BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu JAKIM Pertimbang Wajibkan Sijil Halal

Sijil Halal - Adakah Slogan 'PAS For All' Telah Mati, Soal DAP

27.12.2024 - Dua pemimpin DAP menggesa kerajaan Kelantan yang diterajui PAS menghormati pilihan pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) di negeri itu, serta pelanggan mereka. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching dan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Syahredzan Johan, dalam satu kenyataan memetik laporan bahawa pemilik F&B di Kelantan perlu memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan mereka.

“Hentikan pelaksanaan dasar yang membebankan pengusaha kecil dan sederhana, serta yang mengasingkan dan menyingkirkan mereka yang berbeza pandangan. Sebaliknya, kerajaan Kelantan harus belajar dan mencontohi pendekatan yang diambil oleh kerajaan Madani. Atau, mereka patut mengakui bahawa slogan ‘PAS For All’ telah mati secara rasmi,” kata mereka dalam kenyataan.

Semalam, Sinar Harian memetik Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud, sebagai berkata setakat ini Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mewajibkan perkara tersebut dan akan pelaksanaannya akan diperluas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri itu. Menurut laporan tersebut, Asri berkata setakat Januari hingga Disember tahun ini sebanyak 453 premis telah diiktiraf sebagai pemilik SPHM di mana daripada jumlah itu, 198 premis terletak di Kota Bharu dan selebihnya di jajahan seluruh Kelantan. Menurutnya, hampir 80 peratus pemilik premis berkenaan adalah Melayu Islam dan selebihnya bukan Islam. Teo dan Syahredzan berkata syarat berkenaan yang disifatkan sebagai “sangat eksklusif dan bersifat diskriminasi,” bercanggah dengan ucapan Krismas daripada PAS yang menekankan kepelbagaian budaya Malaysia dalam menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat negara ini.

“Dasar ini secara langsung meminggirkan perniagaan bukan Islam, dengan secara efektif melarang hidangan tradisional seperti Bak Kut Teh, char siu, dan siu yuk (daging babi panggang) dihidangkan di Kota Bharu. Tindakan sebegini mengabaikan hak dan mata pencarian masyarakat bukan Islam serta menghakis semangat kepelbagaian Malaysia,” kata mereka.

Kedua-dua ahli parlimen itu berkata dasar kerajaan negeri pada masa ini bercanggah dengan kepimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pernah memberi jaminan akan menghormati amalan dan budaya masyarakat bukan Islam termasuk menternak dan menjual daging babi di Kelantan. Pada September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan langkah serupa di peringkat pusat, apabila restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan babi atau alkohol dikehendaki mendapatkan sijil halal. Hal itu mencetuskan bantahan termasuk mengenai kos dan syarat ketat mendapatkan sijil halal tersebut selain mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dikritik kerana didakwa tidak menghormati agama Islam semasa membangkitkan isu berkaitan cadangan itu. Kabinet akhirnya memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada di mana pemilikan sijil halal perlu dibuat secara sukarela dan berjanji memperbaiki proses pensijilan tersebut.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/729975
 
Hormati Jakim, PBT Tak Boleh Wajibkan Peniaga Miliki Sijil Halal - Nga

27.12.2024 - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menghormati bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan pemilikan sijil halal, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming. Sehubungan itu, katanya, PBT tidak boleh mengenakan syarat wajib kepada peniaga untuk mendapatkan sijil halal bagi memperbaharui lesen perniagaan mereka.

“Saya tegaskan tidak boleh paksa (peniaga untuk mendapatkan sijil halal), kita (cuma boleh) menggalakkan. Saya nasihatkan PBT harus hormati, minta nasihat daripada Jakim,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya di Ipoh hari ini.

Jemaah menteri sebelum ini membuat ketetapan iaitu kerajaan hanya menggalakkan pengusaha perniagaan berasaskan makanan dan minuman untuk memohon sijil halal tanpa sebarang paksaan. Nga berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mensyaratkan pemilik dan pengusaha premis makanan serta minuman supaya memiliki sijil halal sebagai syarat utama untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka. Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Seranta Kelantan Mohd Asri Mat Daud dilaporkan berkata syarat itu sudah dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan akan diperluas kepada pihak berkuasa tempatan lain di negeri itu.

