BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan: Polis trafik dilapor stabil

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KOTA BHARU - Pegawai polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanannya akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu semalam kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang melawat pegawai tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini berkata beliau difahamkan pihak hospital terpaksa memotong kaki kanannya sehingga bawah lutut akibat kemalangan itu.

"Beliau baru sahaja menjalani pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bermula pukul 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di HUSM hari ini.

Mohd Mahdi turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada isteri Farid Hasni, Nor Azwani Seme, 30.

Kerajaan negeri Terengganu juga akan mempertimbangkan sumbangan yang akan diberikan kepada keluarga mangsa, katanya.

"Kami tidak akan mensia-siakan pengorbanan Inspektor Farid Hasni dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan," katanya.

Farid Hasni yang sedang bertugas sempena kempen pilihan raya kecil Kuala Besut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.

Beliau dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah berkenaan.- Bernama
 
:D alhamdulillah, keadaan beliau dah stabil .... mungkin banyak gak hilang darah tu.
 
Kesian..lps ni keje dlm pejabat je la..:(
 
ksian.. bertugas di kaunter bayaran saman or ambil report laa.. kje x byk bergerak..
 
budak tu mesti kena kaw-kaw nanti

cian polis tu, lepas ni dapat tukar keje yang ringan cikit ok la
 
nak raya plak tu..sah2 raya dlm wad je
 
budak tu mesti kena kaw-kaw nanti

cian polis tu, lepas ni dapat tukar keje yang ringan cikit ok la

ak harap sgt bdk tu kne blasan'y..laa nie la masa'y, ajar cukp2..errr pnjara 10 tahun ~
 
Back
Top
Log in Register