BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keliling kampung guna tong

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Joy Barrel Train membawa pengunjung mengelilingi kawasan kampung.
TIADA di tempat lain, malah keunikan yang terdapat di sini turut diiktiraf sebagai satu bentuk inovasi negara menjadikan chalet pertama yang diwujudkan di Pulau Chekas, Kampung Peruas, Raub, ini tersergam dengan keunikannya yang tersendiri.

Jika teringin untuk menikmati pemandangan kampung sambil menaiki Joy Barrel Train bersama keluarga, pasti MS Chemerkau Chekas Chalet adalah pilihan yang terbaik.

Menurut pemiliknya, Munirah Mustafa, 28, Joy Barrel Train merupakan mini kereta api yang dibina daripada tong minyak terbuang dan disambung dengan sebuah traktor.

“Ia adalah cetusan idea arwah ayah saya. Arwah ayah saya sememangnya seorang yang sukakan kereta api. Arwah pernah berangan membina landasan kereta api di sekitar chalet kami ini.

“Akhirnya dia berjaya hasilkan kereta api mini ini yang kami namakan sebagai Joy Barrel Train. Malah inovasi ini juga turut mendapat pengiktirafan negara kerana keunikannya yang tidak terdapat di chalet mahupun lokasi peranginan lain,” katanya.

Menurutnya, Joy Barrel Train yang terdiri dari lima tong besar itu boleh memuatkan kira-kira 10 penumpang dalam satu sama.

“Dengan bayaran RM5 seorang, pemandu kami akan memandu traktor yang dipasang bersama tong terbabit mengelilingi kawasan Kampung Peruas ini.

“Ia merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan terutama bagi mereka yang mahu menikmati suasana kampung,” katanya.


Chalet pertama dibuka

Bercerita lanjut tentang chaletnya, Munirah memberitahu, MS Chemerkau Chekas Chalet merupakan chalet pertama pernah dibuka di Kampung Peruas.

“Arwah ayah beli sebidang tanah di Kampung Peruas dan kami sekeluarga berpindah ke sini. Ibu saya juga pernah bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan daripada pengalaman yang ada, arwah ayah bercadang membuka sebuah chalet.

“Chalet ini merupakan chalet pertama yang dibuka dan selepas menerima banyak sambutan, maka ramai penduduk di sini turut membuat chalet dan ada juga yang membuka rumah tumpangan,” katanya.

Di awal perniagaan menurutnya, dia mengikut arwah ayahnya membuat promosi dari sebuah agensi ke sebuah agensi yang terdapat di daerah ini.

“Berbekalkan risalah yang kami cetak sendiri, saya ikut ayah turun naik pejabat dan bangunan yang ada di daerah ini untuk promosikan chalet kami.

“Kami sasarkan jabatan-jabatan dan syarikat sebab chalet kami sesuai tidak hanya untuk diadakan hari keluarga, malah juga program jati diri,” katanya.


Tawar pelbagai pakej

Munirah berkata, berkat usaha terbabit, mereka kini sudah mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri yang akan menggunakan khidmat chalet mereka untuk program jati diri.

“Chalet kami yang hanya bermula dengan dua unit bangunan sahaja kini sudah memiliki pelbagai jenis penginapan sama ada empat unit asrama, satu unit mini asrama, 12 unit bilik biasa, tiga unit bilik keluarga dan dua unit bilik keluarga besar.

“Tidak hanya itu, kami juga menyediakan pelbagai jenis pakej seperti pakej seminar dan pakej keluarga,” katanya.

Menurutnya, harga pakej yang disediakan juga berpatutan bermula dari RM62 seorang untuk pakej seminar dan bermula RM40 untuk pakej keluarga.

“Setakat ini, tempahan kami sepanjang minggu sentiasa penuh, jadi pelanggan perlu membuat tempahan lebih awal,” katanya.

Munirah berkata, selain keunikan Joy Barrel Train, mereka juga turut menyediakan perkhidmatan merentas hutan, jejak malam, flying fox, menjejaki bunga Rafflesia serta memancing.

“Uniknya di Kampung Peruas ini ialah ramai yang masih belum tahun bahawa terdapatnya bunga terbesar dunia di kampung kami ini iaitu Rafflesia.

“Selalunya bunga Rafflesia hanya terdapat di Sarawak sahaja, hakikatnya di Semenanjung Malaysia, atau lebih tepat lagi di Kampung Peruas, Raub juga mereka boleh mendekati bunga Rafflesia ini,” katanya.


Kolam untuk kaki pancing

Bagi kaki pancing pula menurut Munirah, mereka boleh memancing di kolam ikan yang disediakan di mana terdapat pelbagai jenis ikan yang dilepaskan di dalam kolam terbabit.

“Kolam kami airnya sentiasa mengalir, jadi pelanggan yang memancing ikan di sini tidak perlu risau dengan rasa ikan yang hanyir sebab ikan di sini tidak hanyir seperti ikan kolam lain.

“Dengan bayaran hanya RM25 untuk satu joran, pelanggan boleh memancing dari mula daftar masuk sehingga mereka daftar keluar. Ikan kecil akan diberikan secara percuma, manakala ikan besar akan ditimbang,” katanya.


Syukur diberi peluang warisi perniagaan ayah

Dalam pada itu, anak bongsu dari empat beradik itu juga berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang mewarisi perniagaan arwah ayahnya itu selain berbangga dengan sambutan yang diterima.

“Sejak dari kecil lagi saya suka kerja ini dan mungkin disebabkan itu saya diminta untuk menjaga chalet ini.

“Perniagaan arwah ayah saya termasuk Joy Barrel Train yang arwah ayah saya bina ini akan diteruskan dan diperturunkan pula kepada generasi kami seterusnya nanti,” katanya.
 
kreatif...usaha yang harus dipuji untuk menarik orangramai menggunakanya.
 
lepas ni bole upgrade pasang bumbung plak..... malaysia panas oiii..

syabass...
 
siap ade chelet lg,dah lama koi x g pulau chekas
 
Terbaikla idea. Kreatif.
 
pernah pergi tempat nie..memang best..chalet betul2 tepi sungai..memang rilex bagi yg suka suasana kampung..tenang sangat tempat nie..makanan pun sedap..
 
tgh hari pns nih klo naik..klo naik mlm2 baru best..hehehe
 
Back
Top
Log in Register