Mengulas lanjut Nga berkata, cadangan mewajibkan peniaga makanan dan minuman memiliki sijil halal dilihat agak membebankan terutama bagi peniaga kecil. Katanya, mereka itu akan terpaksa mengeluarkan kos tambahan.

“Kos sijil halal pun beribu-ribu ringgit, selepas itu untuk perbaharui sijil tersebut tertakluk pula kepada audit tahunan dan proses ini pun perlukan bayaran juga. Lagipun negara kita berbilang kaum, perlu juga ambil kira keperluan pengusaha bukan Melayu yang menjual makanan tidak halal,” katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/730028
 
Presiden Gerakan Tampil Jelaskan Isu Pensijilan Halal Di Kelantan

27.12.2024 - Presiden Gerakan Dominic Lau menjelaskan bahawa peraturan mewajibkan pensijilan halal oleh kerajaan Kelantan hanya terpakai kepada perniagaan makanan yang dikendalikan oleh orang Islam, manakala perniagaan makanan tidak halal tidak terjejas. Lau menjelaskan, dia telah menghubungi Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud untuk mendapatkan penjelasan. Dia dimaklumkan bahawa peraturan itu secara khusus menyasarkan pengusaha makanan Islam dan pengusaha bukan Islam yang sudah pun memegang pensijilan halal.

“Saya menyatakan kekeliruan masyarakat bukan Islam mengenai peraturan baru itu kepada Asri, yang memberi jaminan kepada saya bahawa pengusaha makanan tidak halal di Kelantan tidak akan terjejas. Tujuan dasar baru ini adalah untuk menggalakkan semua pengusaha perniagaan Islam di negeri ini memohon secara sukarela bagi mendapatkan pensijilan halal, tanpa menguatkuasakannya secara universal,” katanya.

Menurut Lau, Kelantan mempunyai 453 perniagaan yang mempunyai pensijilan halal termasuk hotel, farmasi dan kedai gunting rambut. Daripada jumlah ini, 405 dikendalikan oleh orang Melayu, manakala 48 dikendalikan oleh bukan Islam. Laporan media semalam memetik Asri sebagai berkata perniagaan makanan dan minuman di seluruh negeri tidak lama lagi memerlukan pensijilan halal sebagai prasyarat untuk memperbaharui lesen perniagaan.

67505adf317642fdd730dc5a6c47c247.jpg


Asri dilaporkan menyatakan bahawa keperluan ini telah pun dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan akan diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan lain, dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berusaha untuk membantu perniagaan kecil mendapatkan pensijilan. Lau bagaimanapun menegaskan penjelasannya tidak boleh disalah anggap sebagai menyokong mana-mana parti atau dasar politik. Hasrat Gerakan, katanya, adalah semata-mata untuk mengelakkan maklumat salah dan mengelakkan salah faham. Dia menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi Gerakan untuk memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, dia menggesa semua pihak, khususnya pemimpin politik, mendapatkan penjelasan terus daripada penggubal dasar jika mereka mempunyai keraguan tentang peraturan baru. Doa mengkritik pihak yang mempolitikkan isu itu kerana menurutnya menimbulkan syak wasangka yang tidak perlu antara masyarakat.

“Sejak akhir-akhir ini, masyarakat berbilang budaya kita menghadapi cabaran yang semakin meningkat. Persekitaran yang sepatutnya menjadi keterangkuman dan saling mempercayai semakin rapuh. Gerakan berharap penggubal dasar akan menerima pakai wawasan yang lebih luas, dengan mengambil kira keperluan semua masyarakat dan bukannya mengutamakan kepentingan politik sempit,” tambahnya.

Lau menggalakkan sesiapa yang mempunyai kebimbangan mengenai dasar baru Kelantan untuk menghubungi kerajaan negeri atau Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan bukannya bergantung kepada khabar angin, yang boleh menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/730030
 
Sijil Halal Bukan Beban, Tegas EXCO Kelantan

28.12.2024 - Syarat mewajibkan pemilik dan pengusaha premis makanan dan minuman di Kelantan memiliki sijil halal untuk pembaharuan lesen perniagaan tidak akan membebankan, kata Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud. Beliau berkata, ini kerana mereka diberi tempoh mencukupi termasuk diadakan kursus dan taklimat mengenai perkara itu. Katanya, pelaksanaan syarat itu juga tidak dilakukan terburu-buru sebaliknya berperingkat yang mana setakat ini hanya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewajibkannya.

