BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini iOS 18 Boleh Di Muat-Turun Pada 16 September

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Berita baik bagi mereka yang menantikan sistem operasi terkini iOS 18 kerana kemas kini boleh dimuat turun bermula 16 September serentak di seluruh dunia. iOS 18 akan membawakan ciri baharu seperti memperibadikan skrin peranti dengan lebih menyeluruh, Control Panel baharu, Photos dengan sokongan AI, sokongan Siri Interactions dan banyak lagi.

10-Perkara-iOS-18-F-950x534.jpg.webp


Yang tidak akan hadir ialah Apple Intelligence yang akan diberikan menerusi iOS 18.2 pada bulan Oktober depan. Kesemua ciri kecerdasan buatan (AI) seperti Genmoji, Image Playground, bantuan penulisan dan sokongan ChatGPT akan hanya boleh digunakan selepas kemas kini iOS 18.2. Sekiranya anda adalah pengguna perisian beta, iOS 18 RC yang merupakan versi akhir pula boleh dimuat turun hari ini. Di bawah ialah senarai 24 iPhone yang akan menerima iOS 18 bermula minggu depan;​
  1. Phone 15​
  2. iPhone 15 Plus​
  3. iPhone 15 Pro​
  4. iPhone 15 Pro Max​
  5. iPhone 14​
  6. iPhone 14 Plus​
  7. iPhone 14 Pro​
  8. iPhone 14 Pro Max​
  9. iPhone 13​
  10. iPhone 13 mini​
  11. iPhone 13 Pro​
  12. iPhone 13 Pro Max​
  13. iPhone 12​
  14. iPhone 12 mini​
  15. iPhone 12 Pro​
  16. iPhone 12 Pro Max​
  17. iPhone 11​
  18. iPhone 11 Pro​
  19. iPhone 11 Pro Max​
  20. iPhone XS​
  21. iPhone XS Max​
  22. iPhone XR​
  23. iPhone SE(Gen 2)​
  24. iPhone SE(Gen 3)​
 
iOS 18 Akan Membolehkan Pengguna iPhone Menjeda (PAUSE) Video Ketika Sedang Rakam

Apple melalui iOS18 kelak dilihat akan membawakan salah satu fungsi yang sangat berguna, iaitu kebolehan untuk menjeda (pause) sesuatu rakaman video melalui aplikasi Camera pada iPhone. Sebelum ini, pengguna tidak boleh melakukan perkara berkenaan, dan hanya boleh melakukan merakam video dan menghentikannya sahaja. Dengan langkah pengenalan menjeda video ini, ia dijangka akan membawa sejumlah kaedah kreatif dalam merakam video dalam kalangan pengguna. Apple pada hari ini menguji ciri ini melalui iOS 18 RC, dan dijangka diperkenalkan kepada semua melalui kemaskini iOS 18 akan datang pada 16 September 2024.​
 
Kemaskini iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, & tvOS 18 Kini Boleh Di Muat Turun

Selamat hari kemas kini diucapkan kepada pengguna ekosistem Apple pagi ini. Anda kini boleh mengemaskini peranti ke iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, dan tvOS 18 yang merupakan versi terkini sistem operasi pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Vision Pro dan Apple TV.

iOS-18-AI-Rasmi-01-950x530.webp


Menerusi kemas kini ini pengguna akan dapat menikmati ciri seperti memperibadikan antaramuka yang lebih menyeluruh, sokongan paparan iPhone dalam komputer Mac, pilihan ciri lebih menarik dalam Apple TV dan skrin maya lebih besar pada Vision Pro.

MacOS-Sequoia-950x530.jpeg.webp


Satu ciri yang masih belum ditawarkan ialah Apple Intelligence yang merupakan sistem kecerdasan buatan (AI) Apple. Ini hanya akan diberikan pada kemas kini yang seterusnya. Apple Intelligence akan mengaktifkan Siri yang lebih bijak dengan sokongan ChatGPT dan kemampuan untuk membantu pengguna menulis. Sila pergi ke tetapan peranti untuk melakukan kemas kini secara OTA pagi ini.​
 
Kemaskini iPadOS 18 Untuk iPad Pro M4 Di Tangguh Kerana Merosakkan Tablet

Semalam kemas kini untuk iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, dan tvOS 18 mula diberikan kepada peranti yang layak menerimanya. Malang sekali kepada pemilik iPad Pro dengan cip M4 kerana kemas kini ke iPadOS 18 menyebabkan tablet tidak lagi boleh digunakan.

Apple-iPad-Pro-2024-All-950x535.jpg.webp


Di forum Apple dan laman media sosial, pemilik iPad Pro M4 merungut proses kemas kini akan tergendala sehingga menyebabkan tablet tidak boleh dihidupkan lagi. Apple menyedari akan isu ini dan menangguh kemas kini iPadOS 18 untuk siri iPad Pro M4 secara serta merta. Sekiranya anda adalah antara pemilik iPad Pro M4 yang mengalami masalah ini, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat bantu pelanggan terus dengan Apple untuk menyelesaikannya.​
 
iOS 18 Menjadikan Sistem Sekuriti IPhone Semakin Sukar Di Tembusi Pihak Berkuasa

Sistem sekuriti iPhone mendapat perhatian dunia selepas serangan pengganas di San Bernadino pada tahun 2016. Apple enggan memberikan bantuan kepada FBI untuk menyahkunci iPhone 5C milik suspek kerana risau ia akan melanggar hak privasi pengguna. Tetapi sistem iOS akhirnya berjaya juga dipintas oleh firma Cellebrite yang berasal dari Israel. Tetapi menurut laporan 404 Media, proses menembusi sistem sekuriti iPhone kini kembali sukar sekiranya ia menggunakan iOS 18.

Apple-iOS-18-950x535.jpg.webp


Sebuah nota yang disebarkan di kalangan pihak berkuasa Amerika Syarikat memberikan amaran supaya peranti dengan iOS 18 yang ingin disiasat perlu dipisahkan daripada peranti lain dengan sistem operasi yang sama. Pihak berkuasa mempunyai hipotesis apabila mengesan peranti iOS 18 berdekatan yang tidak bersambung kepada rangkaian selular, ia akan memberikan arahan untuk ia melakukan proses dihidupkan semula (reboot).

Cellebrite-UFED-Prremium-950x534.jpg.webp


Apabila ini berlaku, iPhone akan memasuki mod Before First Unlock (BFU) yang memerlukan pemilik memasukkan kata laluan atau menggunakan Face ID sebelum ia memasuki mod After First Unlock (AFU). Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat sebagai bahan bukti oleh pihak polis misalnya.

Arahan untuk melakukan reboot ini akan diberikan sekali setiap 24 jam oleh peranti iOS 18 berdekatan. Ia tidak mendatangkan kesan pada iPhone yang menggunakan sistem operasi terdahulu. Dalam laporan yang sama, peranti yang diletakkan di dalam kandang Faraday juga tidak kebal daripada sistem yang baharu ini. Apple secara rasmi tidak pernah mengumumkan kewujudan sistem keselamatan ini dan masih belum mengeluarkan komen mengenainya pada ketika ini.​
 
Back
Top
Log in Register