BTC USD 17,317.1 Gold USD 1,799.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu - UMNO & BN

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,124
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,124
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
14.05.2018 - Kuala Lumpur, Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu dan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk mengadakan sebarang rundingan dengan sesiapa saja bagi pembentukan kerajaan atau bersama sebagai pembangkang.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan mereka belum membuat sebarang perundingan dengan mana-mana parti untuk bergabung atau menjalinkan kerjasama.

“Kita terbuka pada sebarang rundingan dan jika ada perundingan nanti, sebarang keputusan dibuat apabila mendapat persetujuan bersama parti komponen BN dan UMNO,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu adalah yang pertama selepas beliau diberikan tanggungjawab menjalankan tugas Presiden UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Pada sebelah petang, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Ketua Bahagian UMNO kemudian mesyuarat dengan semua Ahli Parlimen UMNO.

Beliau turut menegaskan dalam sebarang rundingan kekuatan parti terus digarap dan kepentingan BN serta UMNO terus dijaga.

Beliau juga menafikan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras seperti dilaporkan sebuah blog semalam.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat MT itu merakamkan penghargaan kepada Najib di atas kepimpinan yang baik dan menerima tanggungjawab menjalankan tugas Presiden UMNO dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO.

“MT juga mengambil maklum keputusan pilihan raya yang lalu dan menerima hakikat serta bertanggungjawab dengan kekalahan itu.

“Seramai 54 ahli parlimen UMNO daripada 78 ahli BN memenangi pilihan raya kali ini. Di Sarawak semua 19 ahli Parlimen kekal manakala di Sabah semua kekal kecuali seorang daripada parti UPKO keluar parti,“ katanya.

Sementara itu, mesyuarat UMNO cawangan akan mula diadakan pada bulan puasa ini.

Ditanya mengenai pemilihan parti, katanya perkara itu tidak dibincangkan.

Mengenai desakan supaya pemimpin UMNO ditukar dan diberikan pemimpin muda berusia bawah 60 tahun, beliau berkata perkara itu juga tidak dibincangkan.

mtumno_cropped_1526289787.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/339563/umno-bn-buka-pintu-rundingan
 
zahid_1561970499.jpg

Ismail Sabri kekal Ketua Pembangkang - Zahid


NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kini terdapat pembahagian tugas antara pucuk pimpinan parti tersebut.

“Buat masa ini, ada pembahagian tugas antara saya dan Datuk Seri Mohamad Hasan (timbalan presiden), Ismail Sabri dan juga Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Ketua Whip dalam kalangan anggota pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan menamatkan cutinya daripada tugas presiden sejak 18 Disember tahun lalu dan kembali menjalankan tugas presiden UMNO.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/471038/ismail-sabri-kekal-ketua-pembangkang-zahid

Ketua UMNO Bahagian Mahu Zahid 'Lepaskan' Parti

Umno dilihat kembali 'panas' apabila ada pemimpinnya mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menghalang Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang bercuti kembali menerajui parti itu.

Ketua Umno Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang berkata, akhir-akhir ini terdapat gerakan oleh penyokong Ahmad Zahid untuk membawa balik Anggota Parlimen Bagan Datuk itu menjalankan tugas sebagai presiden.

"Bunga-bunga ke arah itu juga telah dinyatakan oleh Ahmad Zahid sendiri di dalam rencana yang beliau keluarkan di akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

"Tindakan Ahmad Zahid dan penyokong rapat beliau bukanlah sesuatu yang baik untuk Umno bangkit dan bergerak ke hadapan," kata Maulizan dalam kenyataan.

Ahmad Zahid yang memenangi jawatan presiden parti pada pemilihan Umno tahun lalu, menerima tekanan untuk bercuti selepas menghadapi 45 pertuduhan rasuah dan pecah amanah pada Oktober tahun yang sama.

Antara yang menggesa beliau bercuti bai memberi tumpuan terhadap kes tersebut ialah Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi dan dua anggota parlimen dari parti itu.

Tekanan itu bertambah kuat apabila sekumpulan wakil rakyat Umno Sabah mengumumkan keluar parti beramai-ramai pada 12 Dis.

Pada 18 Dis, Ahmad Zahid akhirnya akur dan mengumumkan keputusan untuk menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Menurutnya ketika itu, keputusan tersebut diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.

