BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Apple Sahkan iOS 26 Tiba 16 September Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,565
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,565
Reaction score
7,740
Points
916
Dengan pengumuman rasmi iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max, Apple turut mengesahkan tarikh pelancaran iOS 26 untuk semua pengguna. Untuk rekod, iOS 26 pertama kali diperkenalkan semasa acara WWDC pada Jun lalu. Sejak itu, sistem operasi ini telah menjalani beberapa siri ujian beta, sebelum bersedia untuk pengedaran versi stabil. Kini, Apple mengesahkan versi stabil iOS 26 akan dilancarkan pada Selasa, 16 September 2025. Antara ciri baharu iOS 26 termasuk antara muka Liquid Glass, serta penambahbaikan ciri Apple intelligence, Apple Music, Phone dan banyak lagi. iOS 26 akan tersedia untuk semua pengguna yang mempunyai model iPhone 11 dan terbaharu.
1757511445826.png
 
Pengguna Dakwa iOS 26 'Kuat Makan Bateri'

Apple telah pun mula melepaskan versi naik taraf iOS bagi iPhone menerusi iOS 26. iOS 26 memperkenalkan beberapa ciri baharu seperti Liquid Glass, antaramuka lutsinar yang memantulkan dan membiaskan elemen sekeliling bagi memberikan kesan visual yang lebih hidup, Genmoji & Image Playground - gabung emoji, Genmoji dan teks untuk ekspresi unik dan banyak lagi. Namun, tidak lama selepas ditawarkan, pengguna mula melaporkan tentang isu hayat bateri yang pendek selepas iPhone mereka dinaik taraf kepada iOS 26.

Sebenarnya, isu bateri iPhone cepat habis selepas menerima iOS baharu bukanlah isu baru. Isu ini hanya kerap dibangkitkan pengguna iPhone selepas mereka menaik taraf kepada versi iOS baharu seperti yang berlaku pada versi-versi iOS terdahulu, iOS 16 dan iOS 14. Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, apabila iOS baharu dipasang pada iPhone, banyak proses latar belakang berlaku seperti pengindeksan dan penentukuran semula bateri yang boleh mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari.

Proses ini menggunakan kuasa dan boleh memberi gambaran seolah-olah bateri cepat habis walaupun tidak. Selain itu, kemas kini aplikasi secara besar-besaran serta ciri baharu turut meningkatkan penggunaan kuasa, terutama pada iPhone yang lebih lama. Jadi, jika anda pengguna iPhone yang baru memasang iOS 26 dan berdepan isu sama, isu ini adalah normal dan ia akan beransur pulih seperti biasa.
 
Back
Top
Log in Register