BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Berkaitan TnG & DuitNow

Fave Lancar "FavePay Later", Servis Pembayaran Ansuran Tanpa Faedah

Syarikat teknologi kewangan fintech Fave kini melancarkan servis FavePay Later kepada pengguna di Malaysia dan Singapura. Secara asasnya ia menawarkan servis "Beli Sekarang Bayar Kemudian" dengan lebih fleksibel, tanpa faedah, serta peluang menikmati pulangan tunai 10%.

Pengguna yang layak boleh membahagikan pembelian kepada tiga bayaran ansuran tanpa faedah jika dibayar menepati waktu setiap pada bulan.

FPL_Receipt@MY.jpg

Selain menawarkan pengguna dengan pilihan bayaran fleksibel, mudah, dan tawaran ganjaran, ia juga dikatakan boleh membantu peniaga memulihkan jualan dalam musim PKP. Peniaga yang bekerjasama dengan servis ini ditawarkan pembayaran tanpa tunai, program kesetiaan, serta akses data tabiat pengguna dan maklumat lain.

Jika berminat, aplikasi Fave sudah boleh didapati di semua pengguna iOS sekarang manakala pengguna Android bermula Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai FavePay Later, layari https://lp.myfave.com/favepay-later-my.
 
Lazada Kini Sokong Pembayaran COD Guna DuitNow QR

Sepanjang pandemik pembelian secara atas talian naik mendadak. Hampir kesemua barangan keperluan boleh dipesan bagi mengurangkan keperluan keluar dari rumah dengan kes harian kini kembali mencecah 8000. Tetap pembelian atas talian adalah amat merisaukan dengan muncul laporan barang tidak tiba atau mengalami kerosakan. Sebagai langkah selamat, pengguna memilih melakukan pembayaran selepas barang dihantar (COD). Namun begitu ini mendedahkan mereka kepada pemindahan virus menerusi wang.

Lazada-COD-DuitNow-A-950x475.jpg.webp

Lazada hari ini mengumumkan sokongan pembayaran Payment on Delivery (POD) menerusi imbasan kod DuitNow. Pengguna hanya perlu mengimbas kod dari penghantar selepas barang diterima untuk melakukan pembayaran secara nirtunai. Pada waktu ini POD hanya disokong sekiranya pembayaran menggunakan Lazada Express (LEX) dipilih.

Sebagai promosi awal, potongan harga sebanyak RM5 akan diberikan kepada pengguna POD untuk pembelian melebihi RM30 menerusi ciri Scan & Pay aplikasi Maybank MAE.
 
Boost Lancar Tiga Pelan Perlindungan Insurans &Takaful Baharu

Sebelum ini, Boost telah menyediakan 10 pelan perlindungan dibawah Boost Protect. Terkini, mereka telah melancarkan tiga pelan perlindungan insurans mampu milik terbaru yang ditaja rasmi oleh tiga anak syarikat Great Eastern.

Boost-launches-three-new-micro-insurance-takaful-plans-%E2%80%93-MozzieProtect-FamilyProtect-a...jpg


Tiga pelan perlindungan terbaru yang dilancarkan adalah seperti berikut:

MozzleProtection
  • Perlindungan terhadap demam denggi dan zika.
  • RM60 untuk perlindungan setahun.
  • Elaun RM500 jika dimasukkan ke hospital.
  • Bayaran tunai sekali gus RM20 ribu jika berlaku kematian.

FamilyProtect
  • Perlindungan keluarga dan anak-anak kecil.
  • RM95 untuk perlindungan setahun.
  • Boleh tuntut sehingga RM250 untuk perbelanjaan penjagaan kesihatan.
  • Bayaran tunai sekali gus RM15 ribu jika berlaku cacat kekal atau kematian orang yang dilindungi.

Critical Illness Care
  • Perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal untuk dewasa muda berumur antara 18 dan 30 tahun.
  • RM500 untuk perlindungan setahun.
  • Bayaran tunai sekali gus RM100 ribu kepada orang yang dilindungi untuk mana-mana 45 penyakit kritikal.

Selain itu, Boost turut menyertakan ciri bayaran berkala secara automatik untuk pelan perlindungan setiap bulan. Dengan ini ia menjanjikan perlindungan berterusan dan lebih mampu milik dengan memansuhkan keperluan membayar jumlah keseluruhan.

