BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu MAS & MAB

Wee Ka Siong dah bising
 
Setuju.... agenda tertentu

Dulu BERNAS, pastu 3 unit khas PDRM, MARA, PUSPAKOM sekarang MAS... lepas ni apa lg? sikit demi sikit....
 
MAS Di Landa Gelora Keyakinan, Kerajaan Perlu Hindar Insiden Berulang

Malaysia Airlines (MAS) seolah-olah berdepan krisis keyakinan dengan kekerapan insiden melibatkan pesawatnya, menurut Presiden MCA Wee Ka Siong. Wee yang juga bekas menteri pengangkutan berkata, jika insiden terus berlaku, ia akan menjejaskan reputasi negara dan berisiko membawa kerugian kepada Malaysia Aviation Group (MAG).

“Oleh kerana kerap sangat insiden pendaratan cemas dan masalah teknikal seumpama ini berlaku melibatkan pesawat MAS, maka orang ramai tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi dengan MAS? Selamat atau tidak menaiki pesawat MAS?’” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Wee menggesa kerajaan dan Kementerian Kewangan untuk segera menyiasat dan membantu MAS untuk menghindari kejadian serupa daripada berlaku di masa akan datang. Hantaran itu turut menyenaraikan beberapa insiden melibatkan pesawat MAS sejak tahun lalu:

9 Jan 2023 - Pesawat Airbus A330 MAS dari Kuala Lumpur ke Melbourne terpaksa membuat pendaratan cemas susulan masalah sistem bahan api semasa penerbangan. Pesawat mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

06b98f2130e901ac0c3526faa1d4f06c.jpg


3 April 2023 - Sebuah pesawat MAS terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana menghadapi masalah teknikal. Insiden ini menarik perhatian kerana laluan penerbangannya yang tidak menentu, yang diakui sendiri oleh penumpang dan pengawal trafik udara.

10 Julai 2023 - Pesawat MAS yang menuju ke Kuching terpaksa membatalkan penerbangannya di KLIA selepas mengalami masalah teknikal. Semua penumpang selamat selepas penerbangan ditangguhkan.


14 September 2023 - Pesawat Boeing 737-800 MAS mengalami masalah semasa berlepas di landasan Lapangan Terbang Melbourne. Pesawat tersebut meneruskan penerbangannya selepas isu itu diselesaikan. Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas kejadian sama menimpa syarikat penerbangan lain di lapangan terbang yang sama, mendorong siasatan dijalankan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

20 Jun 2024 - Penerbangan ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hyderabad di India kerana masalah enjin. Penerbangan itu membawa lebih 100 penumpang dan semuanya mendarat dengan selamat.

24 Jun 2024 - Penerbangan MH780 dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana isu tekanan. Pesawat membuat pendaratan cemas dan mendarat dengan selamat.

16 Ogos 2024 - Penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan cemas di Alice Springs kerana berdepan masalah enjin. “Insiden terbaru berlaku dua hari lalu, iaitu pada 21 Ogos, apabila MH386 dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Shanghai terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan kabin,” katanya lagi.


‘Diabai’ Kru

Terdahulu, The Star melaporkan isu-isu tersebut mencetuskan kemarahan di kalangan penumpang dn membangkitkan gesaan agar pelan kecemasan dan luar jangka dirangka untuk menanganinya. Antaranya penumpang warga British, Dr Edward Harcourt yang menaiki pesawat MH001 yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow London pada 4 Ogos, membawa 16 kru dan 280 penumpang. Penerbangan terpaksa diubah hala ke Doha ekoran masalah teknikal. Menurut Harcourt, selepas tiga jam berlepas, pengumuman dibuat untuk memaklumkan pesawat akan membuat pendaratan tak berjadual kerana sistem navigasi cuaca tidak berfungsi.

