BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Tak Perlu Beratur Lagi, Ini Cara Cepat & Senang Perbaharui Pas My50 Guna TNG eWallet

Seperti yang dinantikan, hari ini semua orang boleh mendapatkan pas My50 menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja. Dengan ini, anda boleh menggunakan kad TNG NFC sahaja dan tidak perlu lagi guna kad pengenalan seperti sebelum ini. Ciri ini baru sahaja ditambah ke dalam aplikasi, jadi anda perlu memuat naik kemas kini terlebih dahulu yang mana di sini untuk Google Play Store dan di sini untuk App Store. Ikuti tutorial cara mudah dan pantas untuk memperbaharui pas My50 menerusi aplikasi TNG eWallet hari ini;

Cara memperbaharui pas My50 menerusi aplikasi TNG eWallet

1. Buka aplikasi TNG eWallet anda pada peranti.

2. Pada laman utama, klik More yang terletak di bahagian sisi bawah kanan skrin.

3. Masukkan perkataan My50 atau Travel Pass pada ruangan carian lalu tekan pada menu Travel Pass yang dipaparkan di bawahnya.

4. Tanda pada ruangan yang disediakan selepas sudah membaca terma dan syarat yang ditetapkan dalam memberikan akses maklumat peribadi untuk kegunaan tambah nilai pas My50 ini.

5. Pada bahagian Travel Pass, anda bakal dipaparkan dengan maklumat pas My50, yang mana mempunyai fungsi sama seperti yang tersedia pada MyKad. Di sini, anda perlu mengklik butang tambah yang dipaparkan pada bahagian Select an enhanced TNG card dan klik Confirm pada bahagian paling bawah.

6. Seterusnya, pada bahagian pilihan kad TNG NFC, anda akan dipaparkan dengan senarai maklumat kad TNG semasa yang sudah dipautkan. Kalau belum ada lagi, anda boleh pautkan kad baharu dengan menekan Add a card. Difahamkan setiap pengguna dibenarkan memasukkan maksimum jumlah kad sebanyak 15. Sementara yang sudah mempunyai kad tersenarai, boleh lanjutkan dengan klik pada Select card.

7. Selepas itu, anda diminta untuk mengimbas kad yang dipautkan sebagai pengesahan.

8. Seusai selesai proses berkenaan, anda diminta untuk menetapkan tarikh bermulanya pelan pas My50 mengikut keselesaan masing-masing. Lanjut tandakan pada ruangan terma dan syarat serta menekan Confirm untuk meneruskan pembayaran sebanyak RM50.

9. Akhir sekali, anda bakal mengesahkan pembayaran dengan klik Pay dan sepatutnya di sini anda sudah boleh gunakan seperti biasa. Selepas ini, anda sudah tidak perlu lagi beratur panjang di pagi hari untuk memperbaharui pas My50 seperti sebelum ini. Kini semuanya di hujung jari sahaja. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui langkah demi langkah cara memperbaharui My50 masing-masing di peranti sahaja.
 
Last edited:
Touch n Go eWallet Menambah Integrasi Setel - Memudahkan Isi Minyak Di Petronas

Touch n Go eWallet kini telah menambah aplikasi mini Setel, sekaligus memudahkan para pengguna untuk melakukan pembayaran untuk pengisian minyak di stesen Petronas. Aplikasi mini Setel ini membawa antaramuka yang lebih kurang sama seperti aplikasi Setel sedia ada, tetapi diintegrasikan bersama dompet digital Touch n Go eWallet untuk memudahkan pembayaran.

Bersempena dengan pengenalan ini juga, mata ganjaran Mesra bernilai RM5 akan ditawarkan kepada 50,000 pelanggan pertama yang melakukan transaksi melalui TNG eWallet ini. Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, boleh menyemak penawaran baharu ini melalui bahagian aplikasi mini pada dompet digital berkenaan.​
 
Last edited:
Kerjasama TNG Digital & Kakitangan.com Mudahkan Pembayaran Gaji Tanpa Akaun Bank

TNG Digital
kini bekerjasama dengan Kakitangan.com bagi memudahkan pembayaran gaji secara terus ke TNG eWallet pekerja termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Melalui ciri DuitNow Bulk Transfer, majikan boleh menyalurkan gaji terus dari mana-mana sistem perbankan ke eWallet pekerja dengan pantas dan selamat.

Setiap pengguna TNG eWallet akan diberikan nombor akaun DuitNow tersendiri, menjadikan eWallet mereka berfungsi seperti akaun bank biasa. Melalui nombor ini, gaji boleh disalurkan terus ke eWallet pekerja tanpa perlu ada akaun bank biasa. Inisiatif ini sangat bermanfaat untuk golongan pekerja migran dan individu yang menghadapi kesukaran membuka akaun bank. Dengan adanya eWallet, mereka boleh terus akses gaji yang diterima, seterusnya mengurus perbelanjaan harian, menyimpan wang dan membuat transaksi digital dengan lebih mudah.

Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 syarikat di Malaysia. Ia membolehkan proses penggajian diselaraskan dengan lebih efisien sambil mematuhi peraturan sedia ada. Inisiatif ini turut membantu mengurangkan kerja manual dalam pengurusan sumber manusia sekaligus meningkatkan kepuasan pekerja terhadap syarikat. Lebih penting, inisiatif ini telah diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai kaedah sah untuk pembayaran gaji.

Pekerja yang menerima gaji melalui TNG eWallet turut boleh mengurus kewangan harian dengan lebih mudah. Mereka boleh membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR, menghantar wang ke keluarga, serta mengeluarkan tunai melalui kad Visa Touch ‘n Go yang dipautkan. Kemudahan ini membolehkan pengguna terutama golongan tanpa akaun bank mengendalikan kewangan sendiri dengan lebih yakin.

Sumber asal https://www.digitalnewsasia.com/bus...ry-payment-all-workers-enabling-hr-efficiency
 
Last edited:
Kerjasama TNG Digital & Kakitangan.com Mudahkan Pembayaran Gaji Tanpa Akaun Bank

TNG Digital
kini bekerjasama dengan Kakitangan.com bagi memudahkan pembayaran gaji secara terus ke TNG eWallet pekerja termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Melalui ciri DuitNow Bulk Transfer, majikan boleh menyalurkan gaji terus dari mana-mana sistem perbankan ke eWallet pekerja dengan pantas dan selamat.

TNG-Kakitangan-1-950x541.jpg.webp


Setiap pengguna TNG eWallet akan diberikan nombor akaun DuitNow tersendiri, menjadikan eWallet mereka berfungsi seperti akaun bank biasa. Melalui nombor ini, gaji boleh disalurkan terus ke eWallet pekerja tanpa perlu ada akaun bank biasa. Inisiatif ini sangat bermanfaat untuk golongan pekerja migran dan individu yang menghadapi kesukaran membuka akaun bank. Dengan adanya eWallet, mereka boleh terus akses gaji yang diterima, seterusnya mengurus perbelanjaan harian, menyimpan wang dan membuat transaksi digital dengan lebih mudah.

Pelancong-ASEAN-Kini-Boleh-Mendafatar-Dan-Membuat-Pembayaran-Nirtunai-Dengan-TNG-eWallet-Di-Malaysia-950x633.png.webp


Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 syarikat di Malaysia. Ia membolehkan proses penggajian diselaraskan dengan lebih efisien sambil mematuhi peraturan sedia ada. Inisiatif ini turut membantu mengurangkan kerja manual dalam pengurusan sumber manusia sekaligus meningkatkan kepuasan pekerja terhadap syarikat. Lebih penting, inisiatif ini telah diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai kaedah sah untuk pembayaran gaji.

TNG-eWallet.webp


Pekerja yang menerima gaji melalui TNG eWallet turut boleh mengurus kewangan harian dengan lebih mudah. Mereka boleh membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR, menghantar wang ke keluarga, serta mengeluarkan tunai melalui kad Visa Touch ‘n Go yang dipautkan. Kemudahan ini membolehkan pengguna terutama golongan tanpa akaun bank mengendalikan kewangan sendiri dengan lebih yakin.

Sumber asal https://www.digitalnewsasia.com/bus...ry-payment-all-workers-enabling-hr-efficiency
berita baik untuk warga asing yg tiada akaun bank..
 
Touch ‘n Go Perkenalkan Kad Edisi Terhad Extendable Charm Pickleball Edition

Pickleball
kini menjadi sukan yang semakin popular dan mendapat perhatian ramai. Menyedari keterujaan itu, Touch ‘n Go memperkenalkan kad edisi terhad bertemakan sukan tersebut melalui keluaran terbaru mereka Extendable Charm Pickleball Edition.

Kad ini direka dengan gaya yang comel dan hadir dalam dua pilihan warna menarik yang sesuai untuk pelbagai personaliti pengguna. Pilihan pertama menampilkan kombinasi hitam dengan kuning dan hijau yang nampak malar hijau manakala pilihan kedua pula hadir dengan gabungan warna merah jambu, ungu, biru dan merah yang lebih ceria.

Mengikuti konsep ‘extendable’ seperti versi bertema kucing sebelum ini, kad ini boleh dipanjangkan untuk kegunaan yang lebih fleksibel. Kad ini dijual pada harga jualan RM38 dan hadir bersama promosi eksklusif.

