BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

dah sampai masa nak tebus & simpan kat tempat yg lebih menguntungkan. Insha allah
 
dah sampai masa nak tebus & simpan kat tempat yg lebih menguntungkan. Insha allah

Kalau kita ingin pulangan ROI, SSP BSN ini bukannya tempat sesuai, pulangannya sekadar simpanan biasa saja mcm juga Al Awfar Bank Islam dan Oh Yeah Bank Muamalat. Kelebihannya, just peluang memenangi hadiah yg tertentu..peluang menjemput rezeki :)
 
Ye betul tuan...kalau beli banyak & nombor berderet ada chance untuk menang hadiah...sy dulu simpan waktu belajar je, xbanyak mana pun :)
 
Ye betul tuan...kalau beli banyak & nombor berderet ada chance untuk menang hadiah...sy dulu simpan waktu belajar je, xbanyak mana pun :)

jgn berserah kpd nasib je, sekiranya ada peluang rezeki yg lebih baik dan agak pasti why not mencuba di tempat lain. SSP BSN sekadar simpanan parking utk sedikit peluang menang; dan tiada jaminan menang :)
 
mybe kena cium sijil tu baru kena kot :))

nenek yg menang sejuta dulu tu apa khabar agaknye. untung anak cucu
 
Pemenang SSP BSN Sangka Dihubungi Sindiket Penipuan

Ye betul tuan...kalau beli banyak & nombor berderet ada chance untuk menang hadiah...sy dulu simpan waktu belajar je, xbanyak mana pun :)

Pemenang SSP BSN Sangka Dihubungi Sindiket Penipuan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 6:25 PM
Oleh: MOHD AZIZI MOHAMAD
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir pada mulanya menganggap panggilan telefon yang memberitahu dia memenangi sebuah kereta jenis Perodua Axia adalah daripada satu sindiket yang cuba menjadikannya sebagai mangsa mereka.

Dia tidak memperdulikan berita yang diterimanya itu. Tetapi apabila Zuraida Othman, 34, menerima sepucuk surat yang memaklumkan dia memenangi Cabutan Tempatan Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi bulan April anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) barulah dia percaya yang panggilan telefon yang dia terima itu bukan daripada sindiket tetapi benar-benar daripada BSN.

"Saya terima panggilan awal bulan ini dan mengatakan yang saya telah memenangi sebuah kereta. Ketika itu saya tidak memikirkannya kerana zaman sekarang ramai yang menggunakan skim penipuan seperti ini untuk mendapat keuntungan mudah.

"Tetapi tidak lama selepas itu, saya menerima sepucuk surat dari BSN yang memaklumkan saya telah memenangi sebuah kereta kerana terpilih sebagai pemenang SSP BSN," katanya sambil tersenyum ketika ditemui mStar Online pada Majlis Penyampaian Hadiah SSP BSN di sini, Jumaat.

Zuraida memberitahu, dia agak terkejut apabila berjaya memenangi kereta tersebut kerana kali terakhir dia membuat simpanan SSP adalah pada tahun 1997.

"Saya terkejut dan tak sangka langsung akan terpilih untuk memenangi cabutan tempatan bulan April kerana kali terakhir saya membuat simpanan adalah sebanyak RM100 iaitu semasa saya masih berada di tingkatan empat, 18 tahun lalu," katanya lagi.

Bercerita lanjut, Zuraida yang kini menetap di Jeli, Kelantan menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Saya bersyukur sangat kerana tahun ini dapat beraya bersama keluarga menggunakan kereta baharu," tambahnya.

Dalam pada itu, Pengarah Perniagaan BSN Kuala Lumpur, Noraini Mohd berkata, pembaharuan kepada jenis cabutan dan hadiah pada tahun ini merupakan komitmen BSN untuk menggalakkan orang ramai menyimpan bersama SSP.

"Hanya dengan penyimpanan wang bersama SSP sahaja pelanggan boleh memenangi dan mendapat ganjaran berlipat ganda," katanya.
 
Khamis baru ni sembang dgn banker bsn, dia suruh beli ssp ni kt bnyk negeri. Katanya setiap negeri diperuntukan sebuah kereta. Ntah ye ntah tak.
 
Khamis baru ni sembang dgn banker bsn, dia suruh beli ssp ni kt bnyk negeri. Katanya setiap negeri diperuntukan sebuah kereta. Ntah ye ntah tak.

mmg betul tp bukan la kereta mewah...boleh check kat website...BSN
 
Salah satu cara untuk mengoptimumkan pendapatan melalui SSP ini adalah dengan mencagarkan di BSN, Skim Al Aflah

BSN AFLAH SSP Pledging Financing-i

BSN AFLAH SSP Pledging Financing-i is based on Shariah principle of Tawarruq. You will be able to enjoy more cash in hand with our financing while still be eligible for the Monthly SSP Draw with attractive prizes.

Shariah Concept
The Shariah concept used is Tawarruq which comprises of Bai Murabahah and Wakalah contracts using the commodity (underlying asset) from Bursa Suq al Sila'.

Dimana kadar keuntungan yang dikenakan adalah rendah iaitu 3.5% dan pada masa yang sama kadar pulangan 2% setahun utk SSP masih boleh dinikmati.

Dengan skim ini, pemegang SSP dapat nilai TUNAI ditangan.
 
Back
Top
Log in Register