“Kami diabaikan oleh kru pesawat semasa tengah malam dan kakitangan tempatan (Qatar) tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk kami,” katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/716767
 
MAS, Jangan Hampakan Harapan Penumpang Setia

05.09.2024 - Tidak dinafikan Malaysia Airlines (MAS) merupakan syarikat penerbangan nasional negara yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini. Namun, insiden pesawat MAS yang tujuh kali berpatah balik dalam tempoh tiga bulan benar-benar mencetuskan polemik kepada pelbagai pihak. Kejadian kali ketujuh itu membabitkan penerbangan MH66 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan pada Isnin lalu. Dimaklumkan, tindakan berpatah balik dilakukan sebagai tindakan berjaga-jaga susulan berlaku masalah teknikal membabitkan sistem hidraulik. Sebelum itu, pada 22 Ogos lalu, penerbangan MH152 dari Kuala Lumpur yang menuju ke Madinah, Arab Saudi terpaksa berpatah balik kerana masalah pressurisation forced dan mendarat semula di KLIA.

Sehari sebelum itu pula, penerbangan MH386 yang menggunakan pesawat Airbus A330-300 dari Kuala Lumpur ke Shanghai, China berpatah balik ke KLIA selepas terbang selama kira-kira 70 minit kerana masalah tekanan kabin. Pada 20 Ogos pula, penerbangan MH128 dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur membuat hentian kecemasan di Lapangan Terbang Alice Springs, Australia kerana masalah enjin. Itu antara sebahagian kejadian atau insiden yang memaksa penerbangan MAS berpatah balik atau melakukan pendaratan kecemasan. Impak daripada tindakan dan kejadian itu sebenarnya mampu menjejaskan jumlah penumpang sedia ada. Sekiranya berlaku kemerosotan jumlah penumpang yang sudah hilang kepercayaan kepada perkhidmatan penerbangan itu, tidak mustahil MAS akan mengalami kerugian drastik.

Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff memaklumkan, paling membimbangkan apabila situasi itu juga mampu menjejaskan kebenaran pesawat MAS untuk ke negara-negara lain. Ia membawa maksud kredibiliti penerbangan MAS semakin terhakis berikutan kejadian seumpama itu. Susulan itu, MAS perlu mengambil langkah drastik dengan memastikan setiap penerbangan atau pesawat mereka berada dalam keadaan terbaik sebelum berlepas. Setiap pesawat yang bakal berlepas perlu berada dalam keadaan optimum, anak-anak kapal termasuk juruterbang dan kru teknikal juga wajib peka dengan perubahan sekeliling.

Ini bagi memastikan kejadian penerbangan berpatah balik atau mendarat cemas tidak berulang sekali gus menjejaskan kredibiliti MAS. MAS perlu buktikan bahawa mereka masih mempunyai penumpang setia di setiap pelosok dunia.
1725502837183.png
 
Setiap pesawat yang bakal berlepas perlu berada dalam keadaan optimum, anak-anak kapal termasuk juruterbang dan kru teknikal juga wajib peka dengan perubahan sekeliling.
*****
Seperti biasa, orang bawahan je kena kerja kuat.
Top management goyang kaki?
 
Setiap pesawat yang bakal berlepas perlu berada dalam keadaan optimum, anak-anak kapal termasuk juruterbang dan kru teknikal juga wajib peka dengan perubahan sekeliling.
*****
Seperti biasa, orang bawahan je kena kerja kuat.
Top management goyang kaki?

MAS da lebih 50thn usia.. berapa ramai pekeja lama n yg gaji besar2 tunggu pencen

memang tak leh buat pa

Malaysia tak mcm oversea atau corporate swasta..

income menjunam sikit je da terus reduce head cost buang org.. MAS ni tak.. bailout bailout bailout
 
MAS da lebih 50thn usia.. berapa ramai pekeja lama n yg gaji besar2 tunggu pencen

memang tak leh buat pa

Malaysia tak mcm oversea atau corporate swasta..

income menjunam sikit je da terus reduce head cost buang org.. MAS ni tak.. bailout bailout bailout
Kalau kat Japan/Korea, top management akan buat pc dan tunduk selama seminit dua tanda minta maaf.
Kalau Malaysia……ehem ehem.
Lagi mendongak dagu ada le.
SPRM tak masuk check MAS ke?
 
Back
Top
Log in Register