BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gangguan Cloudflare Jejas Akses X, ChatGPT Secara Global

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
18.11.2025 - Ribuan pengguna di seluruh dunia berdepan kesukaran mengakses platform utama seperti X dan ChatGPT pada Selasa apabila syarikat infrastruktur web Cloudflare mengalami gangguan besar, lapor Reuters. Cloudflare, yang mengendalikan sekitar satu perlima trafik internet global, berkata gangguan dalaman dikesan sekitar 6.40 pagi waktu tempatan sebelum tindakan pembaikan segera dilaksanakan.​

1763476779367.png
 
Pelbagai Perkhidmatan Terjejas Di Sebabkan Cloudflare Tergendala

Pelbagai perkhidmatan berasaskan web dan juga aplikasi tergendala dan gagal untuk diakses untuk seketika hari ini. Hal ini terjadi disebabkan perkhidmatan Cloudflare yang bermasalah dan sukar dicapai, membuatkan pelbagai perkhidmatan turut terjejas sama. Cloudflare digunakan pelbagai perkhidmatan untuk tujuan pengurusan DNS sesuatu web. Apabila ia sukar dicapai, ia sekaligus membuatkan pelbagai perkhidmatan yang dipautkan melaluinya turut tergendala dan sukar untuk digunakan. Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti X (Twitter) dan pelbagai perkhidmatan lain lagi. Walaubagaimanapun, ia dilihat kini kembali pulih seperti sedia kala kembali. Punca masalah ini terjadi masih belum dikongsikan oleh pihak Cloudflare buat masa ini.​
 
Gangguan Cloudflare Beri Kesan Akses Sesetengah Laman Sesawang

18.11.2025 - Beberapa laman sesawang tempatan termasuk portal berita tidak dapat diakses hari ini susulan kemerosotan perkhidmatan dalaman yang dialami oleh Cloudflare. Cloudflare adalah syarikat infrastruktur dan keselamatan internet global. Dalam kemas kininya hari ini, Cloudflare berkata, pihaknya bertindak dengan membuat perubahan yang membolehkan perkhidmatan Access dan WARP kembali pulih dengan tahap seperti sebelum gangguan itu terjadi.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan berkata, pihaknya masih berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas. Berkenaan kemas kini terkini, Cloudflare berkata, ia terus berusaha untuk memulihkan perkhidmatan untuk pelanggan perkhidmatan aplikasi. Sementara itu, pengendali bursa tempatan Bursa Malaysia Bhd dalam hantaran di platform X berkata pada masa ini, platform mereka tidak dapat diakses disebabkan gangguan global Cloudflare.


"Kami akan memberikan maklumat terkini sebaik sahaja kami beroperasi semula. Kami memahami kesulitan yang berlaku akibat gangguan ini dan memohon maaf dengan tulus ikhlas. Kami sedang memantau situasi ini dengan teliti dan berharap dapat memulihkan perkhidmatan sepenuhnya dalam masa terdekat," kata Bursa Malaysia.
1763479012366.png
 
ingatkan web movie dah kene blok..
kene plak baru MNP..
 
Back
Top
Log in Register