Untuk maklumat terperinci dan terkini mengenai pelan perlindungan yang ditawarkan, layari pautan ini www.myboost.com.my.
 
TNG eWallet Mudahkan Pembayaran Lebih Pantas Melalui Imbasan Wajah

TNG eWallet
merupakan salah satu aplikasi dompet digital yang digunakan secara meluas di Malaysia. Terbaru, mereka telah mula mempromosikan ciri imbasan wajah untuk pembayaran dengan lebih meluas kepada semua pengguna.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna melakukan imbasan wajah untuk mengesahkan sesuatu pembayaran.

TNG-Imbasan-Wajah-950x659.jpg.webp

Ciri ini menjadikan proses pembayaran lebih laju berbanding kebiasaan, dan menggantikan keperluan memasukkan PIN untuk mengesahkan sesuatu pembayaran.

Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, boleh mengaktifkan ciri ini dengan ke halaman tetapan, memilih menu Tetapan, dan mengaktifkan ciri “Gunakan Pengesahan Wajah”.
 
Touch ’n Go eWallet Kini Tawar Sokongan Pelaburan Go+ Patuh Syariah

Touch ’n Go eWallet kini dilihat telah mengemaskini sokongan pelaburan Go+, menjadikanya mesra muslim, dan akhirnya telah melabelkannya sebagai sebuah pelaburan yang patuh syariah. Dengan langkah ini, ia membolehkan mereka yang beragama Islam turut menyertai Go+, dan melakukan pelaburan serta menerima pulangan harian melaluinya.

Go+ merupakan ciri yang telah diperkenalkan pada Mac lepas, membolehkan pengguna membuat pelaburan menggunakan baki dompet digital, atau membuat pelaburan melalui perbankan atas-talian. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pelaburan di Go+ pada dompet digital TNG eWallet bermula hari ini pada nilai permulaan serendah RM10.​

1629098176662.png
 
Aplikasi CaltexGO Untuk Mengisi Minyak Secara Nirtunai Kini Boleh Di Guna Di Malaysia

Pandemik mengajar kita untuk melakukan pembatasan fizikal dan secara tidak langsung memecutkan penggunaan sistem pemabayaran nirtunai di tahap global. Kini membeli burger tepi jalan dan kuih di geraipun menerima pembayaran nirtunai. Kita benar-benar sudah hidup di masa hadapan. April lalu aplikasi CaltexGO dilancarkan oleh kumpulan Cheveron di Singapura untuk pembayaran mengisi minyak secara nirtunai. Hari ini ia akhirnya boleh digunakan di pelanggan stesen Caltex di Lembah Klang.

Seperti aplikasi pembayaran minyak nirtunai lain di pasaran, CaltexGO membolehkan pelanggan melakukan pembayaran tanpa berinteraksi dengan pekerja, mencari lokasi stesen Caltex berhampiran dan mengumpul mata ganjaran BPoints untuk kad Journey mereka. Aplikasi hanya boleh digunakan oleh pelanggan di Lembah Klang sahaja pada waktu ini tetapi akan dikembangkan ke seluruh Malaysia pada separuh tahun pertama 2022.

Sebagai promosi, pelanggan yang melakukan pembayaran sekurang-kurangnya RM30 menggunakan aplikasi akan mendapat RM5 dalam bentuk pulangan tunai sebanyak dua kali sehingga 31 Disember2021. Aplikasi CaltexGO kini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.​

1631166304812.png
 
Senheng Ke Arah “Super App” - Bakal Tawar Khidmat Penghantaran Makanan, Dompet Digital

Senheng merupakan salah satu kedai atau jenama yang terkenal dalam membolehkan orang ramai membeli barangan elektronik dengan mudah. Denga arena teknologi yang meningkat dan berkembang pesat, kini Senheng dilihat turut membangunkan penawaran aplikasi mereka ke arah “Super App”. Melalui langkah ini, Senheng kini dilihat pasukan khas memfokuskan kepada Senheng App, dan membagunkan S-Ecosystem. Dengan pembaharuan ini, aplikasi Senheng yang dibangunkan untuk 2.9 juta ahli PlusOne, turut menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan.

