BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

KPDN Tubuh Pasukan Khas Teliti Isu Sistem Pembayaran Touch 'n Go

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go (TNG) yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu pasukan khas yang dipimpin oleh Ketua Setiausaha KPDN telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan bedah siasat terhadap isu ini secara terperinci, untuk diselesaikan dalam masa terdekat.

Di peringkat awal, beliau telah mengarahkan unit khas itu untuk menilai setiap aduan awam yang diterima, dan sekali gus mengenal pasti punca masalah. Sebarang cadangan terhadap pelaksanaan tindakan turut akan diteliti bagi memastikan beban yang dialami pengguna dapat dikurangkan dengan kadar segera. Tambahnya, syarikat monopoli bayaran tol TNG juga telah diarah untuk mengemukakan laporan mengenai perkhidmatan itu kepada kementeriannya secara berkala.

Laporan perlu dihantar kepada kementerian, kes demi kes secara harian, manakala tindakan akan diambil jika gagal berbuat demikian. Dalam pada itu, Salahuddin menjangkakan satu mesyuarat khusus antara KPDN dan TNG akan diadakan selepas cuti Tahun Baru Cina.​

tol-paydirect-tng-768x432.jpg

Sumber asal AWANI
 
Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat kita perhatikan kebanyakan platform e-dagang telah menyediakan perkhidmatan 'Buy Now Pay Later' atau beli dahulu dan membayarnya kemudian.

Namun, dari segi hukumnya pula bagaimana? Adakah dibenarkan dalam agama Islam? Bagi menjawab persoalan tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan telah memberikan penjelasan. Menurutnya, hukum 'Buy Now Pay Later' adalah harus dan sah selagi mana ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak.

Antara syarat yang ditetapkan syarak adalah ia mesti terbina atas akad jual beli dan bukannya akad pinjaman, tidak berlaku dua jual beli dalam satu akad serta akad itu jelas dari sudut barangan, nilai harga dan tempoh penangguhan.

Selain itu, akad tersebut perlu disepakati di awal pembelian, bukannya di tengah ataupun di akhir pembelian. Secara tidak langsung, BNPL merupakan satu bentuk toleransi dan kemudahan yang disediakan oleh penjual buat para pembeli.​

2B0AC238-468B-4EBD-947E-4305AC367BA1-768x432.jpeg
 
Wise Kini Hadir Dengan Fungsi Pindah Wang Ke Touch n Go eWallet

Wise merupakan sebuah perkhidmatan popular terutama dalam kalangan pengembara atau yang sering melakukan transaksi luar negara. Mereka kini telah memberikan nafas baharu bagi laman web rasmi serta pengalaman lebih baik dalam aplikasinya.

Dalam pada itu, ia turut memperbaharui kad Wise yang mana warna hijau kelihatan lebih segar bersama-sama font lebih tebal dan kemas pada kad tersebut. Bersempena dengan ini juga, Wise juga menambah beberapa fungsi baharu buat penggunanya. Antara fungsi yang paling menarik adalah Wise melancarkan pembayaran kod QR.

Ia membenarkan pengguna untuk melakukan pembayaran menerusi kod QR di kedai-kedai yang menyokongnya. Malah, Wise kini menawarkan penghantaran wang kepada lebih 11 dompet mudah alih di Asia. Ini termasuk Touch n Go di Malaysia, GrabPay di Filipina dan juga ShopeePay di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Wise sudah mencapai 16 juta pengguna seluruh dunia yang mana sebanyak 100,000 orang pengguna baharu setiap minggu. Bagi ada yang masih keliru apa itu Wise, ia berfungsi lebih kurang sama dengan BigPay, iaitu kad debit prabayar. Namun, Wise popular kerana penukaran mata wang asing lebih berbaloi.​

Wise-kad-lama-768x576.jpg
 
Tak Perlu Kad, Anda Boleh Guna Nombor Telefon Di Pam Minyak Untuk Kumpul Mata Mesra Petronas

