BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluar modal RM50 minta sedekah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KOTA TINGGI - Dua warga emas OKU sanggup mengeluarkan modal RM50 menyewa kereta ke bandar Kota Tinggi, hanya untuk meminta sedekah di Pasar Malam Taman Kota Jaya.

Mereka yang mengalami masalah penglihatan itu, antara yang dikesan dalam operasi bersepadu pengemis dan kutu rayau yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini bersama enam agensi lain di Pasar Malam Taman Kota Jaya, petang kelmarin.

Warga emas berkenaan yang turut menerima bantuan bulanan daripada JKM menjalankan aktiviti mengutip derma sambil bermain alat muzik.

Bagaimanapun, mereka tidak ditahan sebaliknya diberi nasihat awal oleh pegawai penguat kuasa agar tidak mengulangi perbuatan serupa.

Pegawai JKM Daerah Kota Tinggi, Mohd Hashir Mohd Kamel berkata, pihaknya sudah menyemak maklumat dan mendapatkan kad OKU serta mengambil maklumat berkaitan kedua-dua warga emas tersebut.

“Kami juga nasihatkan mereka supaya berada di tempat tinggal masing-masing dan tidak melakukan aktiviti kutipan derma seperti itu lagi yang sepatutnya perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan.

“Tambahan pula, kos yang mereka keluarkan untuk ke bandar Kota Tinggi lebih besar berbanding kutipan derma yang diperoleh,” katanya kepada Sinar Harian, selepas operasi tersebut.

Menurutnya, mereka turut mengesan ada peminta derma untuk tabung pembinaan masjid, dalam operasi sama.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mereka berasal dari Johor Bahru dan mempunyai surat kebenaran daripada pihak berkenaan namun individu pengutip derma tersebut meragukan.

Mohd Hashir berkata, peminta derma itu diarahkan beredar dan tidak menjalankan kutipan derma di kawasan tersebut serta diserahkan kepada pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) untuk siasatan lanjut.

“Tujuan operasi ini dijalankan adalah lebih kepada hendak membanteras seiring dengan objektif kami untuk mengurang dan sifarkan kategori pengemis. Operasi ini juga bukan untuk tahan golongan terbabit dan menyekat mereka mencari makan, tetapi lebih kepada hendak membantu mereka.

“Kami mahu kelangsungan hidup mereka lebih baik seperti menempatkan golongan berkenaan di pusat yang disediakan pihak JKM. Di sana, pelbagai aktiviti disediakan termasuk program untuk jana pendapatan mereka,” katanya.

Terdahulu, operasi dari jam 4.30 petang hingga 7 malam itu, melibatkan anggota dari Balai Polis Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mainj dan anggota Rela.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/keluar-modal-rm50-minta-sedekah-1.455481
 
adeii org buta pun ko ganggu jugak, byk sgt ke duit bantuan dari JKM tu sampai dorang boleh duduk rumah....buta ngan celik sama je kos sara hidupnya....
 
Yg tukang antar pn ambik ksempatan kt sibuta ni,. Dia bkan mintak sedekah saje2, tgok jual tisu dgn main muzik lg,.
 
biarlah ajelah sekuarang kurangnya adalah pendapatan dia orang kalau dah tak de kerja tangkap ajelah warga asing yang berlambak minta sedekah tu.
 
Main alat muzik tu kira minta sedekah jugak ke? Bukan ke tuu bayaran untuk perkhidmatan diorang.. yang puas ati dengar lagu akan bagi sedikit bayaran.. betulkan kalau aku silap..
 
tu dia bukan minta sedekah kosong mcm tu je, dia main alat muzik kot...
 
ok la tu.. kire kerja dia nyanyi hiburkan org sekitar.. nk kate main pajak je situ xjugak.. sbb dia bayar tapak..
 
dengan rakyat sendiri berani la... nun... kat kl berlambak warga asing minta sedekah... clearkan yang sana dulu.. baru sembang pasal warga negara sendiri. Demm.
 
Back
Top
Log in Register