“Ini tentunya sesuai dengan semangat dalam perlembagaan Umno sendiri bahawa jika presiden tidak mendapat ‘hidayah’, maka kaedah terbaik (adalah) berikan kepercayaan pada timbalan presiden untuk jalankan tugas presiden,” katanya.

Mengulas lanjut Maulizan berkata, kini telah ada tuduhan kononnya Umno sekarang tiada hala tuju.

"Perlu diingat bahawa antara sebab berlaku desakan untuk Ahmad Zahid bercuti adalah disebabkan oleh tiadanya halatuju jelas semasa beliau menjadi presiden Umno sehingga berlaku kes lompat parti oleh sebahagian anggota Parlimen dan ketua ketua bahagian.

"Malah Umno juga dijangka akan terus lemah jika beliau tidak berhenti atau bercuti pada ketika itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Maulizan mendakwa Umno dilihat mulai stabil dan telah mendapat kembali keyakinan masyarakat khususnya orang Melayu di bawah kepimpinan Mohamad.

Jelasnya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilihat lebih diyakini dan bersih di mata masyarakat.

Tambahnya lagi, memang benar Ahmad Zahid dipilih secara demokrasi tetapi apa yang berlaku selepas pemilihan tidak membolehkan beliau untuk terus menjadi pemimpin Umno yang berkesan.

"Bukan kita tak sayang Ahmad Zahid mahupun Najib (Razak) sebagai seorang yang banyak berjasa kepada Umno, tetapi kita lebih sayangkan parti kita yang perlu memenangi hati rakyat untuk menang kembali di masa akan datang.

"Kepada mereka ini, Umno sepatutnya harus terus diberi nafas baru dan Ahmad Zahid bukanlah orangnya.

"Kita doakan Ahmad Zahid mahupun Najib diberi peluang untuk mendapat keadilan yang sewajarnya di atas segala pertuduhan yang mereka hadapi.

"Lepaskanlah Umno ini kepada pemimpin yang ada dan tak perlulah lagi beracah-acah untuk kembali," katanya.

Screenshot-32.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/476779

UMNO Tenat, Perlu ICU

19.12.2018 - Kuala Lumpur, Keadaan UMNO cukup kritikal! Jika diumpamakan UMNO sebagai seorang pesakit, UMNO kini bukan berada di wad biasa tetapi sudah diletakkan dalam wad ICU.

"Umpama kita terkena penyakit, pembedahan dan penggunaan ubat yang paling ekstrem itu yang akan menyelamatkan situasi.

"Penghidap kencing manis, jika tidak dipotong kakinya, keadaannya akan lebih parah."

Begitulah perumpamaan yang diberikan penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali apabila merujuk kemelut yang dihadapi UMNO pada hari ini.

Tegas beliau, UMNO perlu mengadakan perhimpunan agung khas dan pemilihan semula jawatan presiden parti untuk mengembalikan keyakinan ahli di pelbagai peringkat.

Dalam situasi sekarang, pemimpin-pemimpin di akar umbi dan peringkat pertengahan tidak menghormati kepimpinan UMNO pusat.

"Kes pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini adalah mustahil untuk diselesaikan dalam masa satu penggal.

UMNO Sabah contohnya lumpuh apabila hampir semua kepimpinan di negeri itu meninggalkan UMNO, risiko yang sama boleh berlaku di negeri lain."

Dr Mazlan berpendapat tindakan Zahid Hamidi menyerahkan kuasa kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak mampu mengekang perpecahan yang ada dan hanya akan meredakan pergolakan dalam parti dalam tempoh seketika sahaja.

"UMNO seharusnya kembali semula pada titik awal iaitu adakan semula Perhimpunan Agung Khas untuk bincangkan semula, bentuk semua pemilihan kepimpinan baharu.

"Ini adalah satu cara yang ektrem, tetapi ini mampu membawa sinar baharu kepada UMNO yang kian melemah."

"Presiden UMNO juga mengakui bahawa dalam UMNO pada hari ini banyak blok-blok politik yang sudah berpecah. Ramai ahli UMNO sendiri contohnya tidak bersetuju apabila UMNO menjalinkan kerjasama dengan PAS."

Menurut Dr Mazlan, sekiranya UMNO tidak dipulihkan sepenuhnya sebelum pilihan raya umum ke-15, orang Melayu termasuk ahli UMNO sendiri akan mencari ‘tempat perlindungan’ yang lain.

