BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Sahur

Saya tambah sikit.
Bila kita sarapan/sahur kalori akan dibakar dan menghasilkan oksigen di dalam badan.
Oksigen ini amat diperlukan oleh otak untuk cerdas.
Ada kajian mengatakan faktor no1 penyebab otak jadi rosak ialah tidak ambil sarapan.
Tiada sarapan/sahur akan menyebabkan kurangnya oksigen sampai ke otak.

Pasal oksigen ni saya tak berapa tahu tuan
Setahu saya pembakaran makanan memerlukan oksigen
Pembakaran makanan tu pula akan menghasilkan karbon dioksida dan air

Respect pada Rasulullah S.A.W yang tahu perkara ni sejak beribu tahun dahulu.

Dapat bimbingan terus dari Allah
Pencipta segala makhluk
Sudah pasti Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya
 
Saya tambah sikit.
Bila kita sarapan/sahur kalori akan dibakar dan menghasilkan oksigen di dalam badan.
Oksigen ini amat diperlukan oleh otak untuk cerdas.
Ada kajian mengatakan faktor no1 penyebab otak jadi rosak ialah tidak ambil sarapan.
Tiada sarapan/sahur akan menyebabkan kurangnya oksigen sampai ke otak.
Respect pada Rasulullah S.A.W yang tahu perkara ni sejak beribu tahun dahulu.
Lorr, ingatkan aktiviti pernafasan yg membekalkan oksigen keperluan seluruh badan.
 
Kenapa kita asyik menguap ketika berpuasa?
Sebab perut kita kosong dan kurang oksigen sampai ke otak.
Bila oksigen ke otak kurang, otak jadi kurang cerdas.

Nak cergas perlu makan ikut keperluan
Salah satu nya masa waktu pagi atau sahur
Perut tak penuh
Boleh lagi aktif
 
1000504068.jpg


Tazkirah Ramadan: Keberkatan Bersahur

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, dan salah satu sunnah yang dianjurkan ialah bersahur. Bersahur bukan sekadar makan sebelum berpuasa, tetapi ia adalah amalan yang membawa keberkatan seperti yang disebut dalam hadis Nabi SAW:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً»
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada keberkatan.”

Keberkatan dalam Bersahur

1. Mengikut Sunnah Nabi SAW
• Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk bersahur kerana ia adalah amalan yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab.
• Dalam hadis lain, Baginda bersabda:
“Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (Riwayat Muslim)

2. Menguatkan Tubuh untuk Berpuasa
• Bersahur membantu tubuh mendapat tenaga sepanjang hari, terutama dalam cuaca panas dan ketika menjalankan aktiviti harian.
• Makanan yang baik seperti kurma, bijirin, dan air yang mencukupi membantu mengekalkan hidrasi dan tenaga.

3. Meraih Keberkatan Waktu Sahur
• Waktu sahur adalah waktu yang penuh dengan keberkatan. Ia adalah waktu di mana doa mudah dimakbulkan.
• Allah SWT menyebut dalam Al-Quran bahawa golongan yang beristighfar pada waktu sahur adalah antara yang dijanjikan syurga:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Dan pada waktu sahur, mereka beristighfar (memohon keampunan).” (Surah Az-Zariyat: 18)

4. Menghidupkan Waktu Sebelum Subuh
• Bersahur memberi peluang untuk bangun lebih awal, menunaikan solat tahajud, berzikir, beristighfar, dan membaca Al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh.

Adab Bersahur

1. Melewatkan Sahur
• Sebaiknya sahur dilakukan pada akhir waktu sebelum Subuh, seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.
• Dalam hadis riwayat Anas RA, Zaid bin Thabit berkata:
“Kami bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian Baginda bangun untuk solat Subuh.”
Lalu ditanya, “Berapa lama antara sahur dan azan Subuh?”
Jawab Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Makan Makanan yang Berkhasiat
• Nabi SAW menganjurkan makan kurma ketika sahur:
“Sebaik-baik sahur seorang mukmin ialah tamar (kurma).” (Riwayat Abu Dawud dan Ibn Hibban)

3. Tidak Meninggalkan Sahur Walaupun Sedikit
• Jika tidak mampu makan banyak, cukup sekadar minum air atau sebiji kurma kerana ia tetap mendapat keberkatan sahur.

Bersahur bukan sekadar makan untuk persediaan berpuasa, tetapi ia adalah amalan yang membawa keberkatan dunia dan akhirat. Ia menguatkan fizikal, memberi peluang beribadah, dan menjadi tanda keistimewaan puasa umat Islam. Oleh itu, marilah kita menghidupkan sunnah bersahur dengan penuh keikhlasan dan mengharap keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan diberkati, insya-Allah.

 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersahur Membezakan Puasa Muslim

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Daripada Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :

a. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.

2. Ibadat puasa Muslim perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan bersahur.

3. Sahur adalah makan atau minum yang dilakukan sebelum fajar (subuh) bagi mereka yang berpuasa walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma kerana ia memberikan keberkatan dan kekuatan sepanjang hari puasa.

4. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

5. Antara fadhilat atau kelebihan bersahur bagi yang berpuasa:

a. Memberi tenaga sepanjang hari berpuasa
b. Mendapat keberkatan dan kelebihan
c. Membezakan puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab.

6. Dalam berpuasa, kita diajar untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek, termasuk dalam amalan sahur. Dengan menjaga amalan ini, kita bukan hanya mengikuti petunjuk Rasulullah, tetapi juga meraih pahala yang besar dari Allah.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

06hb Ramadan 1446H
07hb Mac 2025
 
1000507328.jpg


❇️TIPS PRODUKTIF RAMADAN ❇️

Bangun Awal untuk Bersahur.
Tidur awal sebagai persediaan untuk bangun sahur. Sahur penting untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Pilih makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti oat, telur, dan buah-buahan untuk kekal bertenaga.

#indahnyaislam
#ummahfadhilah
 
1000512958.jpg


✨Bersahurlah! Ada Keberkatan✨

Daripada Abu Said al-Khudri RA Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat. Maka jangan kamu meninggalkannya walau dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersahur. Hadis Riwayat Ahmad

#indahnyaislam
#hadis
#ummahfadhilah
 
Back
Top
Log in Register