BTC USD 84,892.8 Gold USD 4,151.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kelebihan zikir

SilentSkill

Fun Poster
Messages
244
Joined
Dec 27, 2010
Messages
244
Reaction score
71
Points
20
Kelebihan Zikir Kepada Allah

Hanya copy n paste dari blog lain untuk diri dan seangkatan muslim...

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di
dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya
berzikirillah seperti berikut:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu
pagi dan petang, dan pada sebahagian dari
malam, maka sujudlah kepadaNya dan
bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang
panjang di malam hari. ” (Al Insan:25&26)
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu
dengan merendahkan diri dan rasa takut,
dan dengan tidak meninggikan suara, di
waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu
termasuk orang-orang yang lalai. ” (Al
A’raf:205)
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil
berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)
“ Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka. ” (Al Imran:191)
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada
Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan
dirikanlah salat untuk mengingat Aku. ” (Ta
Ha:14)
“Sesungguhnya telah ada pada diri
Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu
(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia
banyak menyebut nama Allah. ” (Al
Ahzab:21)
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah,
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah
s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah
berdasarkan kepada sangkaan hambaKu
terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia
mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam
dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya
dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis,
nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam
suatu majlis yang lebih baik daripada mereka.
Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal,
nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak
sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta,
nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak
sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam
keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan
datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t
Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki
para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang
diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu
mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa
memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka
dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir,
mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana
mereka akan melingkunginya dengan sayap-
sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan
antara orang yang menghadiri majlis zikir
tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang
hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat
naik ke langit.
Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah
mengetahui pergerakan mereka:
“ Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:
“ Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di
dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil,
bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:
“ Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:
“ Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:
“ Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:
“ Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“ Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya
mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:
“ Mereka juga memohon daripada-Mu
perlindungan.”
Allah berfirman:
“ Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:
“ Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:
“ Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:
“ Belum.”
Allah berfirman:
“ Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya
mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:
“ Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“ Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah
kurniakan kepada mereka apa yang mereka
pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala
kepada mereka sebagaimana yang mereka
pohonkan. ”
Malaikat berkata lagi:
“ Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat
seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa,
sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri
majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia
terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-
sama orang ramai yang berada di majlis itu. ”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka
adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan
majlis yang mereka adakan.
Subhanallah...Maha Pengasihnya Allah pd kita
semua..setiap kaki melangkah ke majlis
agama,ada Malaikat yg memayungi kita..moga
kita semua tergolong dalam golongan pencinta
ilmu dan pencinta majlis agama...amin..
"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."
 
Moga di beri kekuatan olehNya untuk sntiasa berzikir dan mentaatiNya..
 
salam,,tt nak tanya zikir apa yang plng afdal diamalkan selepas solat
 
IMG_20221114_235006_543.jpg

Zikir Penghapus Dosa

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca Subhanallahi Wabihamdihi (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) seratus kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun sebanyak buih di lautan.”

Marilah kita memperbanyakkan zikir dengan memuji Allah SWT. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
 
Back
Top
Log in Register