BTC USD 84,571.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan Berselawat

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.
 
byk kelebihan dan keuntungan dgn berselawat... bukan susah pun utk berselawat. cuma ianya dtg dr hati yg luhur dan suci murni!
 
Semoga Kita mengamalnya
 
terimakasih...info yg sangat membantu..

sbg kecintaan kita kpd junjungan besar rasulullah s.a.w. apa salahnya kita berselawat dan ingatkan baginda senantiasa. semoga kita diberkati disyafaati oleh baginda di akhirat nanti. insyaallah!
 
semoga kita mendapat syafaat Rasulullah di hari akhirat nanti....
 
Back
Top
Log in Register