Dalam konteks itu, PAS akan lebih dominan dan jauh meninggalkan UMNO dalam perjuangan politik orang Melayu, katanya lagi.

Ahmad Zahid pada 18 Disember memberikan kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.

Tindakan ini menurut Ahmad Zahid selaras dengan harapan parti yang mahu bangkit dan menamatkan polemik kepimpinan.

Berita asal http://www.astroawani.com/berita-po...irawat-di-wad-icu-penganalisis-politik-193932

14.12.2018 - Kelantan,Anggota Parlimen Tanah Merah Ikhmal Hisham Abd Aziz yang baru meninggalkan Umno pagi ini berkata selain beliau, lima lagi anggota parlimen parti itu akan mengikut jejak langkahnya hari ini.

"Hari ini saya difahamkan ada selain dari saya lima lagi ahli parlimen yang akan mengumumkan keluar juga.

"Saya tak tahu dah keluar ke belum.

“Hari ini saya difahamkan ada enam ahli parlimen Umno (termasuk Ikhmal) yang akan umumkan mereka keluar daripada Umno," katanya.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Live.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusannya keluar Umno dan meletak jawatan sebagai ketua Umno di kawasan tersebut.

Selain itu, tersebar juga spekulasi anggota parlimen Larut Hamzah Zainuddin akan mengumumkan keputusannya untuk keluar parti.

Selain beliau, empat anggota parlimen lain dikatakan akan turut menyertai keputusannya itu.

Mereka ialah ahli parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid, ahli parlimen Jempol Mohd Salim Mohd Sharif, ahli parlimen Jelebu Jalaluddin Alias dan ahli parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, spekulasi ini belum lagi jelas.

Setakat ini, Mohd Salim menafikan dakwaan tersebut apabila dihubungi Malaysiakini hari ini. Dakwaan mengenai Jalaluddin itu pula disangkal oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pemimpin-pemimpin yang disebut itu.


Pada 12 Disember, Umno Sabah dilaporkan lumpuh apabila pengerusinya ketika itu, Hajiji Mohd Noor bersama sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk menjadi anggota politik bebas.

Tindakan tersebut melibatkan lima anggota parlimen, sembilan Adun dan dua senator.

Semalam, ketua puteri Umno yang juga merupakan anggota parlimen Masjid Tanah menyertai Bersatu selepas keluar Umno pada 1 Julai untuk menjadi wakil bebas.

1851e1e83fa53c42e2e38c92884357fa.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/456118

UMNO Tuntut Polis Pulangkan Wang Rampasan

25.05.2018 - Kuala Lumpur, Umno kesal dengan tindakan polis merampas wang yang didakwa dana politik mereka untuk pilihan raya dan pengurusan parti.

Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat Umno, wang sumbangan itu dirampas semasa proses dipindahkan kepada kepimpinan baru parti itu.

“Secara umumnya, presiden Umno bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk Umno termasuk dana bagi pilihan raya umum. Hal ini termaktub di dalam perlembagaan parti.

“Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik di negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan Umno yang mantan presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.

“Untuk makluman, semasa mantan presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai presiden kita, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 bilion kepada parti dan tiga juta ahli,” menurut kenyataan unit itu.

Jumaat lepas, polis merampas wang tunai dan barangan bernilai di enam lokasi yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB.

Laporan menyebut nilainya kira-kira RM120 juta.

Dalam laporan polis, Najib dilaporkan mendakwa wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences, Kuala Lumpur itu adalah derma rakan-rakan untuk kempen pilihan raya BN.

Sementara itu, Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat Umno juga berkata pembiayaan politik dibenarkan bawah undang-undang negara.

“Oleh itu, Umno berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.

“Umno kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata unit itu.

f7cf86ebf0e477de5a5d526a4c8fa2d8.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/426689

MCA Kini Dalam ICU

20.05.2018 - Kuala Lumpur, MCA kini berada 'Unit Rawatan Rapi (ICU)' berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum ke-14, kata bekas presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata nasib MCA mungkin berbeza jika parti itu tidak menyertai kabinet selepas menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13, yang menyaksikan MCA hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan Chua diketepikan selepas beliau bersara sebagai presiden MCA pada Disember 2013.

"Tidak menyertai kabinet memberikan MCA kebebasan dan ruang untuk perubahan. Nasib MCA dalam pilihan raya umum 9 Mei mungkin berbeza jika kita terus kekal di luar kerajaan.

