BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemana Abdullah Hj Ahmad

Wajarkah Pak Lah diangkat menjadi PM Malaysia??


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
panjang bejela kalau cerpen mau aku baca ni umph umph umph macam dikata
 
Kemana Abdullah Hj Ahmad
Dalam sejarah politik Malaysia hanya Tun Hussein Onn, Perdana Menteri yang ketiga yang meninggal dunia pada 29hb Mei 1990 pernah mengatakan bahawa saya tidak penting yang penting ialah parti dan negara maka dia mengambil keputusan yang konsisten tidak mahu bertanding menjadi Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu dan seterusnya meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, walau pun dipujuk dan dirayu. Al-Fatihah untuknya yang pada 12hb Februari ini akan berusia 86 tahun jika beliau masih hidup.

Dia berbeza dengan cara Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengumumkan peletakan jawatan pada tahun 2002 tetapi boleh dipujuk untuk menyambung tugas sehingga tahun 2003 dan kemudian dalam kenyataannya semasa hendak berhenti menerangkan pula apa sebab dia tidak berhenti pada PRU 1999, persoalan yang berminat politik ialah tarikh mana yang Tun Dr Mahathir Mohamed pakai untuk tidak berhenti Perdana Menteri kerana menyudahkan kerja untuk beberapa soal kepentingan negara, adakah pada tarikh tahun 2002 semasa diumumkan di Perhimpunan Agung UMNO atau waktu kecederaan yang dibagi kepadanya hampir satu tahun itu?

Tetapi berlainan dengan "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad dia tidak pernah berkata saya siap untuk tidak popular seperti mana pernah ditegaskan oleh Presiden Indonesia - Susilo Bambang Yudhiyono atau singkatan SBY dalam membuat beberapa keputusan termasuk kenaikan harga barang dan bahan api kerana berpendapat bahawa untuk kepentingan yang lebih besar, demi keadilan, dirinya harus meletakan populariti peribadi di urutan belakang.

Tindakan Abdullah Hj Ahmad membuat mereka yang sedar akan kembali kepada ingatan tentang sebuah filem karya Steven Spielberg bersama David H. Franzoni dan Douglas Wick. Yang bertajuk The Gladiator! Tokoh utama, General Maximus (yang diperankan oleh Russell Crowe) pada cerita tersebut sering disebut-sebut sebagai tokoh yang mampu memenangkan populariti. Dan antara satu daripada dialognya ialah Rebut hati rakyat, maka kau jadi raja seribu tahun.

Abdullah Hj Ahmad yang juga Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari dalam Kerajaan seperti "The Invisible Government" yang disertai oleh tiga beranak, agaknya hendak dipanggil pahlawan bagi menjadikan dia yang terbaik dari empat pendahulunya, tentu tidaklah mudah.

Menjadi pahlawan yang dicintai rakyat tentu jauh lebih sulit lagi. Populariti bagaikan musafir. Hari ini dia datang, besok dia mungkin akan pergi. Populariti juga bagaikan pedang Azazil. Hari ini dia membela nyawa kita di peperangan, besok mungkin dia datang mendahului Izrail. Populariti kepada Abdullah Hj Ahmad mungkin seperti wang atau harta yang dia cari, satu yang berlawanan dengan sajak "mencari damai abadi" dia harus diperjuangkan setiap hari dan dicari setiap hari. Sebab populariti di hari ini sudah berbeza dengan hari kelmarin dan hari esok.

Dibawah pentadbiran The Invisible Government Kerajaan tiga beranak dalam berbagai kenaikan harga barang keperluan makanan sampailah kepada bahan bakar, rakyat seperti tidak hendak mengambil tahu bahawa setiap sesuatu itu adalah untuk memberikan keuntungan kepada kroninya. Contohnya kenaikan harga minyak dengan alasan membantu meningkatkan pengangkutan awam dari berapa jumlah ratusan juta yang terkumpul dari penghapusan subsidi kertas itu, berapa banyak syarikat Scommi milik anaknya berkepentingan mendapat nikmat dari subsidi itu, dari membekal gerabak KTM, membekal Bas Rapid buatan China untuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sehinggalah Abdullah Hj Ahmad bersetuju projek monorel di Putrajaya ditangguhkan sementara Scommi sudah bersedia membekal gerabak monorel dan melaksanakan projek monorel di Pulau Pinang.

