GPU dalam memastikan ChatGPT beroperasi.

Sebelum ini, ia telah dikatakan Microsoft ingin membangunkan cip kecerdasan buatan mereka tersendiri dalam mengurangkan kos operasi. Sekiranya perkara berkenaan berjaya, maka kos operasi ChatGPT ini akan dikurangkan dengan drastik berbanding hari ini. Disamping ChatGPT, pelbagai perkhidmatan lain turut menggunakan kuasa operasi GPU yang tinggi dalam menjayakan kecerdasan buatan. Ia turut dianggarkan Google mungkin perlu menelan belanja berbilion ringgit sekiranya setiap carian di Google dikuasakn enjin kecerdasan buatan.
1682341868883.png
 
ChatGPT Cipta Pekerjaan Baru, Pelengkap Industri Sedia Ada, Kata Pusma

25.04.2023 - Kuala Lumpur, Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia berkata ia adalah suatu tindak balas positif antara dunia pekerjaan dengan perubahan pendigitalan. Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia (Pusma) berpendapat teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) ChatGPT bukan sahaja dapat mencipta pekerjaan dan pasaran baharu, malah berperanan penting sebagai pelengkap kepada industri sedia ada. Presidennya, Siti Zarina Ismail, berkata masyarakat mampu memperoleh set kemahiran baharu walaupun perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan transformasi pendigitalan ketika ini.

“Ini memperlihatkan suatu tindak balas positif antara dunia pekerjaan dengan perubahan pendigitalan, sebagaimana peralihan kepada sistem mekanisme suatu ketika dahulu yang telahpun mencipta peluang mahupun jenis pekerjaan baru di sektor-sektor tertentu,” katanya kepada FMT.

Siti Zarina berkata, aplikasi ChatGPT adalah sejenis model bahasa yang dilatih menjana respons seperti manusia kepada input yang diberikan serta mampu membawa industri penulisan mahupun perkhidmatan pelanggan ke tahap yang lebih tinggi. Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna sesuatu pekerjaan itu bakal diambil alih, sebaliknya pekerja dalam sektor berkenaan boleh memanfaatkan penggunaan ChatGPT untuk memudah dan menghasilkan kerja yang lebih produktif.

“Walaupun pelbagai institusi meramalkan wujudnya gangguan besar-besaran ChatGPT terhadap pasaran kerja sepenuh masa, tapi kita perlu mengambil kira batasan seperti kesilapan pengekodan, salah faham pertanyaan pelanggan, mencipta kenyataan palsu dan lain-lain. Kita masih memerlukan kecerdikan mahupun pandangan manusia dalam operasi sesebuah syarikat biarpun mengakui penerimaan manfaat kemajuan teknologi dibawa ChatGPT dalam kehidupan seharian,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya aplikasi teknologi berkenaan mampu melengkapkan pekerja dengan mengurangkan beban pentadbiran yang berulang, pada masa mencipta peluang pekerjaan baru serta mempertingkat kualiti kehidupan masyarakat pada tahun-tahun akan datang. Sebelum itu, analisis Goldman Sachs menjangkakan sebanyak 300 juta pekerjaan di seluruh dunia bakal digantikan oleh teknologi AI di mana pasaran buruh mungkin akan terjejas dengan ketara.

5 April lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud dilaporkan berkata, AI tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kerana ia tidak akan menggantikan sepenuhnya tenaga kerja manusia. Katanya, penyediaan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan dan mengoperasikan AI sedang dilaksanakan kerajaan.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...haru-pelengkap-industri-sedia-ada-kata-pusma/
 
Last edited:
ChatGPT Tambah Mod “Incognito” - Tidak Guna Sebarang Data Perbualan Pengguna Untuk Melatih AI

OpenAI kini memperkenalkan kebolehan untuk pengguna menggunakan ChatGPT tanpa menyimpan sebarang sejarah perbualan, lebih kurang seperti mod “incognito” pada pelayar web yang tidak menyimpan sebarang data pengguna. ChatGPT mengatakan dengan tidak menyimpan data perbualan pengguna, ia sekaligus membuatkan info perbualan berkenaan tidak akan digunakan dalam menambah-baik kecerdasan buatan ChatGPT.

Ini sekaligus menyelesaikan salah satu masalah privasi besar yang dilihat ramai pada ChatGPT. Sebelum ini sendiri, beberapa kebocoran data rahsia organisasi berlaku. Malah beberapa negara juga telah menyatakan kebimbangan terhadap ChatGPT sebelum ini. Disamping itu, OpenAI menyatakan langganan ChatGPT Business akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi, dan tidak akan menggunakan perbualan dalam melatih kecerdasan buatan.​

1682493392023.png
 
OpenAI Gagal Mempercepatkan Proses Mendapatkan Tanda Dagang Untuk “GPT”

Sebelum ChatGPT, ramai tidak pernah mendengar terma kecerdasan buatan generatif ataupun Generative Pre-trained Transformer atau lebih dikenali sebagai GPT. Selepas ChatGPT menjadi bualan ramai, terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang menggunakan terma GPT. OpenAI yang membangunkan ChatGPT telah cuba untuk mempercepatkan proses memfailkan tanda dagang untuk GPT tetapi permohonan mereka telah ditolak.

Permohonan ditolak oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO) menolak dokumen yang difailkan OpenAI pada Disember tahun lalu. Secara lazimnya proses ini mengambil masa sehingga lima bulan. USPTO tidak mempercepatkan proses penganugerahan tanda dagang ini kerana perlu menjalani beberapa prosedur.

OpenAI pula mendakwa proses perlu dipercepatkan kerana kini wujud pelbagai perkhidmatan lain dan palsu menggunakan terma GPT yang boleh mendatangkan impak negatif ke atas produk mereka.

Terdapat beberapa syarikat lain yang juga cuba memfailkan terma GPT seperti TruthGPT yang diumumkan oleh Elon Musk. Sungguhpun usaha pertama mereka ditolak, OpenAI yakin mereka akan berjaya dalam percubaan seterusnya kerana tidak dapat dinafikan terma GPT hanya menjadi popular selepas produk mereka dilancarkan kepada umum tahun lalu.​

1682493499840.png
 
Back
Top
Log in Register