"Hari ini MCA seperti pesakit di ICU tanpa doktor untuk memberikan preskripsi yang tepat," katanya dalam catatan di Facebook.

MCA memenangi hanya satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Dalam satu catatan berasingan, Chua juga menafikan beliau akan membentuk parti politik baru.

Chua berkata walaupun telah bersara, beliau tidak pernah meninggalkan parti sebaliknya kepimpinan parti itu yang meninggalkannya.

Beliau mengingatkan rakannya dalam MCA bahawa selepas pilihan raya umum 2008, 2013 dan 2018, parti itu 'terlantar sakit'.

Katanya, jika MCA tidak berubah selepas tiga kali pilihan raya, beliau khuatir parti itu akan menerima nasib malang.

2c67b7bffdaa22fd30278522e6697557.jpg


d44dbbf5c3449af4de70824b877423de.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425944

Ahli Umno Mahu Jawatan Tertinggi Ditandingi - Tok Mat

20.05.2018 - Bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan membantah cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam Umno tidak dipertandingkan.

Mohamad, yang merupakan pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar semua jawatan dipertandingkan termasuk presiden dan timbalan presiden.

"Saya secara peribadi mengatakan majoriti ahli Umno mahu semua jawatan ditandingi.

"Umno memerlukan tenaga dan kepimpinan baru, biarkan anggota akar umbi membuat keputusan tanpa sebarang sekatan," katanya dipetik oleh New Straits Times.

Semalam, Khairy dengan tegas mengatakan beliau tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.

“Saya fikir perlu hentikan perkara tidak munasabah ini bagi (jawatan tertinggi) tidak dipertandingkan… ia seolah-olah kita tidak membuka ruang demokrasi kepada ahli-ahli kita.

“Kita tidak perlu ada lagi peraturan ‘tidak dipertandingkan’ dalam Umno. Anda hanya menghantar mesej buruk kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn, di ibunegara.

Terdahulu, Ketua Umno bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata Umno Melaka sebulat suara bersetuju supaya tiga jawatan tertinggi parti melibatkan kerusi presiden, timbalan presiden dan satu kerusi naib presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu.

Mohd Ali berkata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas presiden dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas timbalan presiden harus kekal di kerusi itu, selain menamakan Khairy menduduki kerusi naib presiden.

1810487f7dbb63ae06c92e50c4e47f3f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425943

Khairy Kesal Tidak Benar Kepada Najib

15.05.2018 - Kuala Lumpur, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kesal kerana tidak berterus terang dengan bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang akar umbi yang menolak parti itu, selepas bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal "dikeluarkan".

"Tidak ada sesiapa, selepas Muhyiddin dikeluarkan, selepas Shafie dikeluarkan... Tiada siapa yang mahu mengakui ada masalah. Itu kesilapan besar di pihak kita.

"Adakah isyarat? Ya, ada isyarat yang jelas tetapi kita tidak sedar akan isyarat itu," katanya yang dipetik oleh Channel News Asia.

"Ini tidak harus berlaku lagi, kita tidak boleh membiarkan pemimpin Umno terpisah dengan realiti dan tidak menyoal soalan yang sukar. Jika kita meneruskan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran, Umno akan pupus," katanya.

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari barisan kabinet Najib selepas mereka lantang mengkritik secara terbuka skandal 1MDB.

Muhyiddin kemudian membuat kemunculan semula dengan menjadi Presiden BERSATU, yang menjadi komponen pakatan Pakatan Harapan, manakala Shafie pula menerajui Parti Warisan Sabah.

HARAPAN hari ini menjadi kerajaan persekutuan, dengan Muhyiddin memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri, sementara Shafie adalah ketua menteri Sabah.

Kerajaan persekutuan baru, diterajui oleh pengerusi dan perdana menteri HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah membuka semula siasatan ke atas 1MDB, manakala Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Beberapa pegawai kanan kerajaan lain di bawah pentadbiran sebelum ini juga telah dipindahkan atau diarahkan bercuti termasuk dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara esok, Khairy mengakui bahawa BN - sekarang pembangkang - mesti bersiap berdepan kedua-dua mereka.

"Kita perlu bersedia, kita menentang dua gergasi, dua nama besar di dunia politik. Kita perlu memastikan bahawa kita siap sedia.