“Pengesahan halal sebenarnya bukan perkara membebankan, ia suatu pendidikan kepada rakyat untuk lebih menjaga kualiti makanan dan memberi keyakinan kepada pelanggan. Lagipun di Kelantan (sijil halal) hanya tertumpu di premis makanan dan minuman, tidak kepada yang lain lagi dan hanya bermula bawah kawasan MPKB-BRI,” katanya kepada FMT.

Pada 26 Dis lalu, Asri memaklumkan pemilik dan pengusaha premis makanan dan minuman di Kelantan diwajibkan memiliki sijil halal untuk pembaharuan lesen perniagaan. Katanya, setakat ini syarat itu diwajibkan oleh MPKB-BRI dan pelaksanaannya akan diperluas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain. Semalam, Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Syahbuddin Hashim, gesa kerajaan negeri memberi tempoh peralihan mencukupi kepada pemilik dan pengusaha premis supaya mereka boleh berbuat demikian.

Katanya, walaupun niat itu baik ia tidak seharusnya membebankan pemilik dan pengusaha premis. Sementara itu, Asri berkata Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) juga sudah mengadakan kursus dan taklimat kepada peniaga serta pemilik premis sebelum mereka memohon pengesahan halal tersebut. Katanya, peniaga termasuk dalam kalangan bukan Islam memohon perakuan itu atas keprihatinan sendiri. Asri yang juga Adun Demit berkata, syarat itu bukan menjadi kewajipan kepada peniaga bukan Islam di Kelantan namun mereka digalakkan berbuat demikian.

“Di Kelantan memang ada bukan Islam yang dapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) tetapi majoritinya ialah Muslim lebih 80%. (Sijil halal) tidak melibatkan kedai yang khusus makanan untuk bukan Islam atau makanan tertentu (tidak halal),” katanya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c.../sijil-halal-bukan-beban-tegas-exco-kelantan/
 
Presiden Gerakan Tampil Jelaskan Isu Pensijilan Halal Di Kelantan

27.12.2024 - Presiden Gerakan Dominic Lau menjelaskan bahawa peraturan mewajibkan pensijilan halal oleh kerajaan Kelantan hanya terpakai kepada perniagaan makanan yang dikendalikan oleh orang Islam, manakala perniagaan makanan tidak halal tidak terjejas. Lau menjelaskan, dia telah menghubungi Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Asri Mat Daud untuk mendapatkan penjelasan. Dia dimaklumkan bahawa peraturan itu secara khusus menyasarkan pengusaha makanan Islam dan pengusaha bukan Islam yang sudah pun memegang pensijilan halal.

“Saya menyatakan kekeliruan masyarakat bukan Islam mengenai peraturan baru itu kepada Asri, yang memberi jaminan kepada saya bahawa pengusaha makanan tidak halal di Kelantan tidak akan terjejas. Tujuan dasar baru ini adalah untuk menggalakkan semua pengusaha perniagaan Islam di negeri ini memohon secara sukarela bagi mendapatkan pensijilan halal, tanpa menguatkuasakannya secara universal,” katanya.

Menurut Lau, Kelantan mempunyai 453 perniagaan yang mempunyai pensijilan halal termasuk hotel, farmasi dan kedai gunting rambut. Daripada jumlah ini, 405 dikendalikan oleh orang Melayu, manakala 48 dikendalikan oleh bukan Islam. Laporan media semalam memetik Asri sebagai berkata perniagaan makanan dan minuman di seluruh negeri tidak lama lagi memerlukan pensijilan halal sebagai prasyarat untuk memperbaharui lesen perniagaan.

