eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEREMBAN: Sepasang suami isteri dikesan bersubahat melakukan maksiat apabila membenarkan anak lelaki membawa teman wanitanya tinggal bersekedudukan di rumah mereka di Kampung Durian Daun, Bondoi Tampin, dekat sini, sejak 10 bulan lalu, walaupun menyedari pasangan itu tidak mempunyai ikatan sah.

Berikutan itu, pasangan suami isteri berusia 50-an yang berkongsi dosa dengan anak lelaki berusia 20-an dan teman wanitanya berusia 38 tahun, ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), dalam serbuan di rumah mereka, tengah malam kelmarin.
Sumber memberitahu Harian Metro, ketika serbuan jam 12.30 tengah malam itu oleh sepasukan lapan pegawai dan anggota JHEAINS bersama beberapa anggota polis, pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka bersama teman wanitanya berada dalam rumah itu.
“Pasangan suami isteri itu dalam satu bilik, manakala anak lelaki mereka dan teman wanitanya dalam satu bilik lain di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berkenaan.
“Siasatan mendapati mereka orang tempatan, kecuali kekasih anak lelaki pasangan itu dari Pahang.
“Wanita terbabit bekerja di sebuah kilang di sekitar Tampin manakala teman lelakinya tidak bekerja,” katanya di sini, semalam.
Sumber itu berkata, pasangan suami isteri itu pernah diberi amaran pada Ogos lalu supaya tidak bersubahat membenarkan anak bersama teman wanita tinggal serumah dengan mereka.
“Bagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan pasangan suami isteri terbabit, sebaliknya mereka membiarkan anak mereka tinggal bersama teman wanitanya seperti pasangan suami isteri walaupun tidak mempunyai sebarang hubungan sah dari segi syarak.
“Ketika operasi pertama dulu, pasangan suami isteri itu memberi jaminan memberi kerjasama dan akan bertindak terhadap anak mereka, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab itu sebaliknya membiarkan pasangan terbabit melakukan perbuatan yang salah dari segi syarak,” katanya.
Sumber itu berkata, pihaknya kesal tindakan pasangan suami isteri itu sanggup bersubahat dengan anak mereka dalam perkara bertentangan Islam dan tidak membimbingnya mengenai perbuatan tidak sihat itu yang difahamkan berlarutan sejak awal tahun lalu.
Katanya, selepas serbuan awal pagi semalam, keempat-empat individu terbabit ditahan di lokap polis daerah Tampin sebelum dibebaskan dengan jaminan.
“Mereka turut diberikan kaunseling pegawai agama Islam daerah pagi ini (semalam) untuk menyedarkan mengenai kesalahan dilakukan.
“Kami akan menjalankan siasatan lanjut terhadap lelaki dan wanita yang bersekedudukan itu mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sementara itu, penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz ketika dihubungi, menyifatkan keluarga terbabit sebagai keluarga 69 dan terpesong daripada ajaran Islam Beliau berkata, ibu bapa sepatutnya melarang anak melakukan perbuatan tidak bermoral dan bertentangan agama bukannya bersubahat.
“Keluarga ini dalam kemurkaan Allah dan institusi keluarga terbabit tunggang terbalik...sebab itu saya cakap keluarga 69.
“Jika sayangkan anak, ini bukan caranya, sebaliknya satukan mereka dalam ikatan sah,” katanya.
Menurut Hassan, bukan saja pasangan yang melakukan zina itu perlu dihukum, sebaliknya pasangan suami isteri yang bersubahat dengan anak mereka juga perlu menerima balasan setimpal.
“Malah, masyarakat sekeliling perlu mengambil inisiatif dengan melaporkan kejadian sebegini kepada pihak berkuasa dan bukannya berdiam diri.
“Bukan campur tangan bermakna kita penyibuk, sebaliknya ini perkara yang mengaibkan dan perlu ditentang,” katanya.