"Rakyat Malaysia telah memilih dua gergasi untuk memimpin kita, cabaran kami adalah untuk memastikan kami dapat memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Saya ibarat semut menentang dua gergasi itu, dan saya perlu memastikan saya dapat berfikir dengan pantas dan bergerak dengan cepat dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Khairy.

Anwar akan dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat, yang menurutnya adalah bermotivasi politik.

2fea2e986ca2875265842a2695caf83a.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424969

Biar Mahkamah Tentukan Nasib UMNO Bukan ROS, Ambiga

15.05.2018 - Kuala Lumpur, Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa proses sewajarnya harus dipatuhi berhubung status Umno dan bukannya menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kita mesti menghormati proses sewajarnya. Apa yang saya tidak suka adalah ROS, mungkin digunakan dalam proses itu.

"Kami memerlukan pembangkang yang kuat seperti kita perlukan kerajaan yang baik. Jadi apa saja yang berlaku kepada Umno, saya fikir proses sewajar mesti dipatuhi.

"Tetapi pada penghujung hari, mana-mana bentuknya, pembangkang yang baik adalah penting untuk kerajaan yang baik," katanya kepada stesen radio BFM pagi ini.

Ambiga yang juga adalah presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) berharap layanan kerajaan terhadap pembangkang akan berbeza berbanding sebelum ini.

"Dan saya harap perkara mengarut seperti sebelum ini di mana pembangkang dianggap sebagai musuh tidak akan ada lagi," katanya.

Ambiga berkata kerajaan mesti ingat bahawa rakyat juga mengundi ahli-ahli pembangkang dan ini mesti dihormati.

"Saya harap kerajaan ini akan menunjukkan ia adalah kerajaan untuk semua, termasuk ahli Umno..," katanya.

Pemilihan kali terakhir Umno diadakan pada Oktober 2013, yang bermakna tempoh itu telah melebihi had tiga tahun yang ditetapkan oleh perlembagaan parti sendiri.

Walau bagaimanapun, beberapa peruntukan membolehkan Umno menunda pemilihannya, tetapi hanya untuk maksimum 18 bulan.

Berdasarkan ini, 16 anggota Umno, yang kemudiannya dipecat, memohon semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ROS yang membenarkan Umno untuk melanjutkan pemilihan parti di semua peringkat.

Umno dan BN digulingkan dari kuasa pada pilihan raya umum 9 Mei selepas memerintah selama enam dekad.

Berikutan kekalahan mengejutkan itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Parti itu kini diterajui oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

0978ca2b17478d2c893b4216f5372f35.jpeg


94c2a52f3d7222f3f01a89bdf7173cd5.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424991

Last edited:
Sponsored Post

QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
11,346
Joined
Dec 13, 2012
Messages
11,346
Reaction score
618
Points
176
Kalau zahid masih ada dlm umno/bn mmg xkemanalah,plk tu ko pgang jawatan.presiden.mmmmm
 

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,899
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
next PRU 15 kalau Zahid ni masih lagi jadi presiden UMNO , PH menang bergaya lagi .. :)):)):)):))
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,216
Joined
Jul 1, 2008
Messages
41,216
Reaction score
4,290
Points
261
Awards
1
next PRU 15 kalau Zahid ni masih lagi jadi presiden UMNO , PH menang bergaya lagi .. :)):)):)):))

calon2 party BN berpikir la nak kekal ke x nak .. kang hangus duit :)):)):))
 

Emy_Ezra

Super Active Member
gem
Messages
6,869
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,869
Reaction score
650
Points
126
Hehe dah kasi hint kat PAS ke tuh.
Ape tgu lagi hadi masuk line laa hehe
 

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,111
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
Masih keldai lagi, dia ingat org bawah/muda suka ke benda2 mcm ni
mmg tunggu baca talkin je la

ditanya mengenai pemilihan parti, katanya perkara itu tidak dibincangkan.

Mengenai desakan supaya pemimpin umno ditukar dan diberikan pemimpin muda berusia bawah 60 tahun, beliau berkata perkara itu juga tidak dibincangkan.
 

Dzoolhelmi™

Legendary Member
gem
Messages
10,486
Paid Membership
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
164
Points
133
Yg tua2 tue sila lah berudur
Bagi peluang kt org muda pulak
 
Sponsored Post

Top
Log in Register