BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

aku penah dengar citer, orang bank sendiri tak rekemen SSP ni...
 
ada dividend ke?...

syarat untuk dapat div perlu insert at least rm2k... kalu dulu div ssp boleh capai 15% setahun tapi sejak dibuat cabutan bertuah dia bg div sikit jer...
 
Banyak lagi pelaburan PNB untuk dipenuhkan...:)

Simpan untuk guna leh la di bank2 nie...

Itupun sbb ada kad... :)
 
Yang menyimpan dalam SSP tu, mmg x kisah pasal untung..kerna untung terlalu ciput..Tapi apa yg mereka inginkan adalah PELUANG, sekurangnya sentiasa berpeluang memenangi pelbagai hadiah..tanpa modal lesap tak seperti skim cepat kaya, habuk pun tarak..:)
 
ssp ni bukannya pelaburan. ia hanya satu peluang untuk dapat hadiah yang bernilai tinggi jika ada rezeki. aku pun beli gak tetiap bulan mana tau rezeki dapat hadiah. selain tu kalau cukup syaratnya nanti leh lar buat loan bercagarkan ssp ni dgn interest yg rendah.
 
ssp ni bukannya pelaburan. ia hanya satu peluang untuk dapat hadiah yang bernilai tinggi jika ada rezeki. aku pun beli gak tetiap bulan mana tau rezeki dapat hadiah. selain tu kalau cukup syaratnya nanti leh lar buat loan bercagarkan ssp ni dgn interest yg rendah.

Betul tu...dengan SSP nie kita boleh dapat 90% nilai cagaran unit SSP dengan kadar interest 4% setahun...okaylah tu. Sesak sesak boleh gi cagar....:">
 
senang je nak menang...masuk 200-300k..jgn beli serentak..beli la tiap2 bulan 10k ke 20k 30k..cmtu la

mcm Dr balkis di kelantan dia membeli sijil ni mcm tu la..tiap2 bulan dia beli..skrg total ada dekat 400k nilai sijil dia...boleh katakan tiap2 tahun dia menang..keta dh 2 kali menang..

ada jgk yg beli skit pun kena..nasib ler...tp klu beli banyak peluang utk dpt tu ada..
 
SSP ni kira mcm power root gak.. kalu ada ratus2 ribu, baru leh menang hadiah kot..
 
Kelebihan SSP

Simpanan SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Semua unit layak menyertai cabutan yang diadakan pada setiap bulan selagi tidak ditebus.
Hadiah-hadiah lumayan untuk dimenangi.
Mudah mendapatkan gantian jika sijil hilang.
Individu berumur 21 tahun ke atas dan memiliki Sijil SSP (minimum RM4,000) adalah layak untuk memohon Kad Kredit BSN.
 
ada forumer yang pernah tengok masa cabutan di buat tak? last month buat kat dungun... bulan ni dibuat kat 1utama PJ pada 29hb ni.. jam 3ptg
 
Back
Top
Log in Register