Namun demikian, rakyat seperti masih tidak mengerti dan menerima sikap Abdullah Hj Ahmad kecuali sebahagian besar orang yang cerdik dan faham tidak seperti ahli-ahli UMNO terhadap fenomena turunnya populariti UMNO kerana sikap Abdullah Hj Ahmad dalam berbagai hal yang tersiar dalam media alternatif terutamanya dalam Internet khasnya dalam isu rasuah yang didalanginya sendiri.

Setelah isu jam yang dipakai oleh bininya yang cantik jelita itu berjumlah hampir dengan nilai empat buah rumah murah yang setiap satu dikira berharga RM 45ribu, khabarnya pemberian Patrick Badawi. Sudah tersebar akan kisah bini cantiknya diberikan beg tangan bertatah emas pertama berharga tidak RM 600ribu oleh seorang adik Ketua Menteri.

Jelas, bagi seorang pemimpin politik Abdullah Hj Ahmad bukan sahaja tidak memerlukan diutamakan reputasi dan kredibiliti. Baginya, kedua hal tersebut bukan menjadi senjata efektif dalam menghadapi situasi apa pun. Jika dia mampu memainkan permainan tanpa harus banyak kehilangan reputasi dan kredibilitinya, istilah yang tepat disebut punya integriti. Tentu kemungkinan apa pun akan diambil kira setiap patah percakapan pasal integriti oleh "Saya Perdana Menteri" rakyat sewajarnya menimbangkan kalau tidak mahu berfikir supaya melawan kemungkaran ini walau jalan apa pun akan ditempuh, target sebesar lubang semut pun akan diburu walau apa pun risikonya. Termasuk UMNO terpaksa kalah.

Maka bila mana Abdullah Ahmad bercakap soal rasuah, dia sudah jadi momokan kerana dia seorang yang untouchable maka dia bercakap soal rasuah untuk orang lain khasnya Menteri-menterinya dan pegawai kerajaan.

Tetapi bagaimana dengan rasuahnya membenarkan beberapa syarikat yang berkepentingan menderma beberapa jutaan wang kepada Yayasan Budi Penyayang milik keluarganya. Bagaimana dengan membenarkan dirinya terlibat dengan persembahan muzik untuk isteri tersayang dengan dibiayai oleh syarikat besar yang berkepentingan seperti Berjaya dan YTL.

Belum termasuk soal moralnya, bagaimana anaknya seperti mana yang tersiar dalam akbar perdana dan Internet bila mendukung cucunya yang sebahagian dada anaknya yang sudah berlaki itu terdedah. Mungkin itu satu ajaran Islam Hadhari, di mana anak yang dah berlaki tak perlu menjaga kesopanan diri. Kini bapak pula bercium dengan bini di depan orang ramai. Gila tak gila Islam Hadhari sekarang. Dan jika UMNO dan Barisan Nasional masih diundi di bawah pentadbiran Abdullah Hj Ahmad maka berlakulah sama ada rakyat yang gila, Abdullah Hj Ahmad tidak gila atau rakyat siuman tetapi Perdana Menterinya gila maka siapa yang GILA? Kalau nak tahu tanya penulis politik Syed Hussein Al Attas.

Sang Kelembai: Sesiapa yang menuntun siaran langsung upacara Isteri Abdullah Hj Ahmad di majlis OKU di Pulau Pinang . Boleh mengukur itu kah Perdana Menteri Malaysia yang macam orang yang tak betul. Orang Melayu kena banyak beristighfar sebelum memangkah calon UMNO kerana sekarang yang bertanding bukan PARTI tapi ORANG seperti kata Mohd Khir Toyo, Menteri Besar yang mendandan wajahnya menjadi maco dan "hensem" itu.

