BTC USD 84,007.1 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

SSP nie den target nak simpan dalam 20K...ehehe..Tapi masih jauh lagi...dapat ker idak biar jer situ...mungkin rejeki den belum lagi...hahaha...
 
27 November, 2010 18:04 PM

Kereta Mewah Sebagai Hadiah Utama Cabutan Sijil Simpanan Premium BSN

PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Kereta mewah seperti Mercedes Benz C200EL, E200 CGI, BMW 523i dan BMW 320i Coupe adalah antara hadiah-hadiah cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) pada akhir tahun.

Hadiah-hadiah lain termasuklah sebuah Toyota Camry 2.0E, Perodua Alza MPV 1.5 serta pakej mengerjakan umrah.

Timbalan Ketua Perbankan Pengguna dan Pembangunan Perniagaan, Yunos Abd Ghani berkata pemenang hadiah-hadiah utama akan diumumkan di Melaka.

Beliau berkata berikutan sambutan menggalakkan untuk SSP, BSN telah meningkatkan harga bulanan kepada 1,700 berbanding 1,616 tahun lepas.

"Konsep simpan dan menang, telah menjadikan SSP antara produk simpanan paling popular di kalangan rakyat Malaysia.

"Setakat ini, kami mempunyai lebih daripada 1.4 juta pemegang SSP dengan nilai melebihi RM1.35 bilion. Tahun lepas, kami mencatatkan 1.2 juta pemegang," kata beliau kepada pemberita di Karnival Mega SSP BSN, pada hari Sabtu.

Yunos menjangkakan yang jumlah itu akan meningkat lagi tahun depan hasil promosi secara agresif oleh bank berkenaan.

"Kami merancang menawarkan lebih banyak hadiah dan promosi menarik untuk menarik lebih ramai pemegang sijil," tambah beliau.

Sijil SSP boleh dibeli di mana-mana mesin teler, mesin deposit tunai cawangan BSN, malah menerusi perbankan internet BSN yang baru dilancarkan dengan simpanan minimum RM10.

"Perbankan internet MyBSN ialah satu lagi inisiatif yang diambil oleh BSN untuk menyediakan pilihan kemudahan perbankan asas kepada pengguna," tambah beliau.

Setakat ini, lebih 24,000 pengguna telah menggunakan MyBSN.

Menjelang akhir 2011, 300,000 pengguna dijangka menggunakan perkhidmatan perbankan internet.

-- BERNAMA
 
tiap2 bulan berdebar menanti keputusan SSP.. esok jgn lupa tgk dlm utusan malaysia kot2 ANDALAH PEMENANGNYA.. arini nak beli utusan juga nak simpan pasal smart swipe 6E..
 
jgn membeli ssp melalui mesin ATM.. utusan rabu lepas ada memaparkan masalah pembeli selepas lebih setahun transaksi tetapi masih belum mendapat sijil berkenaan...
 
jgn membeli ssp melalui mesin ATM.. utusan rabu lepas ada memaparkan masalah pembeli selepas lebih setahun transaksi tetapi masih belum mendapat sijil berkenaan...

aku x penah cuba buat online lagi. kad atm Giro pun x apply pasal x mau kena caj RM8; semata2 ada buku a/k utk masuk dividen SSP jer kalu ada.

p/s: menunggu kptsn cabutan Dis2010 yg djangka cabut pada 25/12 di Melaka. Pada 28/12, bole cuba check guna IC kat laman web mybsn..:)cgrock
 
Aku simpan RM1400 dpt 1st prize jugak..huhu.. Alhamdulillahh..

Yang kena..sijil aku yg bernilai RM200

Jika Allah kehendaki, betapa bertuahnya kita. :)


saya melabur di SSP sejak tahun 1985, tak pernah dapat hadiah :-(

Alahai lamanya.
Aku sejak 2002 setiap bulan invest ssp rm1k, mmg xdak nasib aku bab gini. Mau xmau niat utk simpan ja lar #:-S
 
aku dah simpan sejak tahun 1995. pernah menang RM100 dari SSP thn 1999. sekali tu jer. La ni sampai skrg tak pernah kena. Rasanya macam tak berbaloi....
 
2 kategori baru..

aku dah simpan sejak tahun 1995. pernah menang RM100 dari SSP thn 1999. sekali tu jer. La ni sampai skrg tak pernah kena. Rasanya macam tak berbaloi....

Fyi, ada cabutan khas utk yg menyimpan min RM500 selama 10 tahun ke atas pada bulan Julai; dan yg menyimpan min RM20k pada bulan Dis.

So, penyimpan klasik yg setia menunggu berpeluang utk menang jugak..

BMW320i.jpg

camry11.jpg

alzabsn.jpg

myviez.jpg
 
Last edited:
BSN tawar hadiah RM13 juta untuk penyimpan SSP

MELAKA 25 Dis. – Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM13 juta untuk dimenangi oleh penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP) tahun depan.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbankan Cawangan BSN, Azaddin Ngah Tasir berkata, sejumlah 3,000 hadiah disediakan bagi Cabutan Bulanan SSP, termasuk kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 CGI, BMW 320i dan Toyota Camry 2.0E.

Tahun depan, BSN akan memperkenalkan Cabutan Jaminan Masa Hadapan dengan hadiah istimewa kereta BMW 523i, Mercedes Benz E200 CGI dan Proton Inspira 1.8 CVT, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan SSP bagi bulan Disember di sini hari ini.

Beliau berkata, dua cabutan khas iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan SSP “High Savers” yang diperkenalkan tahun ini, akan diteruskan tahun depan.

Azaddin berkata, penyimpan juga digalakkan menambah jumlah simpanan kerana BSN akan membayar dividen kepada pemegang SSP yang mempunyai simpanan minimum RM2,000. – Bernama.

bilangan hadiah ssp dah bertambah tahun depan. apakah nasib utk tahun depan pula.
 
hari ni dia cabut ker...

kena check ni
 
Back
Top
Log in Register