Setiap pembelian memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi RM100 TNG eWallet Reload Pin setiap bulan. Ia boleh didapati melalui laman rasmi TNG Shop dan Shopee serta secara fizikal di TNG Hubs yang terletak di Bangsar South dan Nu Sentral.​
 
Last edited:
DuitNow QR Kini Boleh Di Gunakan Di Luar Negara

Payments Network Malaysia (PayNet) dan Ant International memperluas kerjasama mereka melalui MoU baharu yang ditandatangani di MyFintech Week 2025. Kerjasama ini memberi fokus kepada empat teras utama iaitu:​
  1. Memacu pelancongan melalui pembayaran digital rentas sempadan.​
  2. Memperkukuh keselamatan terhadap penipuan dengan teknologi canggih.​
  3. Pembangunan bakat fintech melalui program seperti PayHack dan 10 x 1000 Tech for Inclusion.​
  4. Agenda kelestarian dan impak sosial dalam ekosistem pembayaran.​
Melalui MoU ini, DuitNow QR diperluas ke ekosistem global Alipay+ yang melibatkan lebih 100 juta peniaga, memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia membuat pembayaran dengan lebih mudah dan lancar menggunakan aplikasi pilihan mereka ketika berada di luar negara. Pada masa sama, Malaysia dijangka lebih menarik bagi pelancong antarabangsa, menyokong sasaran 45 juta pelancong menjelang Visit Malaysia 2026 serta membuka peluang lebih luas kepada PKS tempatan.
1756453178559.png
 
Boikot Guna QR Hari Khamis Untuk Solidariti? Bila Si B0doh dan Si Jahil Bergabung

Ada gerakan untuk boikot segala transaksi dan penggunaan transaksi elektronik setiap hari Khamis. Kononnya, pembayaran QR dan elektronik menguntungkan yisroil kerana menggunakan V dan M.

Inilah padahnya bila kita b0doh, tapi nak bercakap. Diri sendiri tak ada pencapaian, tak menyumbang apa-apa pada masyarakat, tak belajar sejarah, tapi tiba-tiba FOMO dengan isu Gaza sebab GSF. Dia pun nak jadi hero, nak tunjuk dialah terpaling pencetus revolusi. Dengan harapan bolehlah juga viral atau masuk berita.

Kepada si jahil sekalian, sebelum awak FOMO, Bank Negara Malaysia dah lama sedar dengan isu ini. Sebab itulah wujudnya DuitNow. Setiap transaksi dalam negara, akan menggunakan infrastruktur dari BNM sendiri. Ini untuk elakkan sistem kewangan Malaysia sebagai negara neutral terjejas setiap kali ada konflik global.

BNM dah nampak, negara-negara besar terutama di sebelah barat sana jenis mudah koyak. Asal tak sebulu sikit, dia buat sekatan ekonomi. Contoh terkini, konflik Rusia-Ukraine. Bila Rusia dihalang guna SWIFT, teruk Rusia ekonomi merudum.

Itupun, nasib baik Rusia dan China mula buat sistem pembayaran mereka sendiri. Jadi bolehlah mereka bertahan melalui perancakan ekonomi domestik mereka. Sebab itulah China buat kempen beli Huawei dan trade in iPhone dengan harga tinggi. Untuk pastikan ekonomi domestik kekal rancak.

Sistem pembayaran kredit dalam dunia dimonopoli oleh 2 syarikat saja iaitu V dan M. Tapi itu dulu. Kini sudah banyak negara mula menggunakan sistem pembayaran kredit mereka sendiri. Rusia ada RuPay, China ada AliPay. Semuanya disokong di Malaysia.

Monopoli V dan M dalam pasaran sangat mencengkam sampaikan mereka boleh arahkan syarikat dan vendor apa yang boleh dijual. Steam pun ditekan untuk buang banyak permainan video dalam katalog mereka atau V dan M tidak lagi akan menyokong transaksi di Steam.

Di Malaysia, banyak kedai sudah mula meninggalkan V dan M sebagai kaedah pembayaran. Dengan pembayaran kad, kita sudah beralih ke MyDebit. Dengan pembayaran QR, kita sudah ada DuitNow. Kalau boikot, bukan yisroil dan AS yang terjejas. Sebaliknya ekonomi kita sendiri.

Bawa-bawalah belajar dan keluar rumah. Guna mata tengok resit pembelian. Bukannya taip dekat ChatGPT, lepastu bercakap benda tak ketahuan. ChatGPT halusinasi, awak pun delusi.

Tengok resit pembelian saya di 7-Eleven. Saya bayar guna kad debit dengan PayWave. Ente boleh baca apa dia tulis?