Nice info. :D
 
semalam korang tak tgk berita TV3 ker c abdullah badawi terlepas cakap? smlm badawi nie cakap beliau bubarkan awal kerana takut anuar masuk bertanding.. adakah patut dia ckp mcm tu.. wat malu jer PM malaysia nie.. penakut rupanya
 
semalam korang tak tgk berita TV3 ker c abdullah badawi terlepas cakap? smlm badawi nie cakap beliau bubarkan awal kerana takut anuar masuk bertanding.. adakah patut dia ckp mcm tu.. wat malu jer PM malaysia nie.. penakut rupanya

:)) :)) :))
 
semalam korang tak tgk berita TV3 ker c abdullah badawi terlepas cakap? smlm badawi nie cakap beliau bubarkan awal kerana takut anuar masuk bertanding.. adakah patut dia ckp mcm tu.. wat malu jer PM malaysia nie.. penakut rupanya

so..kesimpulannyer..sesiapa nak maintain kan memiliki PM yang penakut..penidur mcm Pak Lah..pangkah la BN..tapi kalau nakkan pembaharuan..kena tukar undi kepada yang lebih credible dan ada integrity..
 
Apa yang ada pada orang melayu di Malaysia ni..?
Wang..? Ekonomi..?? Semuanya sudah dikuasai oleh kaum lain...yang tinggal pada kita hanyalah kuasa....marilah kita sama-sama kekalkan apa yang satu-satunya sahaja yang masih orang melayu miliki iaitu kuasa politik....kekalkan pemerintahan orang melayu..hanya orang melayu yg dapat memperjuangkan nasib bangsa kita di bumi Malaysia

Betul tu, Kelantan dah bawah pemerintahan Melayu, so tak payah lah susah2 nak rampas. Sekarang kita rampas Pulau Pinang la pulak yang dari dulu lagi dibawah pemerintahan bukan melayu walaupun kerusi UM-No lebih banyak.:-? :D
 
Apa yang ada pada orang melayu di Malaysia ni..?
Wang..? Ekonomi..?? Semuanya sudah dikuasai oleh kaum lain...yang tinggal pada kita hanyalah kuasa....marilah kita sama-sama kekalkan apa yang satu-satunya sahaja yang masih orang melayu miliki iaitu kuasa politik....kekalkan pemerintahan orang melayu..hanya orang melayu yg dapat memperjuangkan nasib bangsa kita di bumi Malaysia

Perjuangkan lah islam sebagai keutamaan.. dan bangsa melayu di bawahnya... jgn letakkan perjuangan islam di bawah perjuangan melayu... utamakan Islam dulu... kerana Hanya agama Allah Sahaja yg menjamin kesejahteraan Dunia dan Akhirat...

cuba fahamkan... perbezaan yg saya nyatakan...
 
Perjuangkan lah islam sebagai keutamaan.. dan bangsa melayu di bawahnya... jgn letakkan perjuangan islam di bawah perjuangan melayu... utamakan Islam dulu... kerana Hanya agama Allah Sahaja yg menjamin kesejahteraan Dunia dan Akhirat...

cuba fahamkan... perbezaan yg saya nyatakan...

Aku setuju, kena pentingkan perjuangan agama dulu...tapi dalam konteks malaysia kita hari nie, kena perjuangkan bangsa dulu Bro sebab parti yang kununnya memperjuangkan islam hanya meletak 60 kerusi sahaja dan juga berkawan baik dgn parti yang membantah keras penubuhan Islam...Ada unsur-unsur was-was dalam diri ini untuk memilih parti itu menjelang PRU-12 :p
 
Apa yang ada pada orang melayu di Malaysia ni..?
Wang..? Ekonomi..?? Semuanya sudah dikuasai oleh kaum lain...yang tinggal pada kita hanyalah kuasa....marilah kita sama-sama kekalkan apa yang satu-satunya sahaja yang masih orang melayu miliki iaitu kuasa politik....kekalkan pemerintahan orang melayu..hanya orang melayu yg dapat memperjuangkan nasib bangsa kita di bumi Malaysia

buat ape nk kekalkan kerajaan Melayu yg gagal membela bangsanye sendiri? come on la, buang pemikiran politik gaya ni. Ketua Melayu tak semestinya bole majukan Melayu.
50tahun dah bg peluang, satu demi satu tanah melayu kat KL disapu, ini kegagalan sape? mana pembelanya? jangan lupa Kampung Berembang.mana pemuda UMNO? takkan tunjuk muka masa PRU je?

Berani berubah, ini matlamat Demokrasi sebenar.
 
Back
Top
Log in Register