neraka jahanam
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi
s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda:
'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia
hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat
membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikansatu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan bisanya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan
terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi dan minumannya air panas campur
nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya:
'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak
perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda.'
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.:
'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang- orang
munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.
sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat
bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala
nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail,
sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu.'
Kemudian nabi ! s.a.w. menangis, Jibrail juga
menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik
matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan
kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan- keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam
Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian
makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:'
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT
DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bah! awasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana
kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di
hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.'
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan
mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak
dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah
debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu
itu ialah debu KEIMANAN' mereka.! Oleh itu tinggallah debu itu sehingga
mereka melalui titian' Siratul Mustaqim
dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati :-
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita ! yang matikelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam
Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin
Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila
datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi
wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa )
dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang
digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum
baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat
Ridhwan bers ama dulang yang penuh dengan buahan
dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia
memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'