Berita baik untuk pengguna setia PETRONAS kerana anda kini boleh mengumpul ganjaran Mesra semasa isi minyak dengan lebih mudah tanpa kad fizikal Mesra. Anda kini boleh masukkan saja nombor telefon di skrin yang ada di pam minyak untuk mendapatkan ganjaran Mesra dan tidak perlu lagi cucuk kad fizikal Mesra. Jika anda menggunakan Setel, lebih mudah kerana perbelanjaan dan ganjaran anda akan dikira secara automatik apabila anda sudah pautkan kad Mesra dengan akaun Setel. Bercakap soal Setel, nampaknya mereka semakin rancak melebarkan sayap ke pelbagai perkhidmatan dengan kerjasama syarikat atau agensi lain.
mesra-petronas-nombor-telefon-768x464.jpg

ganjaran-mesra-petronas-768x241.png
 
Touch ‘n Go eWallet Berjaya Penuhi Syarat Keselamatan Mandatori Bank Negara Malaysia

Touch ‘n Go eWallet mengumumkan kejayaan pelaksanaan kesemua 5 langkah keselamatan mandatori yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan untuk memerangi penipuan. Kejayaan pelaksanaan itu adalah lebih awal 4 bulan sebelum tarikh akhir yang diberikan ke atas mereka, sekaligus mendahului bank dan perkhidmatan eWallet yang lain di Malaysia. Langkah pertama daripada 5 langkah keselamatan utama itu ialah pemindahan daripada menggunakan kata laluan satu kali SMS (OTP) kepada kaedah pengesahan biometrik yang lebih selamat. Touch ‘n Go eWallet telah melaksanakan pengesahan wajah sebagai kaedah pengesahan biometrik apabila pengguna log masuk ke aplikasi eWallet, menukar PIN eWallet, melakukan transaksi atau membuat pembayaran dengan eWallet dan melakukan tambah nilai ke eWallet mereka.

Langkah kedua adalah dengan mengetatkan peraturan pengesanan penipuan dan pencetus untuk menyekat transaksi yang mencurigakan. Transaksi ambang tertentu atau sebarang aktiviti luar biasa dan tingkah laku mencurigakan yang diperhatikan pada akaun pengguna akan dihadkan atau disekat. Makluman e-mel akan dihantar kepada pengguna sekiranya transaksi mereka melebihi had yang ditetapkan. Ketiga adalah pengesahan transaksi perbankan elektronik kini terhad kepada satu peranti mudah alih atau peranti selamat bagi setiap pemegang akaun sahaja.

Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan TapSecure sebagai fungsi kelulusan satu ketik mandatori untuk mengesahkan transaksi pengguna. Kelulusan TapSecure akan memastikan bahawa hanya peranti terpaut pengguna sahaja yang boleh digunakan untuk kelulusan transaksi dalam akaun eWallet pengguna. Seterusnya adalah terdapat tempoh pengesahan dan bertenang untuk pendaftaran perkhidmatan kali pertama, peranti selamat atau dokumen profil dengan pendekatan berasaskan risiko.

Pada asasnya, tempoh bertenang bermakna apabila pengguna log masuk ke Touch 'n Go eWallet mereka daripada peranti baharu dengan kaedah pengesahan yang kurang selamat, ia akan mencetuskan satu set keadaan berasaskan risiko di mana pengguna akan dihadkan kepada jumlah untuk tambah nilai atau pembayaran sehingga 48 jam.

Sebarang tambah nilai atau bayaran melebihi had akan ditolak secara automatik.​

1678430680549.png
 
DuitNow Di TNG eWallet Akan Tergendala Pagi 11 Mac 2023
duitnow-tng-tergendala-768x252.jpg

TNG eWallet telah memaklumkan pelanggan bahawa perkhidmatan DuitNow di platform e-dompet itu akan tergendala mulai jam 12AM sehingga 8AM, 11 Mac 2023. Ia adalah untuk memberi laluan bagi penyelenggaraan berkala yang dijalankan. Oleh itu, anda dinasihatkan melakukan semua transaksi yang melibatkan DuitNow sebelum 11:59 malam ini, 10 Mac 2023. DuitNow ialah nama baharu untuk perkhidmatan yang dulunya dikenali sebagai IBFT (Instant Transfer) yang membenarkan penerima menerima wang serta-merta.​
 