67505adf317642fdd730dc5a6c47c247.jpg


Asri dilaporkan menyatakan bahawa keperluan ini telah pun dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan akan diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan lain, dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berusaha untuk membantu perniagaan kecil mendapatkan pensijilan. Lau bagaimanapun menegaskan penjelasannya tidak boleh disalah anggap sebagai menyokong mana-mana parti atau dasar politik. Hasrat Gerakan, katanya, adalah semata-mata untuk mengelakkan maklumat salah dan mengelakkan salah faham. Dia menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi Gerakan untuk memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, dia menggesa semua pihak, khususnya pemimpin politik, mendapatkan penjelasan terus daripada penggubal dasar jika mereka mempunyai keraguan tentang peraturan baru. Doa mengkritik pihak yang mempolitikkan isu itu kerana menurutnya menimbulkan syak wasangka yang tidak perlu antara masyarakat.

“Sejak akhir-akhir ini, masyarakat berbilang budaya kita menghadapi cabaran yang semakin meningkat. Persekitaran yang sepatutnya menjadi keterangkuman dan saling mempercayai semakin rapuh. Gerakan berharap penggubal dasar akan menerima pakai wawasan yang lebih luas, dengan mengambil kira keperluan semua masyarakat dan bukannya mengutamakan kepentingan politik sempit,” tambahnya.

Lau menggalakkan sesiapa yang mempunyai kebimbangan mengenai dasar baru Kelantan untuk menghubungi kerajaan negeri atau Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan bukannya bergantung kepada khabar angin, yang boleh menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/730030
Presiden Gerakan Dominic Lau menjelaskan bahawa peraturan mewajibkan pensijilan halal oleh kerajaan Kelantan hanya terpakai kepada perniagaan makanan yang dikendalikan oleh orang Islam, manakala perniagaan makanan tidak halal tidak terjejas.



Dominic ni pening ke? Mmglah kedai x halal x tertakluk kpd peraturan ini. Yg x halal dpt permit mcm biasa lah.
 
Permohonan Sijil Pengesahan Halal Kini Di Buat Secara Digital Sepenuhnya

Semua permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kini hendaklah dilakukan secara digital melalui sistem MyeHALAL. Permohonan yang berjaya akan menerima sijil halal dalam bentuk digital (e-Cert) yang turut boleh dicetak sendiri jika diperlukan. Bagaimanapun, syarikat yang memerlukan sijil fizikal mestilah membuat permohonan rasmi dan membayar caj cetakan semula.

Jakim-Halal-950x534.jpg.webp


Langkah pendigitalan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan selari dengan usaha kerajaan dalam memodenkan perkhidmatan awam. Selain itu, pendekatan ini boleh bantu memudahkan proses pensijilan Halal sekaligus memberi manfaat kepada industri yang semakin berkembang.

Sebelum ini, permohonan sijil halal tidak sepenuhnya digital. Prosesnya melibatkan permohonan secara manual dan pemohon perlu mendapatkan sijil fizikal yang dicetak serta disahkan oleh pihak berkuasa seperti JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Sumber asal https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/05/09/halal-cert-applications-now-fully-digital
 
"Kita Jumpa Di Mahkamah. 'No Fear No Surrender'" - Dr Akmal Saleh

11.09.2024 - "Kita jumpa di mahkamah. 'No fear no surrender'," kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, pada hantaran di Facebooknya. Dr Akmal mengeluarkan kenyataan itu susulan surat tuntutan (LOD) dikeluarkan ke atasnya oleh Ahli Parlimen DAP Teresa Kok. Terdahulu, Kok mengeluarkan LOD kepada Dr Akmal menuntut ganti rugi RM25 juta. Dalam notis yang dihantar firma Sankara Nair and Partners yang mewakilinya, Kok mendakwa Dr Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

"Jika anak guam kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi," kata notis itu.

Notis itu merujuk kepada video dalam aplikasi TikTok melalui akaun Dr Akmal yang sudah mengeluarkan dan atau membuat kenyataan yang merujuk kepada anak guamnya secara langsung dan tidak langsung pada 7 September 2024. Dalam notis sama, firma itu berkata, Kok sudah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan lagi pendiriannya mengenai dasar mewajibkan Pensijilan Halal bagi restoran yang tidak menghidangkan daging babi dan atau alkohol pada 8 September 2024.
1726048412652.png

Terbaik, No Fear No Surrender. Allahu musta3an ya Akmal.
 
Back
Top
Log in Register