Ciri tambahan pertama yang kini telah aktif adalah Home Fix. Melaluinya, pengguna boleh mencari bantuan untuk membaik-pulih barangan, mahupun melakukan ubah-suai di rumah dengan mudah melaluinya. Bergerak ke hadapan, Senheng turut akan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain, termasuk S-Food untuk penghantaran makanan. S-Food ini dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, dan hanya mengambil komisien yang rendah berbanding yang lain di pasaran.

Melengkapkan penawaran aplikasi ini adalah ganjaran pulangan S-Coin untuk digunakan dalam ekosistem berkenaan. Senheng menamakan penawaran ekosistem mereka sebagai S-Ecosystem – yang bakal terus diperluaskan dengan pelbagai penawaran dan ciri-ciri baharu. Penyenaraian ciri-ciri akan datang turut memperlihatkan aplikasi Senheng turut akan menambah ciri dompet digital dan juga perbankan digital pada masa akan datang. Dengan langkah ini, ia sekaligus mengubah aplikasi Senheng kepada sebuah ekosistem besar, dan berhasrat turut bersaing dalam arena “Super App” – iaitu satu aplikasi untuk semua.

Pada hari ini, Grab dan AirAsia sedia memfokuskan kepada arena berkenaan di Malaysia, selain kerajaan turut ingin hadir dengan Aplikasi Nasional yang memfokuskan khidmat kerajaan.
1631932862969.png

1631932869207.png

1631932875362.png

1631932879803.png
 
Anda Boleh Beli Insurans Kereta & "Renew Road Tax" Guna Boost

Tahun ini dilihat Boost banyak menawarkan pelbagai fungsi dalam aplikasi eDompet mereka. Terbaru, mereka melancarkan CarProtect yang mana menawarkan cara mudah dan senang untuk pengguna mengubahsuai pelan insurans yang paling bersesuaian dengan mereka. Tambahan lagi, pengguna turut boleh memperbaharui cukai jalan (road tax) dan pada masa sama, ia akan dihantar terus ke rumah mereka. Selain itu, Boost juga menyertakan butang kecemasan untuk pelanggan CarProtect.

Fungsinya adalah memudahkan pengguna sekiranya sedang menghadapi situasi kecemasan seperti berlaku kemalangan atau kerosakan yang mana ia mengandungi tuntutan insurans, panel bengkel dan rakan kongsi perkhidmatan bantuan tepi jalan Boost. Bantuan diberikan ini adalah 24/7. Bersempena dengannya, Boost menawarkan pulangan tunai RM100 untuk 5000 pengguna yang memperbaharui insurans kereta mulai hari ini hingga 31 Disember 2021 di dalam 'Boost Partner Wallet'.

Sementara pengguna berikutnya pula bakal menerima pulangan tunai sebanyak RM50. Untuk mengakses CarProtect, anda boleh tekan butan 'insurance' di laman utama aplikasi Boost atau tab 'Do More'. Manakala pembelian CarProtect adalah seperti berikut:
  1. Masukkan butiran kenderaan untuk dapatkan sebut harga (quotation)
  2. Ubah suaikan perlindungan yang diingini dengan memilih tambahan (add-on) yang relevan
  3. Isi maklumat pemilik kereta
  4. Bayar dan anda telah dilindungi
1632560076691.png
 
DuitNow & PayNow Singapura Akan Di Pautkan Pada 2022 - Mudahkan Transaksi Rentas Sempadan

Bank Negara Malaysia kini mengumumkan kerjasama dengan Monetary Authority of Singapore, sekaligus akan menghubungkan sistem pembayaran DuitNow dan juga PayNow secara berperingkat. Dengan kaedah ini, pengguna kelak boleh melakukan transaksi menggunakan DuitNow dan menghantar wang ke akaun di Singapura – dan begitu juga sebaliknya. Integrasi sokongan ini dijangka diperkenalkan pada 2022 kelak.

DuitNow memudahkan proses transaksi di Malaysia, selain turut membolehkan pemindahan dan transaksi dilakukan dengan semudah imbasan kod QR. Dengan integrasi ini kelak, pengguna di Malaysia boleh dengan mudah melakukan transaksi ketika berada di Singapura, selain turut akan membolehkan pengguna menggunakan dompet digital atau aplikasi perbankan yang digemari mereka tanpa masalah.​

1632732988188.png
 
Back
Top
Log in Register