Aku pakai preve cfe.. dah dekat sebulan lebih dah.. minyak memang jimat mungkin sebab aku pi kerja ulang alik kl-cyberjaya ikot mex. naik genting so far Alhamdulillah.. 5 org satu kete.. semua big size mcm aku..
handling bagi aku dah memadai.. sebab aku bukan speed daemon.. paling laju aku pernah bawak pon 140km/h.. itu pon sebab tak perasan..
problem kereta aku:
1) disk brake judder ( bergegar time brake - dah solve , replace both disc depan )
2) air cond bau hapak ( pi boh anti bacteria utk aircond tu.. aku pakai liqua moly - solved )
3) besi yg nak sangkut tabung ekzos karat ( solved - proton dah spray balik )
4) bunyi eeeittt eittt kat belakang ( solved - besi kat seat belakang kena ketuk sikit, orang proton yang buat aku tak tau camne )
5) bunyi angin bila bawak lebih dari 110-120km/h ( orang kata sebab isu pillar belakang tu... tapi aku dah pi buat soundproofing yang boh autofoam bagai tu, memang tak perasan langsung dah noise2 angin + engine semua ni.. )
6) time full paddle dashboard bergegar ( belom solved lagi , sebab takde masa nak buat.. solution dah ade.. taruk silicon dekat case motor wiper tu , tapi ada jgk org taruk getah dekat cermin depan dia dari belah dalam kat bahagian bawah untuk reduce vibration tu.. tak tahu effective ke tidak sebab tak pernah try )
7) selalu kena cucuk dekat highway walaupon dok lane paling kiri - ( issue ni memang takkan solved sampai bebila pon )
Ini sahaja review yang jujur serta ikhlas dari aku. aku tak pernah pakai kereta2 import ( sebab kekangan kewangan ).. so bagi aku , apa yang aku dah ada sekarang ni sudah berbaloi sangat2 dah.. aku faham bila orang bash kereta proton ni.. aku pakai proton gen2 sebelum ni.. memang perit bila selalu masuk workshop.. tapi untuk preve nih.. memandangkan proton ada bagi warranty 5 tahun.. dan kereta ni adalah satu keperluan untuk aku.. bukan kehendak.. rasanya sudah memadai dah bagi aku. bila dah nak abis warranty, tukar lagi kereta lain. hihihihi.