"MyDebit". Bukan V, bukan M.

Kalau nak boikot, boikot lah kedai atau pasaraya yang masih lagi guna V dan M, ataupun buat saja pembayaran dengan QR sebab kalau QR, 100% pasti akan guna DuitNow. V dan M mana ada QR. QR pun kita 2 jenis, DuitNOW dan TnG e-Wallet. Nampak tak betapa 'established'nya kita?

Budak-budak baru nak up pergi belajarlah dulu. Sistem perbankan Malaysia di bawah BNM antara yang termaju di dunia. Antara Malaysia dan Jepun, sistem pembayaran dan perbankan kita jauh lagi maju. Tak pelik kalau pengguna pembayaran tanpa tunai kita di tempat kedua dunia. Sikit saja di bawah China.

Malaysia juga sedang berusaha membangunkan sistem pembayaran dan kredit tunggal untuk ASEAN. Jika kita berjaya, maka kita akan jadi pengendali sistem pembayaran ke-4 terbesar dunia. Ia antara visi jangka masa panjang DuitNow.

Kalau berjaya, bila kita melancong ke negara ASEAN kelak, kita tak perlu tukar wang tunai tempatan pun. Cukup hanya sekadar imbas kod QR sama macam kita beli goreng pisang di Malaysia. Setakat ini, DuitNow hanya boleh digunakan di Singapura saja. Itu pun, hanya melalui Maybank. Beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Brunei juga sudah beransur-ansur menerima DuitNOW. Harapnya visi DuitNow global jadi realiti kelak.

 
AYUH BAWAK KELUAR DUIT ANDA BERAMAI-RAMAI DARIPADA TOUCH N GO!

Saya nak bercerita pasal betapa bangsat dan laknatnya kapitalis macam Touch ‘n Go eWallet buat pada sahabat saya, Kauthar Rozmal.

Begini, akaun TnG sahabat saya yang dalamnya ada duit dalam 4 angka dalam akaun beliau tiba-tiba kena shutdown dengan TnG. Duit tu hasil titik peluh beliau, tiba-tiba dinafikan hak nak guna. Macam-macam cara dah sahabat saya cuba selesaikan, dah call, email, cs semua buat tahik dengan dia.

Mula-mula, senyap tanpa jawapan konkrit. Bila didesak, beliau disuruh hantar dokumen pula. Katanya 5 hari selesai. Tapi bila dah masuk minggu ke-3 iaitu pada 27 November, jawapannya masih sama. Katanya sedang dipanjangkan ke jabatan berkaitan. Allah.

Lebih mengejutkan lagi, bila ditanya tentang rekod transaksi, tiada aktiviti mencurigakan pun. Jadi, kat mana silapnya?

Jadi, nak tak nak, sahabat saya ni terpaksa viralkan kes beliau di media sosial.

Bila dah viral gini, barulah kapitalis bangsat macam TnG ni nak buat keje. Malangnya cara bangsat ni handle kes memang menyedihkan. Dia dok tala macam-macam ke atas sahabat saya. Tuduhan-tuduhan takde bukti.

Paling memeningkan kepala, alasan yang diberi kemudiannya berubah-ubah. Sekejap kata fraud, kemudian tiba-tiba kata ada percubaan buat akaun pendua atau duplicate account guna ID yang disunting.

Jadi, saya nak seru sahabat-sahabat saya, kalau kalian ada duit banyak lebih dari tiga angka dalam TnG anda, sila bawak keluar duit tu segera daripada e-wallet kalian. Sekarang pi bukak Google Store, Apple Store, mohon letak 1 bintang rating, lepas tu jangan lupa juga, kalau pernah hadapi kes sama, mari kita pakai kuasa pengguna dan laporkan si bangsat ni dekat Bank Negara Malaysia.

Sekian daripada saya. Kita tunjuk kat dia, dia ingat dia dah monopoli pasaran negara kita, dia boleh lagak besar kepala macam babi hutan dan sodok semua orang kat bawah? Dia silap besar kali ini bila cari gaduh dengan orang yang salah.

Semoga TnG akan menerima pembalasan setimpal kalau terus memberi reaksi seperti ahlong dan terus songlap duit orang ramai. Ingat nasihat saya, bawak keluar duit anda beramai-ramai daripada akaun e-wallet TnG anda!

Ingat, kalau anda biarkan kes sahabat saya Kauthar Rozmal ni tidak terbela, jangan terkejut kalau selepas ni, anda pulak yang akan menerima kezaliman yang sama. Kita kena bersuara melawan kapitalis-kapitalis bangsat ni semua!

 
Back
Top
Log in Register