TNG eWallet Perkenal Fungsi Bayar Parkir Dengan Imbas QR

Touch n Go eWallet
kini telah memperkenalkan sebuah lagi sokongan baharu, dinamakan sebagai “Scan QR In/Out Parking”. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna dompet digital Touch n Go eWallet untuk mengimbas kod QR ketika ingin memasuki sesuatu tempat parkir kenderaan, dan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital berkenaan. Dengan penawaran ciri ini, ia sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna, dan tidak lagi perlu mengambil tiket dan beratur panjang ketika ingin membayar tiket pada mesin khususnya.

Untuk menggunakannya, ketika memasuki sesuatu lokasi parkir, pengguna perlu perlihatkan kod QR mereka ke pengimbas di parkir berkenaan, dan seterusnya, sekali lagi mengulangi proses pada palang keluar parkir. Pembayaran akan dilakukan mengikut Touch n Go eWallet. Pihak TNG turut mengatakan tiada sambungan internet diperlukan untuk imbasan kod QR, dan pengguna akan dihantar dengan notifikasi memaklumkan bayaran. Sekiranya bateri peranti habis, maka pengguna perlu ke pejabat pengurusan parkir, dan memberitahu nombor telefon TNG eWallet anda untuk mereka mengeluarkan tiket parking bagi bayaran manual.

Buat masa ini, Touch n Go eWallet telah memperkenalkan sokongan “Scan QR In/Out Parking” ini di sekitar 70 lokasi, termasuk di beberapa parkir LRT, Maju Junction Mall, Pertama Complex, Hentian Duta, Campbell Complex, Kompleks Bukit Jambul, Four Points Desaru, dan banyak lagi. Lokasi parkir baharu juga dijangka ditambah dari hari ke hari.
1678518326036.png
 
Tidak Terhad Kepada TNG, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Akan Integrasi Sistem Pembayaran Terbuka

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata, sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam, khususnya di bawah Prasarana Malaysia akan dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi, dan tidak terhad kepada penggunaan Touch 'n Go (TNG) sahaja. Jelasnya, sistem pembayaran terbuka itu akan membolehkan pengguna menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran untuk perkhidmatan pengangkutan awam, selain kad TNG.

Mengimbas kembali, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata monopoli TNG mungkin dipertimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu. Mengulas mengenainya, Loke berkata kenyataan Perdana Menteri itu bukan bermaksud perkhidmatan TNG akan ditamatkan. Sebaliknya, TNG akan menjadi salah satu pilihan pembayaran, berbanding satu-satunya perkhidmatan pembayaran untuk lebuh raya ketika ini.

Untuk pengangkutan awam, beliau telah mengarahkan agensi termasuk operator di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka. Tambahnya, Prasarana juga telah diarah melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan mereka memerlukan masa untuk mengintegrasikan sistem. Antara sistem pengangkutan di bawah Prasarana termasuk perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT), dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).​

Anthony-Loke-768x432.jpg
 
Pengguna Kelak Boleh Guna Kad Kredit & Debit Untuk Bayaran Pengangkutan Awam

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam mereka. Beliau telah mengarahkan agensi sepertI KTM dan juga Prasarana dalam menggunakan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan mereka.

Pada hari ini, pengguna hanya boleh membayar menggunakan token atau kad Touch n Go sahaja pada perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan perubahan ini, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam melakukan pembayaran untuk pengangkutan.

Anthony Loke mengatakan kelak pengguna yang menaiki bas atau keretapi boleh membayar menggunakan kad kredit atau debit. Sebelum ini sendiri, sistem sedemikian telah diuji di LRT, namun tidak diperkenalkan kepada umum.

Tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini. Anthony Loke turut menekankan yang mana kini hanya memfokuskan kepada pembayaran melibatkan pengangkutan awam sahaja, dan belum lagi untuk lebuhraya – kerana ia tertakluk kepada LLM dalam mengadaptasi sistem pembayaran terbuka.

 
Back
Top
Log in Register