BTC USD 63,621.8 Gold USD 2,328.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Kemaskini Baru Google Maps Lebih Memudahkan Pengguna

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
Dengan keupayaan AI, Google Maps kini menawarkan beberapa kemas kini yang membolehkan pengguna merancang dan menavigasi perjalanan dengan lebih yakin. Antara kemaskini yang dibawakan adalah seperti penggambaran lebih mendalam, pengesyoran yang lebih khusus untuk aktiviti berdekatan serta lokasi pengecasan EV.

Fungsi Immersive View & Lens in Maps

Menerusi fungsi Immersive View, pengguna akan mendapat penggambaran lebih baik untuk ciri navigasinya. Kini fungsi ini telah dikembangkan kepada lebih banyak bandar seperti Amsterdam, Barcelona,Dublin, Florence, Las Vegas, London, Los Angeles, Miami, New York, Paris, San Francisco, San Jose, Seattle, Venice dan Tokyo pada peranti Android dan iOS.
231027-Google-Maps-Kemaskini-1.jpg

Tak tahu macam mana nak gunakan fungsi ini?

Katakanlah anda ingin berbasikal ke Palace of Fine Arts in San Francisco, anda hanya perlu dapatkan arah berbasikal dan kemudian klik Immersive View untuk melihat gambaran laluan anda dalam pelbagai dimensi yang menarik seperti simulasi trafik dan keadaan cuaca. Manakala dalam fungsi Lens in Maps pula, Google mengembangkan petanya ke 50 bandar lagi termasuk Austin, Las Vegas, Rome, São Paulo dan Taipei. Dikenali sebagai ‘Search with Live View’ sebelum ini, ia membolehkan pengguna menggunakan kamera telefon untuk mengimbas bangunan berdekatan. Seterusnya kamera akan menghurai nama kedai, ulasan dan maklumat lain berkenaan imej yang dilihatnya.
231027-Google-Maps-Kemaskini-2.jpg

Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu klik ikon Lens pada bar carian dan gerakkan telefon untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti ATM, stesen transit, restoran serta kedai berdekatan.

Tiada lagi kerisauan untuk pengecasan

Mulai minggu ini, pemandu EV secara globalnya, sama ada menggunakan peranti Android, iOS mahupun kenderaan dengan Google terbina, akan dapat melihat lebih banyak maklumat berkaitan stesen pengecasan.
231027-Google-Maps-Kemaskini-3.jpg

Ini kerana Google Maps kini membolehkan pemandu EV mengetahui keserasian pengecas dengan kenderaan bagi membantu mencari stesen pengecasan yang mengikut kesesuaian. Pemandu juga akan dapat melihat maklumat bila kali terakhir pengecas digunakan bagi mengurangkan kebarangkalian memandu ke stesen pengecas yang tidak berfungsi. Untuk pembaharuan akan datang pula, Google Maps dikatakan akan memperkenalkan peta navigasi dengan gambar lebih tepat. Selain penggunaan warna yang dikemas kini, bangunan juga akan menjadi lebih realistik.

Pun begitu, pembaharuan ini hanya dapat dirasai oleh pengguna di 12 negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jerman. Untuk pengguna di Malaysia, mungkin kena tunggu lebih lama sikit la ya untuk merasai semua kemas kini daripada Google Maps.

Sumber asal Google
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register